Saturday, September 15, 2012

Lagi Kritikan tentang hak Sabah Sarawak...

Terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata badan binasa.

Fenomena bicara tanpa fakta yang berlangsung dalam media memperlekehkan Sarawak dan Sabah semakin menjadi-jadi. Isu Md. Yusri dalam Bicara Kampus pula menjadi perdebatan pengguna FB, terutamanya anak-anak Sarawak. Pelbagai cemuhan terus dilontar kepada Md. Yusri yang mempertikaikan hak Sarawak dan Sabah.

Dalam blog CetusanKenyalang antara blogger yang mengupas isu ini. Anda boleh baca kupasan lanjut tentang isu ini.

Tapi bila melihat video Bicara Kampus tersebut...anak jati Sarawak,  Fitrianoviani Haji Khalid  menganggap Kuching itu seperti 'Kampung' merupakan tamparan hebat buat Sarawak. Baca entri CetusanKenyalang : Mahasiswa UNIMAS Fitrianoviani Haji Khalid anggap SARAWAK sebagai 'Kampung'. Sedih...dengan Negeri Sendiri???

Anugerah Bandar Lestari Peringkat Kebangsaan 2009/2010 : KUCHING
Rujuk : DBKU menang sekali lagi menang anugerah bandar lestari.  &  DBKU dianugerahkan Bandar Lestari kali kedua.
Bandaraya paling bersih di Malaysia : Kuching
Rujuk : Kuching as a role model dan ASEAN Environmentally Sustainable Cities Award atau Many cities keen to have ties with Kuching

Tahukah Fitrianoviana...Kuching telah mendapat  pengikhtirafan di dunia?? Fakta apa yang menyebabkan SARAWAK sebagai 'Kampung'?


Mungkin ahli panel sudah lupa pembangunan infrastruktur bukan pengukur kepada Integriti Nasional.

Mungkin ahli panel sudah lupa pencapaian anak luar bandar di SK Ulu Lubai diperingkat Antarabangsa yang menjadi kebanggaan Malaysia. Malah mendapat liputan seluruh dunia....
Adakah konsep Integriti Nasional tidak mengambil kira pembangunan sahsiah dan intelektual masyarakat luar bandar seperti mereka?
Rujuk : SK Ulu Lubai 'Permata' dalam belantara. dan Contohi kejayaan SK Ulu Lubai.

Komen2 mereka tentang isu ini..


Kami bangga jadi anak Sarawak...
Biar pun nampak 'Kampung' tetapi tetap bangga dengan apa yang ada.

Monday, September 3, 2012

Masih relevan ka main pondok-pondak zaman sekarang untuk anak perempuan?

Main pondok-pondok....
Ni anak-anak sedara aku..yang sibuk main pondok-pondok.
Teringat zaman kanak-kanak...