Tuesday, October 8, 2013

Assalamualaikum..

Assalamualaikum...

Sempat menyinggah skejap kat blog nie untuk lepas gian mengblogkan diri.

Ermm...nak mula kat mana yer? Ok...apa kata kita citer pasal majlis perkahwinan Amir Jahari dan Kartini Sulaiman (SDC Catalyst Sarawak).

Tarikh keramat 5/10/2013 - Ijab kabul sudah pasangan Amir Jahari dan Kartini di Penview Hotel, Kuching. Majlis yang dihadiri keluarga, saudara mara dan rakan-rakan mereka - berjalan lancar. Jom tengok sekitar majlis akad nikah dan persandingan mereka.








Friday, July 19, 2013

Puisi Dayana kepada Ashraf Muslim....errrr!

Puisi ini memang kena sangat dengan kesah si Ashraf Muslim tu kann! Ramai org bercerita ini adalah nukilan Dayana..... Betul atau tidak, yang tu aku tak pasti. Tapi bicara puisi ini memang penuh makna..luahan isteri pertama tentang si suami. 


Isteri yang redha akan suaminya berpoligami tidak akan meluahkan isihati seperti ini...ini adalah luahan rasa kecewa isteri yang pasrah si suami yg menjadikan "Jodoh ketentuan ALlah" itu sebagai alasan untuk beristeri..
Apa komen anda?


Belajar bahasa Melayu Sarawak - versi Meran

Dulu penah buat entri pasal Kamus bahasa Melayu Samarahan Sarawak ....Entri 16 Julai 2010.
Kira nie dah masuk 3 tahun dah entri tu....dan last aku update pun dalam tahun 2011. Kalo ada kesempatan kita akan kongsi banyak lagi perbendaharaan bahasa melayu sarawak xspecially daerah Kota Samarahan.

http://chenal-azwa.blogspot.com/2010/07/la-kamus-bahasa-melayu-samarahan.html
Ok lah....nanti aku sambung lagi citer pasal nie.

Wednesday, July 17, 2013

SARAWAKIANA THURSDAY #12: Raon-raon d Main Bazaar


Lamak ado sik pegi Main Bazaar Kuching. Ari sabtu yo tek sempat singgah ke sio ngabas ...nangga2 apo yang di juai d sia. Erm.....nang bleh tahan barang nak d juai. Bleh tahan juak mahal barang d sio. Tapi yang paling best mun pegi tempat barang kraf tuk....nyo nampak uniknya kraf Sarawak. Aku suko!!

Sebenarnya aku ada ati juak nak bercarik barang pakei ngias rumah baru aku yo. Tapi nang ndak dapat nak berias umah aku yo..rayo tahun tuk! Nangga rego...fuyyooooo, mahal bah!!! Bagus aku nempek daun pisang jak tepi dindin umah aku! Mun sapo yang berduit nak ngias umah makei kraf d Main Bazaar.....bleh la. Mun nyo berbaloii la.


Welcome ...welkam...


Entri welcome...welkam tu bukan apa..
Saja nak meraikan diri sendiri masuk semula bertugas di tempat lama. Hampir 8 tahun aku diambil bertugas buat kerja deal dengan customer, perihal akaun dan analisis data. Skarang or..mulai Jun 2013 aku diambil semula bertugas di tempat lama atas arahan pihak pengurusan.

Maka bermula la tugas aku sebagai Penolong Pegawai Penilaian...
Buat kerja penilaian...pengiraan...site visit....huhhh. Bukan pasal rindu nak buat kerja2 nie....tapi aku kena buat ulangkaji kerja2 yg dh lama aku tinggalkan ni. Harap2 cepat cover...recall balik la nota2 8 tahun lepas. hehe.

Wokey...Insya Allah, aku nak sambung keja dulu aaaa...

Kadar Zakat Fitrah bagi Sarawak....RM6.50 seorang


Lagi tentang kewajipan kita sebagai hambaNya.....
Tahun ni aku masih kena bayar untuk 3 orang = RM19.50. Masih mampu tu...x kan nak berkira dengan jumlah tu kann! so...walaupun hari ni orang biasa buat entri tanpa kata... aku nak jugak buat entri dengan kata-kata. Orang nak kata apa..tu derang punya pasal. hehehe.....
Posa..niee! Sabar......

JADUAL POSA BAGI ZON SAMARAHAN

Erm...bulan ramadhan dh masuk hari ke -8 hari ni. Cepat betul masa berlalu. Hari ni jugak tetiba rasa terhegeh2 nak post pasal jadual berbuka puasa, waktu Imsak kat dalam blog yang jarang dah aku update. 


