Monday, June 20, 2011

Klik Keyboard untuk BAPA

Menjadi anak kepada seorang bapa
Menjadi bapa kepada seorang anak

Dua frasa ayat di atas pastinya berbeza.
Feeling kedua2nya frasa ayat di atas juga berbeza....

Kalo dulu...menjadi seorang anak, apa yang kita nak semua 'ON' je dengan syarat benda yang berfaedah je. Bapa akan 'warning' -"beli yang perlu dan berfaedah je...jgn membazir! OK!"
"Baikkk...boss!" Skarang kalo dh jadi bapa kena la buat yang terbaik utk penuhi keperluan anak2. Kini baru aku faham...knapa bapa selalu ingatkan aku agar beli ikut keperluan dan yang berfaedah je. Sebagai bapa..banyak komitmen perlu ditanggung. Bapa berjimat untuk pastikan perbelanjaan harian kami dan keperluan kami semuanya cukup.

Dulu..jadi anak, bangun lambat memang syok! Bapa bising2 suruh bangun utk solat subuh. Kita sebagai anak memberontak la..apa lah. Lebey kurang cam drama melayu laaa. Kononnya x best kena leter pagi2, x de mood. Sekarang..kalo anak x bangun lagi untuk bersiap nak pegi skolah, panas hati jugak. Tapi kena sabar dengan perangai anak! Pasal dulu pun kita lebih kurang cam tu. Agaknya cam tu la bapa aku dulu. Banyak bersabar dengan karenah kami adik beradik. Betapa dulu suka benar kita sakiti hati orang tua kita..tapi mereka tetap sabar!

Dulu..aku sebagai anak hanya sekali sekala mengucapkan kata "MAAF BAPA". Kononnya kita nie x penah la buat salah. Padahal memang banyak pun dosa dengan bapa. Tapi degil kita lebih tinggi daripada bapa kita. Nak minta maaf pun bila hari raya. Bila difikir-fikir sekarang nie - BERDOSANYA AKU! Ntah berapa kali agaknya ungkapan "SAYA SAYANG BAPA" terbit dari bibir aku bla jadi seorang anak??! Kalo ada pun melalui surat2 time blajar jauh dari keluarga dulu kot (time tu x kenal internet lagiiiii). Skarang....sebagai bapa, tiap2 hari kita nak anak kita luahkan 'I LOVE U' kat kita. Nak pegi keja or balik dari keja...sure anak akan ungkap 'I LOVE U". Sejuknya hati kita bla mendengar ungkapan tersebut meniti d bibir anak kesayangan. Bla anak x nak ucap 'I LOVE U' - pandai plakk kita (bapa ni) merajuk! Padan muka kita...!

Kenapa dulu2 aku x mengungkap "Saya Sayang Bapa" setiap hari? Kalo tak pasti setiap hari aku menerima senyuman yang paling manis daripada bapa. Seperti mana senangnya hati bla anak ucapkan "SAYANG BAPA!!"

SEKARANG - menjadi bapa kepada seorang anak
Penat aku memujuk hati agar menjadi setabah bapa. Tidak pernah merungut dengan tanggungjawab sebagai "BAPA". Sentiasa bersyukur dengan nikmat dan rahmat yang ALLAH berikan untuk kita lalui kehidupan sebagai seorang bapa!
"Mengajar (mendidik) anak2 menjadi insan yang soleh/solehah, dan juga menerima dengan hati yang terbuka pelajaran daripada anak2."
Tapi kekadang ego kita nie lebih sket...anak tegur pun, kita jugak yang menang! heheheh

coretan BAPAK
Entri HARI BAPA


3 comments:

  1. hehehe.selamat hari bapak juak bro.semoga menjadi bapak yang terbaik untuk anak2nya.

    ReplyDelete

Chenal