Wednesday, March 30, 2011

Kesah Malang Si Suami Part 3 - Tido d luar

Kesian bila dengar 'si Suami malang' bercerita pagi Rabu lepas. Dalam kesian2 tu..sempat jugak kami ketawa kan dia. hua..hua..ha...ha. Siap bleh jd bahan lawak pagi lagii~

Pasal apa plak kali ni?


Pasal si suami tido diluar rumah. Percaya atau tidak...PERCAYA LAH!

Si suami malam tu kluar dengan mmber sepejabat untuk tengok mmber lain yang sibuk buat persiapan satu event ni. So..balik umah dalam kol 11 malam cam tu la. Ok la kan...kluar dengan mmber opis untuk beri sokongan kat mmber2 lain..Salah ker? Lain la kalo kluar dgn awek lain ka...kluar disco ka..! Bla sampai pintu rumah....mmber yang hantar tu pun dah blik. Mana tau, pintu rumah x boleh buka..dah la x bawa kunci rumah. "Habis...! habis la......!" so...dengan rasa relahati, si suami dok kat luar rumah sampai subuh...! Wife langsung tak peduli pun si suami tu balik ke tak. Sengaja dibiarnya si suami kesejukan d luar rumah bertemankan nyamuk! Pagi tu tengok muka si suami ni memang nampak letih sangat. Kitaorang suruh dia pi tido kat belakang opis nie, dia tak nak! masih nak buat keja. Kami ada tanya la...buat apa jer kat luar rumah? Dah la tak tidur.. X kan dok kira bintang d langit kot. Dia kata "Dia bertepuk tampar membunuh nyamuk yang datang hinggap d badannya," "Sampai pagi?," tanya mmber aku. "Ya..sampai pagi. Siap kumpul lagi nyamuk yang berjaya d 'matikan'," kami masing2 menggeleng kepala. Pagi tu pun...anak pompuan dia yang bukakan pintu rumah. Bukan si isteri.


Kami mengucap panjang... Ada jugak golongan "ISTERI" yang corak cam nie. Memperhambakan suami sendiri..memperbodohkan suami sendiri.
Adakah perkara seperti ini berlaku kerana keGAGALan menjalankan tanggungjawab sebagai SUAMI?

Monday, March 28, 2011

Simpang Melaban, Kota Samarahan

PIN Kota Samarahan : Simpang Melaban/Entingan Kalo anda ingin ke Asajaya melalui jalan darat (tanpa melalui feri) anda akan jumpa papan tanda ini. hehe...saja jer. Bila dh x de idea untuk Entri Blog malam nie..

RumahKu....ISTANA kami!

Projek Istana aku..masih blom siap2 lagi. Nie dh nk masuk 2 tahun dah. Semua sedara mara..org kampung dok asyik tanya, bila la istana aku tu nak siap. Aku cakap je yang 'peruntukan Kerajaan x cukup..'. Rilek la..x lama lagi siap la tu. hehehe
Orang kata Istana aku nie cam Dewan Masyarakat? aii..nampak sangat ke macam dewan???
Ni pic 2 minggu lepas..kontraktor sedang menyiapkan kerja memasang bumbung.
Nie bahagian blakang istana. Kolam akan d masukkan dalam RMK10. haha..
Adoi..x sabar nk duduk Istana Idaman ni.
Bahan binaan sekarang semua naik harga...

Sabar je la...harap2 tahun nie leh beraya kat ISTANA ini.

Saturday, March 19, 2011

Mango Tree, Kuching

Ni cerita 2 minggu lepas...biar pun nampak basi, tapi memori nie memang best la. Korang bukan tak tau..lama x lepak, borak2 dengan mmber skolah..sure meriah. Tapi entri ni bukan la nak cite pasal kitorang..tp lokasi dinner malam tu..mmg gred 'A'. Memang la tempat nampak eksklusif..tapi menu dia mmg 'ManTop'. Ye la..bkn slalu dpt makan tempat mahal ...hehehe
Destinasi : Mango Tree, Jalan Crockshank (belakang Dewan Suarah Kuching)
Memang agak besar jugak la ruang restoran nie..aku rasa dlm 200 org bleh muat kot. Kalo nk buat majlis kawin ka..hari jadi ka...bleh la kot!
Untuk basahkan tekak..ada kordial oren. Ala nie..biasa kita minum la. Kat umah pun bleh buat nie.


Yang ni bukan menu untuk kami k! Nampak cam romatik Ni..daging kambing. Masak apa aku pun x tau. Tapi memang sedap. Daging kambing dengan sambal cecah...adoi. Terliur beb!

Ni ayam yang dimandikan dengan sos cili 'sweet n sour'.