Masih ok lagikan waktu berbuka tu. Awal tu..6.50 petang je pun.
Masih ada 3 minggu lagi nak Syawal muncul....so, tunaikan kewajipan kita sebagai umat Islam dengan hati yg ikhlas (sehh...rasa ustat ehhh!)

Wednesday, April 24, 2013

Demam PRU13 bermula..

Parlimen Malaysia telah dibubarkan pada 3/4/2013.....
Penamaan Calon 20/4/2013...
Pengundian PRU13 5/5/2013....

Akan muncul la macam-macam spekulasi, tohmahan, tuduhan, pertengkaran, ideologi, menifesto dan banyak lagi la yang kekadang rasa muak dan meloyakan kita.
Apa yang orang suka tengok....perang poster!

Undilah kepimpinan mana yang anda rasa betoiii!

Kita nak cakap lebih pun pasal politik...nanti orang kata kita nie "ko bukan orang politik, tak payah la nak cakap pasal politik. Ko tak tau apa," KATANYA...

Kita nak kasi pendapat lebih sket nanti, orang lain akan cakap dia lebih tahu isu yang diperdebatkan. Tak cakap salah..nak cakap pun salah. Jadi semua serba salah....

Itulah namanya Politikus global. Tak heran dah...pasal dh kebiasaannya begitu. 
Demam PRU 13 telah melanda..so kita lihat sapa yang kenaa!

*skali lagi aku terpaksa undi pos!

Tuesday, April 2, 2013

Mula aktif kembali...

Hari ni aku  saja2 nak buat entri ringkas....sebelum kembali aktif dalam dunia bloging. 
Sebenarnya tak banyak sangat pun cerita dan perkembangan yang d kongsi dalam blog kebelakangan ni. Agak sibuk dengan hal2 duniawi. Itu ini nak kena buat sampai rasa kemalasan yang melampau untuk menekan keyboard dan cari idea untuk entri blog poyo nie!

Anak aku dah mula ekot jejak mencipta kreativiti....sendiri
Alhamdulillah.....sepanjang x buka blog nie, masih lagi hidup aku dengan dunia yang fana. Tangan masih boleh lagi nak menekan2 keyboard untuk buat entri selepas ni. Cuba nak cari modal je terkial2 lagi. Apapun....Selamat bersua kembali....

Wednesday, February 20, 2013

Tanggungjawab dan Amanah

Setiap kali boss  cuti....aku dilonggokkan dengan fail-fail kes yang perlu disiapkan setiap hari. Setiap kali itu jugak la aku slalu mengeluh rasa x cukup masa...banyak sangat keja...nak kejar due date la...
Sebulan boss aku cuti...bermati-matian nak habiskan keja memangku tugas boss + keja sendiri lagi + layan ratepayer lagi + jawab call orang itu ini..pegi meeting!

Sib baik la aku x de darah tinggi dan migrain....
kalo tak mau pengsan jugak la. Puas jugak la nak pujuk hati bersabar dan tetap menten cool.

Atas dasar tanggungjawab dan amanah....harusnya aku syukur. Tak mati lagi pun dibebani kerja yang banyak...Allah masih beri kesihatan yang baik utk jalankan tugas setiap hari. Kalo tak kerana staf yang banyak bantu....memang lama dah resign..hahahhaa

Pelakon rasa dia bagus sangat berlakon....

Coba korang baca statement Nabila Huda melalui twitter kat bawah ni....

Ini luahan rasa kecewa artis (kononnya) dengan masyarakat Malaysia. Patut ka?
Apabila ditegur salah seorang pengikut Twitternya :“kerana anda seorang Islam” ...tetiba plak si Nabila Huda menjawab balik :  perkara tersebut terjadi bukan kerana itu (dia orang islam) tetapi kerana statusnya sebagai seorang selebriti. Bleh dier cakap cam tu??


dan apa lagi dia kata kat twitter...
Sebab dia selebriti Islam la orang nak tegur. Tapi kalo dah ingat diri x bleh nak terima teguran.... Masyarakat Malaysia pun tak heran lakonan yang bagus (ye ke bagus?) 

Saturday, January 26, 2013

Entri kemalasan seorang bapa...

Lama betul aku tak buat entri dalam blog nie. Masa dah rasa terhad nak buat entri dalam blog suam2 kuku..
Bila otak dah serabut dengan keja..dengan famili, tolong wife buat bisnes dier dan hal-hal itu ini, otak pun turut sama menjadi tepu untuk buat cerita.

Kalo dulu..masa time2 semangat ada blog ni hari-hari ada entri dan baca blog orang lain. Banyak plak masa time tu. Apa nak buat...keutamaan lain perlu didahulukan, kena la abaikan dulu update blog nie.

So..hari ni just saja2 buat entri KESIHATAN untuk diri aku dan korang yang baca blog nie. Sebagai panduan kita bersama nie.