Thursday, February 24, 2011

"Itu tanggungjawab ibu.."

'N' pelanggan aku pada rabu lepas tidak lagi bertegur sapa dengan ibunya. Puncanya aku x tau la kenapa. Tak kan aku sibuk nak tanya puncanya apa kan. Silap2 aku kena buku 5. Bukan hal aku nak tau kesah sedih dia...Lagi pun dia datang bukannya nak mintak kaunseling. kan?

'N' mendakwa dia menjadi mangsa keadaan. Bapanya telah meninggal dunia. Rumah pusaka atas nama bapanya telah dipindahmilik atas namanya dan datuknya (juga sudah meninggal dunia). Menurut dia...semasa hayat arwah Datuknya - memberitahu 'N' perlu meletakkan nama dia bagi mengelak daripada maknya mengadaikan tanah tersebut kepada orang lain. Ibunya pula telah berkahwin lain dan tinggal dirumah tersebut bersama bapa tiri nya sehingga berpindah ke rumah baru. Semenjak bapanya meninggal dunia, rumah tersebut diabaikan. Cukai pintu tidak dijelaskan..Rumah menjadi usang selepas ibunya mengikut suami berpindah ke ruamh baru. Akhirnya 'N' dibebani dengan hutang cukai pintu yang tertunggak dan telah dikenakan tindakan mahkamah, kerana tanah tersebut pemilikannya.

'N' tidak mahu menjelaskan cukai pintu yang tertunggak untuk tempoh ibunya mendiami rumah tersebut. Ibunya telah mengabaikannya dan dia ditinggalkan dirumah datuknya. Dia tidak mahu bertanggungjawab ke atas hutang yang ditinggalkan atau dibebankan ke atasnya. "Itu tanggungjawab ibu"-katanya..Menurutnya, ibunya tidak mahu lagi ada kaitan dengan hal yang berkaitan dengan rumah tersebut. Jadi salah siapa?

Aku cuma menjalankan tugas. Urusan pertelingkahan keluarga bukan sekali dua aku terima d pejabat nie. Apa yang berlaku antara keluarga, perlu diselesaikan dengan berhemah. Mengadu kat aku pun, apa yang aku bleh buat?

Tapi perlu beringat la... bila isu tanah pusaka, harta - orang kita nie memang sensitif. Tak kira la ibu anak, suami isteri, adik beradik...jika tak kena caranya dan kurang pendidikan agamanya, institusi kekeluargaan bleh jadi hancur! Macam 'N' tadi la...sampai x bertegur, dan tidak berjumpa dengan ibunya selepas ibunya berkahwin lagi dan berpindah dari kampung tersebut. Nauzubillah...jangan la ia berlaku pada keluarga kita.

Pengajaran cam nie la perlu diberi perhatian. Si ibu/bapa pun, jangan la abaikan anak2. Anak2 akan menanggung akibat daripada sikap ego ibu bapa.

Pilihanraya DUN Sarawak semakin hampir.....

Rasanya pilihanraya DUN d Sarawak dah tak lama lagi kot!
Sekarang nie dok sibuk SPR dengan aktiviti lawatan ke tapak dan mesyuarat untuk persiapan pilihanraya pada bila2 masa saja.

Kemungkinan taklimat untuk Ketua Tempat Mengundi dalam bulan Mac. Sama ada pilihanraya pada April atau Mei 2011, itu terletak pada keputusan SPR. Atau CM..tu aku x brani nak cakap panjang lebar.

Tapi yang menarik perhatian aku sekarang nie..petugas2 pilihanraya dah sibuk dengan team masing2 untuk bertugas di tempat / pusat pembuangan undi itu nanti. Ada yang berebut2 untuk mendapatkan khidmat rakan2 bagi melancarkan operasi pembuangan dan pengiraan undi nanti. Aku pun masih belum cukup orang lagi nie...Nak kena cari jugak la.

Dah la aku kena jaga saluran 1. Sure kena jaga 3 lagi saluran lain, dan tapak pengundian jadi tanggungjawab aku. Huh! kena jadi KTM saluran warga emas la jawabnya! Lecehnyaaa........

