Saturday, November 7, 2009

Quality Improvement Team

6 Nov 2009
Emmm....dok rilek jap.
pikir pasal QIT nie..bla laaaa team aku nie nak siapkan projek diorang. Slide presen
tation pun masih blom siap. Banyak benda lagi blom dikemaskini.Risau jugak la...
Konvensyen QIT 18-19 Nov nie. Laporan x hantar lagi kat Bahagian
CPL.
Nak cuti pun x blehh...
"Ya Allah...permudahkan segala urusan kami"

Nov 2009
Akhirnya, Team aku menang Konvensyen QIT sempena Hari Kualiti DBKU! Alhamdulillah! Kalo team aku jd Juara..maka automatik aku ditabal jadi Fasilitator Terbaik! (tetiba unsur riak datang..hehe) Tu la dinamakan rezeki. Apa pun cakap2 org dalam
DBKU d belakang pasal kredibiliti kumpulan kami...aku x ambik peduli pun. Mungkin tahun ini rezeki kami...tahun depan belum tentu lagi kami mampu melaksanakan perkara yang sama. Tahniah utk Team QIT RTG5!

Selesai tugasan QIT - so hadiah kemenangan RM1000 dan pakej lawatan sambil belajar akan kita nikmati..!

5-6 Julai 2010
RTG5 mewakili DBKU ke Konvensyen ICC 2010, Wilayah Sabah Sarawak anjuran MPC di Pullman Hotel bersama-sama dgn kumpulan NILAI (Bahagian VAL). Selangkah lagi perjalanan kumpulan KIK (menggantikan QIT) kami melakukan sesuatu perkara dr luar kebiasaan mereka. Mengakui byk lagi kelemahan yang perlu diperbaiki, kumpulan RTG5 nekad melaksanakan tugasan seperti yang dirancang sebelumnya.

Alhamdulillah, berkat usaha semua ahli kumpulan dan doa - RTG5 berjaya merangkul Anugerah Emas buat pertama kali penyertaan dalam ICC anjuran MPC ini. TAHNIAH utk semua mmber RTG5!!! Usaha kalian berbaloi juga akhirnya.......

Sunday, August 16, 2009

Blog Aku

Blog ni..adalah blog ke-2 aku. X habis lagi dengan blog azwasafrinawardina, dh plan nak create satu lagi blog. Blog aku ni sekadar tempat berkarya pasal apa2 je la...x kesah la ada pembaca ke..or x de, at least da jugak tempat aku mula menulis.
Lama dah x menulis nie..ayat2 pun merapu ntah apa2 la. Byk sangat pengaruh bahasa pasar nie..(mcm yg korang baca nie la) hilang dah kemurnian bahasa melayu sebenar. x pe...sebagai permulaan aku jd kan blog ini medan 'karya bebas' aku!he..he...