Nasi goreng (x tau nasi goreng apa..cam biasa ja) tp pasal menu2 sampingannya sedap2...ia jd nasi goreng yang istimewa. Ada udang..ada sotong. Fuhhh!


Aku suka fish cake perisa tom yam tu. Mak aiii, sedap siott! 1st time rasa fish cake cam tu. So..mkn lebih sket la. Popia tu..sedap jugak la. Udang dbalut dgn popia...nmpak cantik!


Kerabu paku pakis rasa pedas, sedap jugak! kao yang gastrik jgn sesekali cuba la ekk! x sesuai. Ada cuka..! macam kitaorang yg x de pantang bleh la.

Ada lagi menu lain..x sempat nk rasa semua. Kenyang betul malam tu. kalo x silap ada 7 menu semuanya mlm tu. Anggaran dalam RM46.00 seorang...ok pa! bukan selalu makan kat tpt mahal cam ni. Janji sedap...

Thursday, March 17, 2011

Medan Pilihanraya DUN 2011 bermula

Hari ni...Dewan Undangan Negeri Sarawak dibubarkan! Fuhh cam berita besar je!

Sapa calon2 YB yang bakal bertanding bagi semua parti akan menjadi persoalan pada masa ni. Bagi parti memerintah BN...mantan2 YB resah gelisah, sama ada dikekalkan kerusi di DUN lama atau di pindahkan ke kawasan lain atau disingkirkan. Siapakah muka2 baru...? Akan diketahui tak lama lagi.

Yang pasti suasana politik tidak semeriah d Semenanjung. Pilihanraya d Sarawak kurang perang poster, tiada perang debat..
Poster hanya sebagai syarat...! Blom nampak warna2 lain selain kaler Biru..(BN la tuuu). KEADILAN...PAS....DAP.....masih membisu.
Biar kempen secara matang...x nak la isu2 peribadi, isu perkauman menjadi medan serang hendap! Bosan dh dengan cerita politik.
Tunggu la berita terkini isu politik Sarawak...

Monday, March 14, 2011

HARAM botol susu

Terkejut jugak bla paparan berita tentang pengharaman botol susu bayi! Botol susu yang ada polikarbonat akan diharamkan berkuatkuasa 1 Mac 2012.

Kenapa perlu tunggu 1 Mac 2012?

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan "Bisphenol A" ialah bahan kimia industri yang ditambah yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," petikan kata2 Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Sekarang kena hati2 la kalo nak beli botol susu untuk anak. Masalahnya cam ne nak cari kod identifikasi botol susu yang ada polikarbonat atau tidak?

Thursday, March 10, 2011

Cobaaannnnn

Seperti yang aku jangka...3 hari tak masuk opis, bertimbun2 fail-fail dan pelbagai tugasan dalam 'In Tray' aku. Adoiii...! Baru 3 hari pegi kursus...! X kan nak mendera aku sampai cam niiiiii....!
Fail dalam Tray MASUK dah penuh....Tray KELUAR pun jadi mangsa transit kerja2 yang bakal aku selesaikan HARI INI!


Tak cukup Tray yang sedia ada..atas meja pun jadi mangsa. Huhhh! COBAAANNNNN.....
So...faham2 je la. Buat keja...jangan mengeluh pagi2 lagi. Kena kasi 'UP' semangat keja hari ni. Kalo tak...satu apa pun x jadi nanti. Dengan Lafaz 'Bismillah'...kita mulakan kerja dengan hati yang senang!


Wednesday, March 2, 2011

Syahdu

Dulu zaman blajar..aktif jugak masuk nasyid nie. Bila teringat zaman tu huhhh "sumbangnya soraaa aku". Pasal tu la aku x berangan pun nak masuk AF. heheh

Entri ni....bkn la nak cerita pasal sora aku sedap ke x sedap. Ni nak habaq pasal lagu nasyid yang aku suka. Nie lagu febret aku..

Ni versi Far East untuk lagu Syahdu. Dah d'modenkan! Apa kata korang dengar plak versi original, asal lagu Syahdu ni. Dendangan kumpulan Suara Firdaus >

Lagu 'Syahdu' nie..memang syahdu giler. Aku suka lagu ni...pasal irama dan alunannya mengasyikkan. Kira sedap halwa telinga aku mendengarnya..

Korang x dengar lagi kalo solo dia nyanyi 'live' - bleh nangis dengar sora dia.

Lepak d Damai Beach Resort

Sempat jugak bercuti 21-22 Februari. Lama x pegi Damai Beach! kali nie..pegi dengan tujuan untuk hadiri bengkel (sure la free..opis bayarkan). dan cuti2 Malaysia.

