Wednesday, March 2, 2011

Break Past...sok sek sok sek

Kuching, Rabu - Hari ni aku lepak dengan mak-mak orang (staf aku) di pantry opis. Menikmati cucur buah sukun, kacang, pau nyiur, biskut TIGER dan sandwich dengan makcik-makcik ni. Minum...nescafe baru halussssss.

Biasa la kalo duduk minum x kan dok diam je. X kan buat bodoh..jd tugu peringatan. Ada la sok sek sok sek. Tu perkara wajib untuk sesi breakfast. Lebih2 lagi dengan wanita2 yang kategori mak cik2 ni. Topik-topik sembang hari ni...

kes rogol bunuh d Sebuyau
d'cerita oleh Zariah (orang Kampung Seberang, Sebuyau) - Al kesahnya budak umo lingkungan 15-16 dirogol dan dibunuh d Sebuyau. Uishh..DAHSYATTTTT! (aku pura2 terkejut, walaupun bukan terkejut beruk). Mayat dijumpai terdampar d tebingan sungai. Halnya...budak ni d suruh kakaknya membeli ais krim, pada malam kejadian d kedai berdekatan je. Biasa kedai kat kampung tutup dalam kol 8 or 9 malam la. Tapi budak tu x balik2 beberapa jam selepas kluar...keluarga jadi risau la. Tak kan beli ais krim pun lama sangat. Sibuk la famili budak ni hubungi semua kawan2nya dan org yang kenal sama ada jumpa budak tu atau tidak. Bila keesokannya...mayat dijumpai d sungai. (kalo kat kampung sure sekampung akan bercerita kesah ni dlm topik kuliah d masjid. heheh)

Nampaknya kawasan luar bandar sekarang ni bukan lagi kawasan yang aman dah. Baru2 ni pun ada jugak kes pembunuhan d kawasan yang berhampiran. Mayat ditanam d belakang rumah pembunuh. Budak sekolah jugak mangsanya....

Huh!!!...apa nak jadi la. Kalo dulu..kita skolah kat kampung x de la risau pasal keselamatan pegi balik dr skolah. OK je. Sekarang...cuak jugak la nak lepaskan anak2 pegi balik sekolah. Macam dh x selamat je..

Kes Anuar vs Saiful..
Isu ni tetiba muncul...ntah dr mana la terpacul keluar dr mulut aku. Ada kaitan dengan kes d atas kot. JENAYAH
Menariknya isu ni...pasal DNA lain d jumpai dr kesan dubur (Saiful), tuala, berus gigi d kondominum tersebut. Pasal bulu pun ada jugak d sebut.... X paham betul dengan kes ni.

Menurut Mak Cik FO, "pelik betul la....si Sepul tu bukan budak skolah yang x reti nak membantah atau melawan perbuatan liwat tu. Yang dia dok rela diliwati apa kejadahnya," aku anguk2 kepala je..rasa mual plak nak sambung isu ni. Ni macam statement 'Pembangkang' je..heheh

PTK ditukar kepada sistem baru..
Isu ni sebagai kakitangan awam memang hangat la. X tau lagi macam mana sistem baru yang menggantikan PTK yang baru je d mansuhkan tahun ni.
Aku pun yang ada join bengkel menyediakan cadangan Kaedah Penilaian Kompetensi Baru masih x dpt klu lagi. Macam2 cadangan kluar masa bengkel tu.

Menariknya...Cadangan dr Ustaz Khalidi
"buat apa kita susah2 fikir penilaian baru. Silap2 kaedah yang dibuat lebih susah daripada PTK yang sedia ada. Kalo lebih susah dr sedia ada...baik kita pakai PTK je. Apa kata...kita nilaikan pegawai merujuk kepada Penilaian prestasi, Temuduga PPSM, Temuduga SPA..x perlu ada penggubalan soalan!"

Kita tunggu je cam ne penilaian baru ni nanti. JPA perlu menilai cadangan2 tersebut.

Uishh...dh nak satu jam minum pagi. Alamak! sambung keja oii..keja!

No comments:

Post a Comment

Chenal