'N' pelanggan aku pada rabu lepas tidak lagi bertegur sapa dengan ibunya. Puncanya aku x tau la kenapa. Tak kan aku sibuk nak tanya puncanya apa kan. Silap2 aku kena buku 5. Bukan hal aku nak tau kesah sedih dia...Lagi pun dia datang bukannya nak mintak kaunseling. kan?
'N' mendakwa dia menjadi mangsa keadaan. Bapanya telah meninggal dunia. Rumah pusaka atas nama bapanya telah dipindahmilik atas namanya dan datuknya (juga sudah meninggal dunia). Menurut dia...semasa hayat arwah Datuknya - memberitahu 'N' perlu meletakkan nama dia bagi mengelak daripada maknya mengadaikan tanah tersebut kepada orang lain. Ibunya pula telah berkahwin lain dan tinggal dirumah tersebut bersama bapa tiri nya sehingga berpindah ke rumah baru. Semenjak bapanya meninggal dunia, rumah tersebut diabaikan. Cukai pintu tidak dijelaskan..Rumah menjadi usang selepas ibunya mengikut suami berpindah ke ruamh baru. Akhirnya 'N' dibebani dengan hutang cukai pintu yang tertunggak dan telah dikenakan tindakan mahkamah, kerana tanah tersebut pemilikannya.
'N' tidak mahu menjelaskan cukai pintu yang tertunggak untuk tempoh ibunya mendiami rumah tersebut. Ibunya telah mengabaikannya dan dia ditinggalkan dirumah datuknya. Dia tidak mahu bertanggungjawab ke atas hutang yang ditinggalkan atau dibebankan ke atasnya. "Itu tanggungjawab ibu"-katanya..Menurutnya, ibunya tidak mahu lagi ada kaitan dengan hal yang berkaitan dengan rumah tersebut. Jadi salah siapa?
Aku cuma menjalankan tugas. Urusan pertelingkahan keluarga bukan sekali dua aku terima d pejabat nie. Apa yang berlaku antara keluarga, perlu diselesaikan dengan berhemah. Mengadu kat aku pun, apa yang aku bleh buat?
Tapi perlu beringat la... bila isu tanah pusaka, harta - orang kita nie memang sensitif. Tak kira la ibu anak, suami isteri, adik beradik...jika tak kena caranya dan kurang pendidikan agamanya, institusi kekeluargaan bleh jadi hancur! Macam 'N' tadi la...sampai x bertegur, dan tidak berjumpa dengan ibunya selepas ibunya berkahwin lagi dan berpindah dari kampung tersebut. Nauzubillah...jangan la ia berlaku pada keluarga kita.
Pengajaran cam nie la perlu diberi perhatian. Si ibu/bapa pun, jangan la abaikan anak2. Anak2 akan menanggung akibat daripada sikap ego ibu bapa.
Thursday, February 24, 2011
Pilihanraya DUN Sarawak semakin hampir.....
Rasanya pilihanraya DUN d Sarawak dah tak lama lagi kot!
Sekarang nie dok sibuk SPR dengan aktiviti lawatan ke tapak dan mesyuarat untuk persiapan pilihanraya pada bila2 masa saja.
Kemungkinan taklimat untuk Ketua Tempat Mengundi dalam bulan Mac. Sama ada pilihanraya pada April atau Mei 2011, itu terletak pada keputusan SPR. Atau CM..tu aku x brani nak cakap panjang lebar.
Tapi yang menarik perhatian aku sekarang nie..petugas2 pilihanraya dah sibuk dengan team masing2 untuk bertugas di tempat / pusat pembuangan undi itu nanti. Ada yang berebut2 untuk mendapatkan khidmat rakan2 bagi melancarkan operasi pembuangan dan pengiraan undi nanti. Aku pun masih belum cukup orang lagi nie...Nak kena cari jugak la.
Dah la aku kena jaga saluran 1. Sure kena jaga 3 lagi saluran lain, dan tapak pengundian jadi tanggungjawab aku. Huh! kena jadi KTM saluran warga emas la jawabnya! Lecehnyaaa........

Wednesday, February 23, 2011
Sonyeng Maen Tenteng
Sonyeng = Kucing
Maen = Main
Tenteng = Gitar
Dari mana Istilah itu datang...?
