Friday, December 28, 2012

Jadual Puasa Tahun 2013...planning utk diri sendiri!


Diantara hari-hari yang disunatkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:
  • Puasa enam iaitu puasa yang dijalankan selama enam hari dalam bulan Syawal. Puasa ini dilakukan sehari selepas 1 Syawal sama ada secara berturut-turut atau tidak.
  • Puasa awal bulan Zulhijjah dari 1 haribulan hingga 8 haribulan Zulhijjah.
  • Puasa pada hari Arafah iaitu pada 9 haribulan Zulhijjah.
  • Puasa pada 9 haribulan Muharram.
  • Puasa pada Hari Asyura iaitu pada 10 haribulan Muharram.
  • Puasa dalam bulan Rejab mengikut kemampuan berpuasa.
  • Puasa dalam bulan Sya'ban kecuali pada hari syak iaitu 30 haribulan Sya'ban.
  • Puasa pada tiap-tiap hari isnin dan khamis.
  • Puasa tiga hari pada tiap-tiap hari bulan Qamariah.

Tuesday, November 13, 2012

Sekitar World Innovative Forum Kuala Lumpur 5/11/2012

5/11/2012 - Aku sempat ke WIF-KL 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre . 
Entri ni sempat share gambar2  Finalis Anugerah Inovasi Negara 2012. Berlenggang sorang diri tgok booth2 yang join....memang sangat janggal. 
Yang nie...dah banyak dapat anugerah rasanya. Tengok secara rambang...Apa lainnya?

Dapat pengikhtirafan Anugerah Inovasi Terbaik 2007/2008 oleh SIRIM, Anugerah Kecemerlangan Industri 2009,  Anugerah Pencipta 2010 dan Juara Inovasi



Baja pun masuk inovasi apaa....mesti ada yang spesell kann?

Ni kategori IPT......UMS buat projek pasal rumpai laut. Terlalu teknikal utk aku faham....

Ini mungkin inovasi yang terbaik dari Hospital Tempatan...HUSM. Lebih baik darip produk US (tu yang aku tengok la masa pameran nie)

Inovasi nie memang klasik dan sempoi habissss! 

Biasa tokey sate guna arang...tapi nie memang best. Tempat bakar guna elektrik...



Penugal nie..aku rasa x de la baru sangat, Mcm mesin penggembur tanah pun ada...biasa tengok nie!

Buku pun ada inovasi? Kena tengok apa kaedahnya

Kaedah pembersihan...ermmmmm sistem penyulingan dan bilasan d dapur Hospital.

Alat / anggota badan tiruan oleh Hospital Umum Sarawak...nampak cam menarik!

Nie untuk team klinik gigi bergerak ke sekolah. 

Untuk kereta yang lebih selamat kena beli alat nie..

Asas untuk rumah / bangunan...guna inovasi yang lebih moden. 

Bata dari bahan buangan sawit? ermmmmmm memang keras giler bata nie.

adakah sesuai untuk rumah?? rasa2 anai-anak boleh bersarang tak kat bata nie?

Cipta alat menentukan arah kiblat untuk orang buta. ermmm....boleh pakai ker?

Budak skolah pun bleh buat inovasi ..

Kompos oleh KPKT nie....tak de luarbiasanya. Coz aku penah tengok yang lebih praktikal daripada apa yang dipamerkan ni..

Ni pakcik..makcik tokey nyiur suka alat nie.


Senang kalo nak belah buah durian



Mesih kacang lupakan kulit


Saturday, September 15, 2012

Lagi Kritikan tentang hak Sabah Sarawak...

Terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata badan binasa.

Fenomena bicara tanpa fakta yang berlangsung dalam media memperlekehkan Sarawak dan Sabah semakin menjadi-jadi. Isu Md. Yusri dalam Bicara Kampus pula menjadi perdebatan pengguna FB, terutamanya anak-anak Sarawak. Pelbagai cemuhan terus dilontar kepada Md. Yusri yang mempertikaikan hak Sarawak dan Sabah.

Dalam blog CetusanKenyalang antara blogger yang mengupas isu ini. Anda boleh baca kupasan lanjut tentang isu ini.

Tapi bila melihat video Bicara Kampus tersebut...anak jati Sarawak,  Fitrianoviani Haji Khalid  menganggap Kuching itu seperti 'Kampung' merupakan tamparan hebat buat Sarawak. Baca entri CetusanKenyalang : Mahasiswa UNIMAS Fitrianoviani Haji Khalid anggap SARAWAK sebagai 'Kampung'. Sedih...dengan Negeri Sendiri???

Anugerah Bandar Lestari Peringkat Kebangsaan 2009/2010 : KUCHING
Rujuk : DBKU menang sekali lagi menang anugerah bandar lestari.  &  DBKU dianugerahkan Bandar Lestari kali kedua.
Bandaraya paling bersih di Malaysia : Kuching
Rujuk : Kuching as a role model dan ASEAN Environmentally Sustainable Cities Award atau Many cities keen to have ties with Kuching

Tahukah Fitrianoviana...Kuching telah mendapat  pengikhtirafan di dunia?? Fakta apa yang menyebabkan SARAWAK sebagai 'Kampung'?


Mungkin ahli panel sudah lupa pembangunan infrastruktur bukan pengukur kepada Integriti Nasional.

Mungkin ahli panel sudah lupa pencapaian anak luar bandar di SK Ulu Lubai diperingkat Antarabangsa yang menjadi kebanggaan Malaysia. Malah mendapat liputan seluruh dunia....
Adakah konsep Integriti Nasional tidak mengambil kira pembangunan sahsiah dan intelektual masyarakat luar bandar seperti mereka?
Rujuk : SK Ulu Lubai 'Permata' dalam belantara. dan Contohi kejayaan SK Ulu Lubai.