Wednesday, February 23, 2011

Sonyeng Maen Tenteng

Keropok "Sonyeng Maen Tenteng"....mengingatkan aku pada zaman kanak2.
Sonyeng = Kucing
Maen = Main
Tenteng = Gitar
Dari mana Istilah itu datang...?
Bab tu..aku x tau dari mana ia datang. Aku dengar dari kawan2 sebenarnya. Kalo d amati betul2...memang jarang d dengar istilah tersebut dalam KAMUS BAHASA MELAYU SARAWAK. Cuma aku kenal pasti dari 2 sumber yang teorinya aku bleh percaya :
1. Ada sumber menyatakan istilah ini digunapakai dr Kampung Baru, sebuah kampung di Daerah Samarahan.
2. Ada teori lain menyatakan ia digunapakai oleh kanak2 yang belum tahu membaca, menggambarkan snek yang mereka nak beli kot!
Snek 'MIMI' dulu cuma RM0.10 je. Murah je...! Sekarang dah RM0.20. Masih relevan untuk kanak2 zaman skrang. Dah lebih 20 tahun dah snek 'MIMI nie...



Sunday, February 20, 2011

Jelajah Xplore Masjid - cara hilangkan stresssssss!

Sabtu lepas aku dan sekutu2 aku join aktiviti Xplore Masjid 2011 d Kota Samarahan!
Join pun sekadar untuk melepaskan tensen hujung minggu. Lama dah x join program cam nie. Best pe cari klu / jawapan soklan yang diberikan. Mencabar jugak tu! Kena faham soklan, dan bijak memastikan dimana kedudukan jawapan berdasarkan klu tersebut. Tapi partner kena yang bijak jugak la. Jangan terkial2 kita cari jawapan, partner just duduk kira tiang masjid..nak buat pe! Buang masa je. Nasib baik la sekutu2 aku nie dh biasa join program camni. Senang sket kerja aku!

Seawal 7 pagi aku dan sekutu2 aku (Rukiaw dan Abg Zul) dah menapak kat Masjid Sindang Baru. Cuaca pagi ...hujan lebat! Hujan rahmat....


Majlis Perasmian telah disempurnakan olah YB Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (ADUN N14. ASAJAYA). Biasa la. YB biasanya bukan nak datang awal....! X penah lagi aku datang majlis yanga da YB datang awal ikut jadual. Biasa datang lewat 15 minit (tu yang paling cepat la). Biasanya laaa......


Penyertaan x ramai pun...cuma ada 17 kumpulan je. Maksudnya ada 17 kereta akan bertarung menjelajah ke 9 buah masjid sekitar Kota Samarahan. Bukan selalu majlis macam nie dibuat d Kota Samarahan. Sekali sekala join...teruja jugak la. Dulu masuk Xplore Masjid kawasan Kuching...sampai sesat jalan, gara-gara cari lokasi masjid. Tu cerita dulu-dulu...

Peserta Xplore Masjid 2011

Masjid Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan

Antara lokasi2 lain yang menjadi destinasi Xplore Masjid 2011 anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak :

1. Masjid Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan
2. Masjid Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan
3. Masjid Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
4. Majid Kampung Empila, Kota Samarahan


5. Masjid Kampung Endap, Kota Samarahan

6. Masjid Kampung Meranek, Kota Samarahan
7. Masjid Kampung Baru, Kota Samarahan
8. Masjid Al Muttaqim, Masjid Daerah Samarahan

Dapat ke tidak, betul ke salah jawapan kami tu tak jadi hal. Apa yang penting, enjoy dengan aktiviti cam ni. Memang mencabar!

Penah kali ke-2 join Xplore Masjid (Kuching) kereta aku buat hal. Terpaksa tukar kereta lain. Dah la kereta tukar, handphone plak tercicir kat masjid. Nasib baik dapat balik. Kalo orang lain jumpa handphone tu, sure 'dah arwah'. Memang malang la....

Bla semua dah selesai - majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan d masjid Al-Muttaqin. Kami hanya dapat no.5 je. Alhamdulillah la. Dapat la saguhati RM100. Cukup la bahagi 3 orang. Duit minyak pun lepas. Apa yang penting..perjalanan yang best, dapat erat persahabatan, dapat jumpa org kampung dan peserta2 lain, dan dapat info masjid2 d lokasi Xplore masjid.

