Monday, June 20, 2011

Klik Keyboard untuk BAPA

Menjadi anak kepada seorang bapa
Menjadi bapa kepada seorang anak

Dua frasa ayat di atas pastinya berbeza.
Feeling kedua2nya frasa ayat di atas juga berbeza....

Kalo dulu...menjadi seorang anak, apa yang kita nak semua 'ON' je dengan syarat benda yang berfaedah je. Bapa akan 'warning' -"beli yang perlu dan berfaedah je...jgn membazir! OK!"
"Baikkk...boss!" Skarang kalo dh jadi bapa kena la buat yang terbaik utk penuhi keperluan anak2. Kini baru aku faham...knapa bapa selalu ingatkan aku agar beli ikut keperluan dan yang berfaedah je. Sebagai bapa..banyak komitmen perlu ditanggung. Bapa berjimat untuk pastikan perbelanjaan harian kami dan keperluan kami semuanya cukup.

Dulu..jadi anak, bangun lambat memang syok! Bapa bising2 suruh bangun utk solat subuh. Kita sebagai anak memberontak la..apa lah. Lebey kurang cam drama melayu laaa. Kononnya x best kena leter pagi2, x de mood. Sekarang..kalo anak x bangun lagi untuk bersiap nak pegi skolah, panas hati jugak. Tapi kena sabar dengan perangai anak! Pasal dulu pun kita lebih kurang cam tu. Agaknya cam tu la bapa aku dulu. Banyak bersabar dengan karenah kami adik beradik. Betapa dulu suka benar kita sakiti hati orang tua kita..tapi mereka tetap sabar!

Dulu..aku sebagai anak hanya sekali sekala mengucapkan kata "MAAF BAPA". Kononnya kita nie x penah la buat salah. Padahal memang banyak pun dosa dengan bapa. Tapi degil kita lebih tinggi daripada bapa kita. Nak minta maaf pun bila hari raya. Bila difikir-fikir sekarang nie - BERDOSANYA AKU! Ntah berapa kali agaknya ungkapan "SAYA SAYANG BAPA" terbit dari bibir aku bla jadi seorang anak??! Kalo ada pun melalui surat2 time blajar jauh dari keluarga dulu kot (time tu x kenal internet lagiiiii). Skarang....sebagai bapa, tiap2 hari kita nak anak kita luahkan 'I LOVE U' kat kita. Nak pegi keja or balik dari keja...sure anak akan ungkap 'I LOVE U". Sejuknya hati kita bla mendengar ungkapan tersebut meniti d bibir anak kesayangan. Bla anak x nak ucap 'I LOVE U' - pandai plakk kita (bapa ni) merajuk! Padan muka kita...!

Kenapa dulu2 aku x mengungkap "Saya Sayang Bapa" setiap hari? Kalo tak pasti setiap hari aku menerima senyuman yang paling manis daripada bapa. Seperti mana senangnya hati bla anak ucapkan "SAYANG BAPA!!"

SEKARANG - menjadi bapa kepada seorang anak
Penat aku memujuk hati agar menjadi setabah bapa. Tidak pernah merungut dengan tanggungjawab sebagai "BAPA". Sentiasa bersyukur dengan nikmat dan rahmat yang ALLAH berikan untuk kita lalui kehidupan sebagai seorang bapa!
"Mengajar (mendidik) anak2 menjadi insan yang soleh/solehah, dan juga menerima dengan hati yang terbuka pelajaran daripada anak2."
Tapi kekadang ego kita nie lebih sket...anak tegur pun, kita jugak yang menang! heheheh

coretan BAPAK
Entri HARI BAPA


Sunday, June 12, 2011

Cerciter Aku Balik KamponG!

Entri ni just nak share gambar2 sukaneka orang2 kampung aku - Kampung Pinang, Kota Samarahan. Jarang blik kampung ni...skali dua kala join kemeriahan org2 kampung dua ronok jughak! Layannnz
Pasal itu aku suka blik kampung kalo ada kelapangan. Dengar org2 kampung sembang....riuh rendah seantero...
Banyak sejarah aku kat Kampung Pinang...! Best berkumpul dengan pelbagai generasi warga kampung. Bangga jughak !!!