Komen2 mereka tentang isu ini..


Kami bangga jadi anak Sarawak...
Biar pun nampak 'Kampung' tetapi tetap bangga dengan apa yang ada.

Monday, September 3, 2012

Masih relevan ka main pondok-pondak zaman sekarang untuk anak perempuan?

Main pondok-pondok....
Ni anak-anak sedara aku..yang sibuk main pondok-pondok.
Teringat zaman kanak-kanak...

Monday, August 6, 2012

KOSMO buat kontroversi

KOSMO plak buat kontroversi pagi-pagi nie di kala orang xcited meraikan pencapaian terbaik Dato Lee Chong Wei meraih pingat di sukan Olimpik! Korang baca la citer dalam KOSMO hari ni! Panas...

Berapa ramai la rakyat Malaysia yang mampu sampai ke tahap itu? Maksud aku...masuk Olimpik. X ramai. 
Berapa orang atlit yang telah menyumbang pingat untuk negara di Sukan Olimpik? setakat nie...Dato LCW je la.
Rejeki yang tak semua orang mampu capai, kalo tak de usaha. Kita patut bangga. At least Malaysia tersenarai penerima pingat pada Sukan Olimpik tu. 

Korang baca la komen mereka dlm FB Kosmo kat bawah nie :



Wednesday, July 25, 2012

Pulau Pinang : Lori terbalik, 2 cedera

Kalo korang baca berita macam nie..mesti teringat  kemalangan jalan raya yang tragis. Tapi ni berita sebelum puasa. Bukan stok untuk hari raya aaaaaaa!
2 masok longkang cedera ringan jeee..

sekor masuk penjara! Padan mukoo!

Tak dapat nak tolong....sori~!

korang nak tolong???

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Datang laghiii!

Alhamdulillah...Ramadhan datang lagi. Bersyukur sangat kerana masih bertemu dengan Ramadhan skali lagi. Aku masih hidup lagi...masih berpeluang bertemu Ramadhan lagi. Minta-minta la aku berkesempatan laghi bertemu Ramadhan akan datang!

Hari ni dah masuk hari ke 4 Ramadhan. Belum sampai seminggu pun puasa tapi kat opis aku ni dah mula pasang lagu raya..! Rasa meriah plakk!

AZWA SAFRINA mula puasa..
Anak aku dah mula puasa tahun nie. Alhamdulillah...proses pembelajaran posa dia ok.
Untuk beberapa hari ni masih ok laghi nak bangun sahur. Makan pun bukannya banyak sangat. OK la...nekad nak ajar anak berpuasa tu, ada banyak caranya. Alhamdulillah la, Azwa Safrina Wardina tak banyak ragam. Cuma hari pertama dan kedua tu...menangis-nangis nak minta air. Tak tahan katanya. Antara kesian dan nak didik anak. Kalo disuruh minum..kang esok mintak lagi. Tak kasi minum..kesian plak tengok dia merayu-rayu minta air. Kena la cari benda yang boleh melupakan dia dengan haus...
Alahai...siannya.
Anak aku nie jenis yang hisap jari dengan bantal busuknya. 1st day puasa dia tanya..."Boleh tak azwa hisap jari?". Nak tak nak kena la aku xplain. Tapi dia hisap jughakkk! Tapi x pe la...dia dah boleh berpuasa pun dah cukup baik.

Tengok la sejauh mana dia boleh bertahan puasa tahun nie.

Tahun nie - puasa masih sibuk siapkan rumah. Bila fikir-fikir, rasanya tak sempat plak nak beraya rumah baru. Kalo sempat siap pun, kena fikir nak beli perabot lagi. Tak kan nak tengok rumah kosong je.. raya tahun nie. Tak kesah la kan...nak raya kat mana-mana pun boleh. Malas nak rumitkan perkara yang simple.









Lagi pun raya tahun nie wife aku kena luangkan banyak masa untuk famili dia. Semenjak Allahyarham mak mentua tak de...rasanya wife aku la yang akan take over jadi chef raya tahun nie. Dia masih belum dapat sesuaikan diri dengan situasi cam nie.

Apa pun aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk mmber blogger yang muslim.

Wednesday, July 11, 2012

Kondom HALAL? macam tak percaya..

Imej nie aku dapat daripada blog Mazidul Akmal Sidik.Korang bleh cari entri tersebut.
Isunya : Kondom dicelup air zam zam..

Bisnes apa nie???? Ada jugak kondom halal....yang diluluskan oleh Syiria. Cuba perhati betul-betul pembungkus kondom ini.

KONDOM..?? HALAL? Biar betoiiiii!
"KEEPs THE SATAN AWAY" - lawak tul la kan?? Syaitan tetap bersama kalau x baca doa dan bukan pasangan yang HALAL (wife la..). Orang yang berzina dah sah-sah la syaitan bersama dia. Tak kan la orang yang berzina nak guna kondom nie untuk halalkan zina dia or nak halau syaitan ganggu dia? Tak masuk akal..

'Certified HALAL Green Condoms' - sudahhhhh!!!!. Kaler apa pun kondom...tapi kalo bukan dengan isteri kita...kompom la langsung tak halal. Lawak tul la tokey kilang kondom nie. hahaha

Yang paling aku tak bleh terima....gambar pompuan pakai tudung tu dan dicelup air zam-zam. Sangat-sangat menghina masyarakat ISLAM!

Kalo betoi la benda cam nie ada...pihak berkuasa kena ambik tindakan la. X leh biarkan derang nie!