Hilang Stressssssss

Friday, February 18, 2011

Cokelat vs Chenal

Baru semalam aku buat Entri pasal Aku n Blog...tetiba CoKelatz-RaWkz (kawan lama) komen & buat entri pasal tu.

Dan title kat atas tu ...bukan nak war-warkan satu dunia yang kitaorang gaduh! TIDAK SAMA SEKALI. Kitaorang ok la.

Terima kasih atas nasihat Mizz Coki!

Pompuan nie kalo depan aku sure dia sindir2 sambil ketawa guling2 kat aku. Bukan x kenal perangai nakal dia zmn2 skolah! tapi aku percaya dia komen atas dasar kawan! Dia dh cite pasal aku dlm entri dia..ni turn aku plakk!

Antara blog terawal yang aku join..blog dia nie la. Dulu blog dia dlm bahasa omputeh! Pastu..aku plak create blog. Skarang dia dh ada blog bahasa melayu. Memang giler punya blog la..pasal dia nie pun gila2. heheheh

Betul kata dia...x byk follower, x bermakna traffic kencang! semua blog cam tu. Aku baca blog orang lain pun pasal entri yang menarik! kreatif!!...tp yang syoknya kalo ada photo2 yang menarik dan cara penulisan yang kreatif (biasa yang lawak2 dan sempoi aku memang layanzz)

Dunia dh canggih skrang...nak jadi penulis, boleh dgn masuk dunia blog nie. Karya sapa saja...lantak la. Sure ada yg baca...!

Lagi pun..bleh simpan lama! kalo dulu pakai kertas dengan pen. Paling kurang pun akan d simpan dalam peti besi.

Ingat zaman aku ngan Mizs Coki ni jd Sidang Redaksi Majalah Skolah! (Mizz Coki tu Boss aku time tu..belagak tul dia. Ada ka kitaorang d kasi roti kering!). Kalo dapat peluang menaip tu...bukan main lagi teruja! potong2 gambar pas tu lekat kat kertas. Masa tu..software apa je ada??.

ni la muka depan majalah skolah zaman Mizz Coki n aku!

Thursday, February 17, 2011

Aku n Blog!

Bina blog untuk glemer! ?? Ye ka?

Aku tengok blog org lain byk betul follower! Yang aku punya (blog) x sampai pun 20. Kesiannnnya! Nampak sangat x glemer! heheh
X pe la. Cukup la tu..mana yg sudi baca, baca la. Mana yang rasa nampak entri aku 'jakun' sangat, x pe. Nanti2 bleh la improve mana yang patut! X ramai follower pun x pe. Asal x d 'GAM' dr membuat 'entri' dalam blog ni cukup la. Masih bebas menekan butang keyboard kat opis or kat ghumah.

Aku tgok 'fenomena' blog Ben Ashaari menjadi2 skrg nie. Dia Popular, Dia Gah dengan class tersendiri!
Jauh kalo nak dibandingkan dengan blog aku. Ramai yg sibuk meletak url ke dlm blog Ben untuk promo blog dan cari kenalan. Meriah sungguhhhhh!Aku nak letak url dlm blog Ben pun fikir 2,3 kali.

Aku bina blog nie bukan pasal nak glemer pun. Kalo datang popular tu...kita alu2kan je la kan.. X kan nak halau suruh balik rumah! Yang penting bebas berkarya. Aku rasa blogger2 lain pun sama jgk la kot. "Bebas berkarya!"

At least dapat juga blajar banyak benda...

Entri yang baik2..kita jdkan rujukan. Entri yang gila2..kita layan gila2 la. Entri yang lawak kering....bleh kasi inspirasi jgk! Entri yang informatif... bleh tambah ilmu d dada (bla masa plak dada tempat simpan ilmu??)

Kawan2 sedara mara aku x reti pun pasal dunia blog nie. D tanya...sure mati kutu! cam nak jawab soklan SPM! Zaman aku blajar dulu..mana la tau guna komputer nie...! Skolah dulu pun..blajar komputer masih zaman DOS! tu pun mana yang bernasib baik je..dapat blajar.

So...zaman dh berubah. Dunia blog dunia baru aku!

Tuesday, February 15, 2011

Kesah Malang si Suami part 2...x ada duit!