Bab tu..aku x tau dari mana ia datang. Aku dengar dari kawan2 sebenarnya. Kalo d amati betul2...memang jarang d dengar istilah tersebut dalam KAMUS BAHASA MELAYU SARAWAK. Cuma aku kenal pasti dari 2 sumber yang teorinya aku bleh percaya :
1. Ada sumber menyatakan istilah ini digunapakai dr Kampung Baru, sebuah kampung di Daerah Samarahan.
2. Ada teori lain menyatakan ia digunapakai oleh kanak2 yang belum tahu membaca, menggambarkan snek yang mereka nak beli kot!
Sunday, February 20, 2011
Jelajah Xplore Masjid - cara hilangkan stresssssss!
Sabtu lepas aku dan sekutu2 aku join aktiviti Xplore Masjid 2011 d Kota Samarahan!
Join pun sekadar untuk melepaskan tensen hujung minggu. Lama dah x join program cam nie. Best pe cari klu / jawapan soklan yang diberikan. Mencabar jugak tu! Kena faham soklan, dan bijak memastikan dimana kedudukan jawapan berdasarkan klu tersebut. Tapi partner kena yang bijak jugak la. Jangan terkial2 kita cari jawapan, partner just duduk kira tiang masjid..nak buat pe! Buang masa je. Nasib baik la sekutu2 aku nie dh biasa join program camni. Senang sket kerja aku!
Seawal 7 pagi aku dan sekutu2 aku (Rukiaw dan Abg Zul) dah menapak kat Masjid Sindang Baru. Cuaca pagi ...hujan lebat! Hujan rahmat....
Majlis Perasmian telah disempurnakan olah YB Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (ADUN N14. ASAJAYA). Biasa la. YB biasanya bukan nak datang awal....! X penah lagi aku datang majlis yanga da YB datang awal ikut jadual. Biasa datang lewat 15 minit (tu yang paling cepat la). Biasanya laaa......
Penyertaan x ramai pun...cuma ada 17 kumpulan je. Maksudnya ada 17 kereta akan bertarung menjelajah ke 9 buah masjid sekitar Kota Samarahan. Bukan selalu majlis macam nie dibuat d Kota Samarahan. Sekali sekala join...teruja jugak la. Dulu masuk Xplore Masjid kawasan Kuching...sampai sesat jalan, gara-gara cari lokasi masjid. Tu cerita dulu-dulu...
Peserta Xplore Masjid 2011
Masjid Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan
Antara lokasi2 lain yang menjadi destinasi Xplore Masjid 2011 anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak :
1. Masjid Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan
2. Masjid Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan
3. Masjid Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
4. Majid Kampung Empila, Kota Samarahan
5. Masjid Kampung Endap, Kota Samarahan
6. Masjid Kampung Meranek, Kota Samarahan
7. Masjid Kampung Baru, Kota Samarahan
8. Masjid Al Muttaqim, Masjid Daerah Samarahan
Dapat ke tidak, betul ke salah jawapan kami tu tak jadi hal. Apa yang penting, enjoy dengan aktiviti cam ni. Memang mencabar!
Penah kali ke-2 join Xplore Masjid (Kuching) kereta aku buat hal. Terpaksa tukar kereta lain. Dah la kereta tukar, handphone plak tercicir kat masjid. Nasib baik dapat balik. Kalo orang lain jumpa handphone tu, sure 'dah arwah'. Memang malang la....
Bla semua dah selesai - majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan d masjid Al-Muttaqin. Kami hanya dapat no.5 je. Alhamdulillah la. Dapat la saguhati RM100. Cukup la bahagi 3 orang. Duit minyak pun lepas. Apa yang penting..perjalanan yang best, dapat erat persahabatan, dapat jumpa org kampung dan peserta2 lain, dan dapat info masjid2 d lokasi Xplore masjid.
Hilang Stressssssss
Friday, February 18, 2011
Cokelat vs Chenal
Baru semalam aku buat Entri pasal Aku n Blog...tetiba CoKelatz-RaWkz (kawan lama) komen & buat entri pasal tu.
Dan title kat atas tu ...bukan nak war-warkan satu dunia yang kitaorang gaduh! TIDAK SAMA SEKALI. Kitaorang ok la.
Terima kasih atas nasihat Mizz Coki!
