Thursday, February 24, 2011

"Itu tanggungjawab ibu.."

'N' pelanggan aku pada rabu lepas tidak lagi bertegur sapa dengan ibunya. Puncanya aku x tau la kenapa. Tak kan aku sibuk nak tanya puncanya apa kan. Silap2 aku kena buku 5. Bukan hal aku nak tau kesah sedih dia...Lagi pun dia datang bukannya nak mintak kaunseling. kan?

'N' mendakwa dia menjadi mangsa keadaan. Bapanya telah meninggal dunia. Rumah pusaka atas nama bapanya telah dipindahmilik atas namanya dan datuknya (juga sudah meninggal dunia). Menurut dia...semasa hayat arwah Datuknya - memberitahu 'N' perlu meletakkan nama dia bagi mengelak daripada maknya mengadaikan tanah tersebut kepada orang lain. Ibunya pula telah berkahwin lain dan tinggal dirumah tersebut bersama bapa tiri nya sehingga berpindah ke rumah baru. Semenjak bapanya meninggal dunia, rumah tersebut diabaikan. Cukai pintu tidak dijelaskan..Rumah menjadi usang selepas ibunya mengikut suami berpindah ke ruamh baru. Akhirnya 'N' dibebani dengan hutang cukai pintu yang tertunggak dan telah dikenakan tindakan mahkamah, kerana tanah tersebut pemilikannya.

'N' tidak mahu menjelaskan cukai pintu yang tertunggak untuk tempoh ibunya mendiami rumah tersebut. Ibunya telah mengabaikannya dan dia ditinggalkan dirumah datuknya. Dia tidak mahu bertanggungjawab ke atas hutang yang ditinggalkan atau dibebankan ke atasnya. "Itu tanggungjawab ibu"-katanya..Menurutnya, ibunya tidak mahu lagi ada kaitan dengan hal yang berkaitan dengan rumah tersebut. Jadi salah siapa?

Aku cuma menjalankan tugas. Urusan pertelingkahan keluarga bukan sekali dua aku terima d pejabat nie. Apa yang berlaku antara keluarga, perlu diselesaikan dengan berhemah. Mengadu kat aku pun, apa yang aku bleh buat?

Tapi perlu beringat la... bila isu tanah pusaka, harta - orang kita nie memang sensitif. Tak kira la ibu anak, suami isteri, adik beradik...jika tak kena caranya dan kurang pendidikan agamanya, institusi kekeluargaan bleh jadi hancur! Macam 'N' tadi la...sampai x bertegur, dan tidak berjumpa dengan ibunya selepas ibunya berkahwin lagi dan berpindah dari kampung tersebut. Nauzubillah...jangan la ia berlaku pada keluarga kita.

Pengajaran cam nie la perlu diberi perhatian. Si ibu/bapa pun, jangan la abaikan anak2. Anak2 akan menanggung akibat daripada sikap ego ibu bapa.

No comments:

Post a Comment

Chenal