Ingat tak entri pasal Kesah Malang si Suami...Edisi Kain Buruk ? Nie...sedikit sambungan cite terdahulu. 'MR' banyak kongsi cerita kesahnya dgn kami. Perjalanan hidupnya sebagai suami penuh berliku. (ai..ayat drama la plak aku nie). 'MR' jarang bawa duit lebih daripada RM10. Duit gaji pun....wife dia yang pegang. Dia x tau pun brapa baki yang tinggal. Dh kad ATM isteri yang pegang, memang la dia tak tau berapa baki gaji yang tinggal, kan?? Knapa la wife dia x nak kasi kad ATM kat 'MR' agaknya? Andaian : a. Mungkin 'MR' nie jenis boros.. b. Mungkin 'MR' x layak pegang duit, kerana dia OKU c. Mungkin isteri dia nak kawal perbelanjaan Kekadang 'MR' nak belanja pun kena minta duit kat wife. Penah 'MR' ckp ..duit MR, duit isteri dia. Duit isteri dia..duit isteri dia je la. heheh. Bla ajak sarapan pagi...sure dia cakap dh kenyang. Walhal...dia x de duit nk sarapan. Sure ada kawan yang simpati nk belanja. Tapi kalo 'MR' ada duit..dia memang tak lokek untuk belanja kami. Pasal tu la kekadang...dia nie jadi bahan ketawa kami kat opis. Tapi rasa simpati tetap ada.. Penah 'MR' membuat pinjaman peribadi tanpa pengetahuan wife dia. Bimbang duit pinjaman dapat kat tangan wife dia. P/S : Kenapa perlu si isteri menyekat hak si suami? Kenapa si suami akur dengan kezaliman si isteri?

Sunday, February 13, 2011

Makan Besar...cukup besarrr (TopSpot)

TopSpot Medan Letak Kereta Permata, Kuching - merupakan destinasi pilihan kalo nak menikmati makanan seafood. Alhamdulillah...kat sini semua HALAL. x perlu risau. Semua Stall mendapat sijil daripada Jabatan Agama Islam Sarawak. OK!
Kebetulan Azwa Safrina Wardina teringin nak makan 'Butter Prawn' susu. So kebetulan adik ipar ajak pi makan...kita pi ke TopSpot. Menu kat sini banyak sangat..so boleh buat pilihan la. Agak2 la..
Kalo time gaji tu..bleh la cuba sekali dua kala. Mahal jugak la...biasa la makan 'see food' hahahaha

Nie menu Azwa Safrina Wardina - Air jagung susu. Memang sedap!

Nie..air apa ntah. Ada "kembang2" cam tu la bunyinya. Kembang setaman ka, kembang kempis. lantak la..janji bleh minum.

Ni plakk ...ABC Special. Gluppp!

Sayur masak tiram..(agaknya!!) aku tau makan je. masak2 nie aku x reti sangat!

Nie memag febret aku nie! Sup Mushroom dengan jagung. sedap wooo!

Kerang masak black paper kot!

Yang nie aku first time makan...Udang Kara masak cili. Bleh tahan. Tapi harga pun bleh la jugak tahan. Kalo rasa pakai gigi palsu tu, fikir dulu la kalo nak makan. Isinya ada liat sket! Tapi memang no.1. SEDAPPP!
Ikan masak stim....nie aku x sempat nak rasa. Pasal dh kenyang giler. Banyak jugak makan.

Udang masak mentega + susu. Garing dan lemak berkrim! nie satu famili aku suka.

Nie x payah cakap la. Sayur Midin (pucuk paku) masak belacan. Makan dengan nasi putih memang syok nie. Cukup rasa dan aroma belacan menambah lagi selera. Bleh try kalo dh sampai ke TopSpot Medan letak Kereta Permata, Kuching.

Nie Ketam masak cili jugak.. nie aku x brapa nak minat. Tapi nampak menyelerakan.

Yang nie plak aku x brapa ingat apa ntah nama dia. Nampak cam kerepok besar je. Ada kerang....dan rasanya bleh tahan. masin2 sket la.

Makan besar kali nie..memang besar jugak la. Selepas tahun baru cina kan...so kita pun nak jugak ada makan besar. Belanja pun nampaknya besar jugak la. Tapi pasal adik ipar belanja..no hal. Makan la banyak mana pun. FREE la...bukannya bayar. Tak habis..kita tapau lerrr!