Pompuan nie kalo depan aku sure dia sindir2 sambil ketawa guling2 kat aku. Bukan x kenal perangai nakal dia zmn2 skolah! tapi aku percaya dia komen atas dasar kawan! Dia dh cite pasal aku dlm entri dia..ni turn aku plakk!
Antara blog terawal yang aku join..blog dia nie la. Dulu blog dia dlm bahasa omputeh! Pastu..aku plak create blog. Skarang dia dh ada blog bahasa melayu. Memang giler punya blog la..pasal dia nie pun gila2. heheheh
Betul kata dia...x byk follower, x bermakna traffic kencang! semua blog cam tu. Aku baca blog orang lain pun pasal entri yang menarik! kreatif!!...tp yang syoknya kalo ada photo2 yang menarik dan cara penulisan yang kreatif (biasa yang lawak2 dan sempoi aku memang layanzz)
Dunia dh canggih skrang...nak jadi penulis, boleh dgn masuk dunia blog nie. Karya sapa saja...lantak la. Sure ada yg baca...!
Lagi pun..bleh simpan lama! kalo dulu pakai kertas dengan pen. Paling kurang pun akan d simpan dalam peti besi.
Ingat zaman aku ngan Mizs Coki ni jd Sidang Redaksi Majalah Skolah! (Mizz Coki tu Boss aku time tu..belagak tul dia. Ada ka kitaorang d kasi roti kering!). Kalo dapat peluang menaip tu...bukan main lagi teruja! potong2 gambar pas tu lekat kat kertas. Masa tu..software apa je ada??. 

ni la muka depan majalah skolah zaman Mizz Coki n aku!
Thursday, February 17, 2011
Aku n Blog!
Aku tengok blog org lain byk betul follower! Yang aku punya (blog) x sampai pun 20. Kesiannnnya! Nampak sangat x glemer! heheh
X pe la. Cukup la tu..mana yg sudi baca, baca la. Mana yang rasa nampak entri aku 'jakun' sangat, x pe. Nanti2 bleh la improve mana yang patut! X ramai follower pun x pe. Asal x d 'GAM' dr membuat 'entri' dalam blog ni cukup la. Masih bebas menekan butang keyboard kat opis or kat ghumah.
Aku tgok 'fenomena' blog Ben Ashaari menjadi2 skrg nie. Dia Popular, Dia Gah dengan class tersendiri!
Jauh kalo nak dibandingkan dengan blog aku. Ramai yg sibuk meletak url ke dlm blog Ben untuk promo blog dan cari kenalan. Meriah sungguhhhhh!Aku nak letak url dlm blog Ben pun fikir 2,3 kali.
Aku bina blog nie bukan pasal nak glemer pun. Kalo datang popular tu...kita alu2kan je la kan.. X kan nak halau suruh balik rumah! Yang penting bebas berkarya. Aku rasa blogger2 lain pun sama jgk la kot. "Bebas berkarya!"
At least dapat juga blajar banyak benda...
Entri yang baik2..kita jdkan rujukan. Entri yang gila2..kita layan gila2 la. Entri yang lawak kering....bleh kasi inspirasi jgk! Entri yang informatif... bleh tambah ilmu d dada (bla masa plak dada tempat simpan ilmu??)
Kawan2 sedara mara aku x reti pun pasal dunia blog nie. D tanya...sure mati kutu! cam nak jawab soklan SPM! Zaman aku blajar dulu..mana la tau guna komputer nie...! Skolah dulu pun..blajar komputer masih zaman DOS! tu pun mana yang bernasib baik je..dapat blajar.
So...zaman dh berubah. Dunia blog dunia baru aku!
Tuesday, February 15, 2011
Kesah Malang si Suami part 2...x ada duit!