Tuesday, June 7, 2011

FLEA MARKET D SATOK





BOYAN - GERSIK


Nampaknya gerai2 mkn kat Kampung Boyan - Gersik masih belom beroperasi. Masih awal lagi kot. Jam baru kol 8 pagi. Kalo dulu...kat tebingan sungai Kampung Boyan - Gersik ni, hanya rumah kampung je. Tapi skarang telah dibangunkan dengan ruang niaga untuk bumiputera dan Tebingan Boyan - Gersik menukar lanskap perkampungan tersebut. Zaman dh berubah..

Suasana petang : Tebingan Boyan - Gersik ini akan dipenuhi oleh warga tempatan dan luar Kuching untuk menikmati makanan d gerai2 makan yang ada atau membeli Kek Lapis Sarawak. Banyak dah outlet Kek Lapis di perkampungan ni. Kalo d Terengganu orang lebih kenal Keropok Losong d Losong, tapi Kek Lapis Sarawak nie...orang boleh dapatkan d Kampung Boyan - Gersik. Sinonimnya Kek Lapis Sarawak dengan perkampungan ini......

Citer pasal kek lapis...lama dh x merasa kek lapis! Nak makan free masuk je kat outlet Kek Lapis Salehah. Bleh makan kek free. Heheheh

Saturday, June 4, 2011

PANTUN MENSIA


Long-long kemalong...
Belah laut banyak antuuu
tapi belah pinggir..garenti nisik adaaa

Kusss..semengattt!!! (terkejut ndahhh)

yei..yei....
Dam..di dam

Bapak mek datang
ngembak buah pisang
Dimakan sorang-sorang
nun di teluk elangg

Laaa...sungguh lokeknya dia
nisik ngembak kita makan bersama

Embek2 gambung
menanduk batang pisang
Mak kamek rang kampung
Bapak kamek rang datang

Laaa.....patut olah tingkahnya
nisik macam olah kita semua

Air pasang
timbul

Virus Nora Elena..LAYANNNZ!

Aku sebenarnya jarang tengok drama melayu waktu petang or lepas balik keja. Kalo ada pun..untuk 5 minit je untuk melepaskan penat!


Aku bukan apa...nie semua gara-gara Drama Nora Elena. 'Puan-puan' kat opis aku rancak bersembang pasal drama nie. Drama nie kan sedang ditayangkan jam 7 petang (kalo tak silap aku la). Time tu memang bukan masa utk tengok tv daa! Maghrib laaaa. Sumpah aku x layan pun cite tu.


Kebetulan kakak opis aku nie, siap download cite nie dari blog Kepala Bergetar . Siap promosi lagi kat aku. So aku time2 lunch layan la cite nie!(yang dh kakak tu download dr blog td) Best jugak drama nie. Patut la makcik-makcik, kakak- kakak lambat nak ke dapur masak untuk suami, anak2. Layan cite gini rupanya! Suami balik keja pun hanya sambut - 'ermmmmm..balik bang?'


Mulanya aku layan 1, 2 episod je. Bla plot citenya menarik - aku layan la abis cite tu! kisah cinta sioottttt! Berbunga-bunga jugak la hati aku nie bla layan citer nie. Tak percaya..korang pi la tgok!


Budak-budak pompuan suka la tgok cite nie...pasal Aron Aziz berlakon! Tapi lakonan Siti Seleha pun bleh tahan. Gandingan yang serasi dalam drama nie...drama yang diadaptasi dari novel 'Kasih Yang Suci'


Maharaja Lawak - Minggu 10 - Sepah


Layan betul dengan lawak si Sepah ni..

Zaman dulu-dulu, memang gitu la kan! mana ada doktor kat kampung-kampung. Harapkan mak bidan la nak sambut kelahiran bayi.
Macam mana la mak bidan sambut aku dulu kan? Mintak2 la x ganaz cam mak bidan kat atas tu!
Ingat zaman dulu...kalo pegi rumah orang selepas bersalin ni, sure ada tempat letak 'bara api' d sebelah katil atau tempat tidur. Nak kasi panas si ibu kottt! Bukan kat bilik...tapi biasanya kat ruang dapur la tempat pembaringannya! (dah cam lagu kematian plakk!).
Pasal tu la kulit aku nie gelap agaknya...! Mana taknya - kena haba panas, asap pulak tu! hehehe

Tapi itu la realiti kehidupan kita. Orang-orang kita banyak ragammnya!