Damai Beach Resort (5 star hotel). Terletak d kaki bukit gunung Santubong dan pantai yang menarik. Bla lama dh x pegi..banyak perubahan la. Tp skadar nak rilek ok la. X de la menarik sangat pun.

ni permandangan dari bilik aku...kat atas bukit. Pagi yang suram...pasal hari nak hujan kot!

Ni pantai Damai, Santubong. bersih.....dan lapang.

Banyak kemudahan ada kat sini...kolam renang utk dewasa dan budak2.

Gambar ni bukan aku sengaja nak ambik gambar mem tu k! X perasan plakk! Ruang rehat yang nyaman...tepi pantai nie. Angin bertiup fuhhhh. Damainya.....

Ruang makan dan permainan pun ada.
Sekali dua kala bercuti..ok jugak la. nak rehat minda....

Break Past...sok sek sok sek

Kuching, Rabu - Hari ni aku lepak dengan mak-mak orang (staf aku) di pantry opis. Menikmati cucur buah sukun, kacang, pau nyiur, biskut TIGER dan sandwich dengan makcik-makcik ni. Minum...nescafe baru halussssss.

Biasa la kalo duduk minum x kan dok diam je. X kan buat bodoh..jd tugu peringatan. Ada la sok sek sok sek. Tu perkara wajib untuk sesi breakfast. Lebih2 lagi dengan wanita2 yang kategori mak cik2 ni. Topik-topik sembang hari ni...

kes rogol bunuh d Sebuyau
d'cerita oleh Zariah (orang Kampung Seberang, Sebuyau) - Al kesahnya budak umo lingkungan 15-16 dirogol dan dibunuh d Sebuyau. Uishh..DAHSYATTTTT! (aku pura2 terkejut, walaupun bukan terkejut beruk). Mayat dijumpai terdampar d tebingan sungai. Halnya...budak ni d suruh kakaknya membeli ais krim, pada malam kejadian d kedai berdekatan je. Biasa kedai kat kampung tutup dalam kol 8 or 9 malam la. Tapi budak tu x balik2 beberapa jam selepas kluar...keluarga jadi risau la. Tak kan beli ais krim pun lama sangat. Sibuk la famili budak ni hubungi semua kawan2nya dan org yang kenal sama ada jumpa budak tu atau tidak. Bila keesokannya...mayat dijumpai d sungai. (kalo kat kampung sure sekampung akan bercerita kesah ni dlm topik kuliah d masjid. heheh)

Nampaknya kawasan luar bandar sekarang ni bukan lagi kawasan yang aman dah. Baru2 ni pun ada jugak kes pembunuhan d kawasan yang berhampiran. Mayat ditanam d belakang rumah pembunuh. Budak sekolah jugak mangsanya....

Huh!!!...apa nak jadi la. Kalo dulu..kita skolah kat kampung x de la risau pasal keselamatan pegi balik dr skolah. OK je. Sekarang...cuak jugak la nak lepaskan anak2 pegi balik sekolah. Macam dh x selamat je..

Kes Anuar vs Saiful..
Isu ni tetiba muncul...ntah dr mana la terpacul keluar dr mulut aku. Ada kaitan dengan kes d atas kot. JENAYAH
Menariknya isu ni...pasal DNA lain d jumpai dr kesan dubur (Saiful), tuala, berus gigi d kondominum tersebut. Pasal bulu pun ada jugak d sebut.... X paham betul dengan kes ni.

Menurut Mak Cik FO, "pelik betul la....si Sepul tu bukan budak skolah yang x reti nak membantah atau melawan perbuatan liwat tu. Yang dia dok rela diliwati apa kejadahnya," aku anguk2 kepala je..rasa mual plak nak sambung isu ni. Ni macam statement 'Pembangkang' je..heheh

PTK ditukar kepada sistem baru..
Isu ni sebagai kakitangan awam memang hangat la. X tau lagi macam mana sistem baru yang menggantikan PTK yang baru je d mansuhkan tahun ni.
Aku pun yang ada join bengkel menyediakan cadangan Kaedah Penilaian Kompetensi Baru masih x dpt klu lagi. Macam2 cadangan kluar masa bengkel tu.

Menariknya...Cadangan dr Ustaz Khalidi
"buat apa kita susah2 fikir penilaian baru. Silap2 kaedah yang dibuat lebih susah daripada PTK yang sedia ada. Kalo lebih susah dr sedia ada...baik kita pakai PTK je. Apa kata...kita nilaikan pegawai merujuk kepada Penilaian prestasi, Temuduga PPSM, Temuduga SPA..x perlu ada penggubalan soalan!"

Kita tunggu je cam ne penilaian baru ni nanti. JPA perlu menilai cadangan2 tersebut.

Uishh...dh nak satu jam minum pagi. Alamak! sambung keja oii..keja!