Ingat tak entri pasal Kesah Malang si Suami...Edisi Kain Buruk ? Nie...sedikit sambungan cite terdahulu. 'MR' banyak kongsi cerita kesahnya dgn kami. Perjalanan hidupnya sebagai suami penuh berliku. (ai..ayat drama la plak aku nie). 'MR' jarang bawa duit lebih daripada RM10. Duit gaji pun....wife dia yang pegang. Dia x tau pun brapa baki yang tinggal. Dh kad ATM isteri yang pegang, memang la dia tak tau berapa baki gaji yang tinggal, kan?? Knapa la wife dia x nak kasi kad ATM kat 'MR' agaknya? Andaian : a. Mungkin 'MR' nie jenis boros.. b. Mungkin 'MR' x layak pegang duit, kerana dia OKU c. Mungkin isteri dia nak kawal perbelanjaan Kekadang 'MR' nak belanja pun kena minta duit kat wife. Penah 'MR' ckp ..duit MR, duit isteri dia. Duit isteri dia..duit isteri dia je la. heheh. Bla ajak sarapan pagi...sure dia cakap dh kenyang. Walhal...dia x de duit nk sarapan. Sure ada kawan yang simpati nk belanja. Tapi kalo 'MR' ada duit..dia memang tak lokek untuk belanja kami. Pasal tu la kekadang...dia nie jadi bahan ketawa kami kat opis. Tapi rasa simpati tetap ada.. Penah 'MR' membuat pinjaman peribadi tanpa pengetahuan wife dia. Bimbang duit pinjaman dapat kat tangan wife dia. P/S : Kenapa perlu si isteri menyekat hak si suami? Kenapa si suami akur dengan kezaliman si isteri?
Sunday, February 13, 2011
Makan Besar...cukup besarrr (TopSpot)
TopSpot Medan Letak Kereta Permata, Kuching - merupakan destinasi pilihan kalo nak menikmati makanan seafood. Alhamdulillah...kat sini semua HALAL. x perlu risau. Semua Stall mendapat sijil daripada Jabatan Agama Islam Sarawak. OK!
Kebetulan Azwa Safrina Wardina teringin nak makan 'Butter Prawn' susu. So kebetulan adik ipar ajak pi makan...kita pi ke TopSpot. Menu kat sini banyak sangat..so boleh buat pilihan la. Agak2 la..
Kalo time gaji tu..bleh la cuba sekali dua kala. Mahal jugak la...biasa la makan 'see food' hahahaha
Nie menu Azwa Safrina Wardina - Air jagung susu. Memang sedap!
Nie..air apa ntah. Ada "kembang2" cam tu la bunyinya. Kembang setaman ka, kembang kempis. lantak la..janji bleh minum.
Ni plakk ...ABC Special. Gluppp!
Nie memag febret aku nie! Sup Mushroom dengan jagung. sedap wooo!
Kerang masak black paper kot!
Yang nie aku first time makan...Udang Kara masak cili. Bleh tahan. Tapi harga pun bleh la jugak tahan. Kalo rasa pakai gigi palsu tu, fikir dulu la kalo nak makan. Isinya ada liat sket! Tapi memang no.1. SEDAPPP!
Ikan masak stim....nie aku x sempat nak rasa. Pasal dh kenyang giler. Banyak jugak makan.
Udang masak mentega + susu. Garing dan lemak berkrim! nie satu famili aku suka.
Nie x payah cakap la. Sayur Midin (pucuk paku) masak belacan. Makan dengan nasi putih memang syok nie. Cukup rasa dan aroma belacan menambah lagi selera. Bleh try kalo dh sampai ke TopSpot Medan letak Kereta Permata, Kuching.
Nie Ketam masak cili jugak.. nie aku x brapa nak minat. Tapi nampak menyelerakan.
Yang nie plak aku x brapa ingat apa ntah nama dia. Nampak cam kerepok besar je. Ada kerang....dan rasanya bleh tahan. masin2 sket la.
Makan besar kali nie..memang besar jugak la. Selepas tahun baru cina kan...so kita pun nak jugak ada makan besar. Belanja pun nampaknya besar jugak la. Tapi pasal adik ipar belanja..no hal. Makan la banyak mana pun. FREE la...bukannya bayar. Tak habis..kita tapau lerrr!
Kebetulan Azwa Safrina Wardina teringin nak makan 'Butter Prawn' susu. So kebetulan adik ipar ajak pi makan...kita pi ke TopSpot. Menu kat sini banyak sangat..so boleh buat pilihan la. Agak2 la..Kalo time gaji tu..bleh la cuba sekali dua kala. Mahal jugak la...biasa la makan 'see food' hahahaha
Nie menu Azwa Safrina Wardina - Air jagung susu. Memang sedap!