Tengok menu..woii banyak tu. Bleh habis ka? Semua nampak sedap. Itu sedap..ini pun sedap.

Makan boleh....selera btul adik ipar aku makan. Tgok saiz jugak la kannn! X pe..makanan masih banyak. Kena habiskan.

Bla dah selesai makan...tgok la keadaan meja. Pinggan sapu bersih..! x rugii bayar.


Agenda makan besar dah selesai. So mana yang tak habis, bawa balik. Dh bayar..x kan nak kasi kucing makan kot!
Memang kenyang giler.

Friday, February 11, 2011

Motosikal aku hilang whaaaaaaaaa!~

Motosikal aku kena curi khamis lepas (10/02/2011)...bedebah punya pencuri!

Motosikal Yamaha Lagenda QAS 2057 kaler merah...hilang d Pustaka Negeri Sarawak. Memang malang btul nasib aku ari tu. Ingatkan x de la kes hilang kat Pustaka Negeri...pasal pak guard ada duduk mengawal kat tempat parking motosikal tu...tup..tup hilang jugak! hampeh tul..

Aku sampei ja..tgok motosikal dh x de! aku tanya pak guard tu..cam blur je! Ada motosikal jenis yang sama parking kat situ..cuma design je lain. Mulanya aku ingat motosikal aku.."aik...bla masa plak aku tukar design moto aku? Bakul pun lain..rim pun lain? huhh??" jd bodoh skejep aku kat parking tu!

Terpaksa la aku menyusahkan wife aku dtg ambik! Terus pi report polis - Balai Polis Gita. Aduan dibuat...hampir sejam dengan Lans Koperal Mika.
Time aku buat laporan tu..ada sorang lagi pompuan mengadu. Rasanya kes dera oleh suami or boyfriend kot! mata dh lebam sebelah kanan. Huh...sian aku tengok!

Nak fikir banyak pasal motosikal hilang pun x guna. Dah bukan rejeki aku...br setahun motosikal tu. Dah..hilang. Redha je la.. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni.

P/s - C/Inspektor Fauzan bagitau aku...ari tu ada 3 kes hilang motosikal. Kalo nak curi..motosikal yang kena tambat dengan rantai besar lengan pun bleh hilang. Dah itu la Qada Qadar ketentuan-Nya.
TQ - C/Inspektor Fauzan dan anak2 buah Balai Polis Gita, kerana kerjasama yang diberikan.

Chenal

Tuesday, February 8, 2011

Enchuwei bukan bahaso Jerman!!

Dalam aku sibuk update daftar kata Dialek Melayu Sarawak (Samarahan) aku tertarik dengan satu daftar kata nie.
Enchuwei : Terjulur
Lamak x dengar perkataan ni. Biasa zaman kanak2 aku biasa la dengar.

"Apo nak Enchuwei kat kocek sluar kawu yo?"

So, skrang dh ada 270 daftar kata Bahasa Melayu Sarawak (Samarahan) yang aku telah register dalam blog nie setakat 7/2/2011. Kekadang susah jugak nak cari maksud paling tepat untuk Bahasa Melayu Sarawak. Blom lagi aku masuk ke Kampung2 yang memang pupolar dengan bahasa melayu Sarawak yang unik.

Monday, February 7, 2011

GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

SAYA SOKONG DUNIA BLOG dan SAYA SUKA KERANA SAYA MINAT MENULIS dan MEMBACA BLOG ! ANDA BAGAIMANA ??

Dunia blog - dunia baru yang aku minat! Aku mmg suka menulis (walaupun menulis bukan kepakaran aku. ayat pun tunggang langgang) dan memang suka membaca blog (walaupun kekadang tertido depan laptop dengan denguran sayup2 kedengaran). Enjoy la kekadang.dengan dunia blog nie. Nie blog kita..suka hati kita la nak luahkan apa. Suka ke tak suka tu lain cerita la. Janji ada....

"Tak ada blog pun bukannya mati pun". Tapi bla ada blog nie...upgrade la sket dunia IT nie. Alhamdulillah....

Untuk Ben Ashaari nak gegar 1,000 Blog...harap2 suksess la!

Belek2 Surat Khabar Pagi Isnin

Selepas berehat 4 hari (cuti tahun baru cina)..hari nie kena la masuk kerja! Jangan nak berangan layan anak isteri kat rumah lagi. Kerja..kerja woiii!