Nie..air apa ntah. Ada "kembang2" cam tu la bunyinya. Kembang setaman ka, kembang kempis. lantak la..janji bleh minum.
Ni plakk ...ABC Special. Gluppp!
Nie memag febret aku nie! Sup Mushroom dengan jagung. sedap wooo!
Kerang masak black paper kot!
Yang nie aku first time makan...Udang Kara masak cili. Bleh tahan. Tapi harga pun bleh la jugak tahan. Kalo rasa pakai gigi palsu tu, fikir dulu la kalo nak makan. Isinya ada liat sket! Tapi memang no.1. SEDAPPP!
Ikan masak stim....nie aku x sempat nak rasa. Pasal dh kenyang giler. Banyak jugak makan.
Udang masak mentega + susu. Garing dan lemak berkrim! nie satu famili aku suka.
Nie x payah cakap la. Sayur Midin (pucuk paku) masak belacan. Makan dengan nasi putih memang syok nie. Cukup rasa dan aroma belacan menambah lagi selera. Bleh try kalo dh sampai ke TopSpot Medan letak Kereta Permata, Kuching.
Nie Ketam masak cili jugak.. nie aku x brapa nak minat. Tapi nampak menyelerakan.
Yang nie plak aku x brapa ingat apa ntah nama dia. Nampak cam kerepok besar je. Ada kerang....dan rasanya bleh tahan. masin2 sket la.
Makan besar kali nie..memang besar jugak la. Selepas tahun baru cina kan...so kita pun nak jugak ada makan besar. Belanja pun nampaknya besar jugak la. Tapi pasal adik ipar belanja..no hal. Makan la banyak mana pun. FREE la...bukannya bayar. Tak habis..kita tapau lerrr!Friday, February 11, 2011
Motosikal aku hilang whaaaaaaaaa!~
Motosikal aku kena curi khamis lepas (10/02/2011)...bedebah punya pencuri!
Motosikal Yamaha Lagenda QAS 2057 kaler merah...hilang d Pustaka Negeri Sarawak. Memang malang btul nasib aku ari tu. Ingatkan x de la kes hilang kat Pustaka Negeri...pasal pak guard ada duduk mengawal kat tempat parking motosikal tu...tup..tup hilang jugak! hampeh tul..
Aku sampei ja..tgok motosikal dh x de! aku tanya pak guard tu..cam blur je! Ada motosikal jenis yang sama parking kat situ..cuma design je lain. Mulanya aku ingat motosikal aku.."aik...bla masa plak aku tukar design moto aku? Bakul pun lain..rim pun lain? huhh??" jd bodoh skejep aku kat parking tu!
Terpaksa la aku menyusahkan wife aku dtg ambik! Terus pi report polis - Balai Polis Gita. Aduan dibuat...hampir sejam dengan Lans Koperal Mika.
Time aku buat laporan tu..ada sorang lagi pompuan mengadu. Rasanya kes dera oleh suami or boyfriend kot! mata dh lebam sebelah kanan. Huh...sian aku tengok!
Nak fikir banyak pasal motosikal hilang pun x guna. Dah bukan rejeki aku...br setahun motosikal tu. Dah..hilang. Redha je la.. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni.
P/s - C/Inspektor Fauzan bagitau aku...ari tu ada 3 kes hilang motosikal. Kalo nak curi..motosikal yang kena tambat dengan rantai besar lengan pun bleh hilang. Dah itu la Qada Qadar ketentuan-Nya.
TQ - C/Inspektor Fauzan dan anak2 buah Balai Polis Gita, kerana kerjasama yang diberikan.
Chenal

Tuesday, February 8, 2011
Enchuwei bukan bahaso Jerman!!
Enchuwei : Terjulur
Lamak x dengar perkataan ni. Biasa zaman kanak2 aku biasa la dengar.
"Apo nak Enchuwei kat kocek sluar kawu yo?"
So, skrang dh ada 270 daftar kata Bahasa Melayu Sarawak (Samarahan) yang aku telah register dalam blog nie setakat 7/2/2011. Kekadang susah jugak nak cari maksud paling tepat untuk Bahasa Melayu Sarawak. Blom lagi aku masuk ke Kampung2 yang memang pupolar dengan bahasa melayu Sarawak yang unik.
Subscribe to:
Comments (Atom)