'In tray' banyak fail menunggu untuk d 'kerja' kan. Jap lagi aku buat la.

Sebelum tu aku nak baca surat khabar dulu la. Biasa la..kalo bos tak de, surat khabar aku dapat dulu. Cari mana artikel yang patut untuk rujukan. Buat 'cutting paper' pasal org kena bankrap - lelong - saman.

Belek2 surat khabar, ada saja gambar muka isteri baru CM. Bukan main lagi CM dengan wife baru dia. Riang gumbira. Lensa kamera wartawan asyik fokus kat dier je...cukup2 la tu.

Rakyat Sarawak dok masih hangat bercerita pasal isteri baru CM nie. Lagi la hangat bla hujung minggu ada majlis kawin...sok sek sok sek..mesti ada isu pasal wife baru CM nie. Senyuman x lekang dibibir menjadi topik makcik2 d majlis kenduri kawin!

Sunday, February 6, 2011

Khurafat...ada bau x sedap

Korang ada tgok movie "KHURAFAT" ?
Aku baru je balik dari tgok wayang cite tu. Not Bad! ada banyak benda menarik tentang movie ni. Biasanya aku x penah takut pun tgok cite hantu made in MALAYSIA. Tapi movie nie..sesekali aku terkejut sama! Bukan pasal takut..tp unsur suspen nya nampak berkesan utk aku terkejut beruk!

Sedang sedap aku menghayati babak2 menarik cite KHURAFAT ....tetiba terdengar bunyi suara budak kecik. "Halooo...knapa bawa budak kecik tgok cite cam nie??" x paham betul aku dgn mak bapak yang x sensitif pasal benda nie.. Budak bawah umo 1 tahun pulak tu! Pihak pengurusan cineplex pun satu. Knapa lepaskan bebudak bawah umo 18 tahun masuk! dh jelas2 movie nie utk 18 tahun ke atas...Tak PAHAM-Tak PAHAM!

Yang bestnya..efek audio memang bagus giler! tapi lagi hebat pasal cite nie... ada jugak efek bau! Ghau-ghau baunya! Hushhh...kalo iye pun nak melepas..jangan la dalam panggung wayang. X paham aku! Memang x sedap sungguh bau...

P/S : kalo nak tgok wayang cite hantu....jangan KENTUT di dalam panggung!

Kesah Malang si Suami...Edisi Kain Buruk

"Ambik abang ....Sayangg. Sayangggg. Saayanggggg. Aih...sayang lah" Begitu la setiap hari sorang staf aku ni bla time nak blik kerja. Bila jam hampir pukul 5 petang je, sibuk la dia menelofon si isteri untuk menjemputnya balik. Kesian pun ada...lucu pun ada! Korang fikir..apa yang wife dia cakap bila masa dia telefon sampai dialog seperti di atas terungkap? Sebenarnya, dia OKU. Tak ada kenderaan untuk berulang alik dari rumah ke tempat kerja. Dia cuma mengharapkan simpati isteri untuk menghantar dan menjemputnya balik dari kerja. Bukannya dia x boleh atau tidak mampu untuk memandu kereta atau menunggang motosikal lagi, cuma si isteri tidak membenarkannya memiliki sebarang kenderaan lagi. Pelik bukan? Memang pelik sangat! Lebih pelik..bila si isteri cuti dan si suami kerja. Si isteri yang lambat bangun enggan menghantar si suami bekerja. Alasannya si isteri ingin berehat. Kurang ajar betul isteri cam tu kann?? Kalo aku dah lama kena penerajang Kaki Gajah!! Dah la nak pakai kereta si isteri tak kasi, nak minta hantar ke pejabat pun payah! Kenapa wife dia buat cam tu ekk? Tak kan pasal performance ranjang dh kurang kot! Setau aku..si suami ni selalu ja peka dengan "ADO MALAM" nya! Kalo x di pujuk dengan kata2 sayang..si isteri sanggup x jemput si suami balik kerja. Percaya atau tidak memang begitulah realitinya. Pernah si suami merayu meminta tolong rakan satu opis tolong hantar si suami ini balik ke rumah. Ada ketika si suami menunggu si isteri sehingga waktu Maghrib.