Wednesday, December 29, 2010

PENCEN Oh PENCEN! Part 2

Menyambung cerita aku yang lepas...(Ehemm..sound 1..2..3)

Ok.. Al-kesahnya, petugas2 nie di tempatkan di bilik khas bagi memastikan tumpuan sepenuhnya utk menyiapkan laporan yang diperlukan. Komputer...mesin cetak..makanan disediakan.

Bilik yang berhawa dingin...sangat2 la Dingin. Rumah mayat pun x sejuk cam bilik nie. Mak cik2, Datin2 asyik mengomel kesejukan. Ramai jugak sakit2 selepas berkurung dlm bilik operasi (Termasuk aku - tetiba sick leave hari ke-6 operasi).


Semangat petugas2 Ops PENCEN harus di puji...yang muda, yang tua, yang hampir2 nak tua pun ada - saling bekerjasama. Demi kakitangan opis...mereka sanggup OT. Tinggalkan suami, tinggalkan anak d rumah. Tinggalkan kain baju di dalam mesin basuh seminggu...tinggalkan stok maggie utk suami dan anak2 (harap2 x de la sampai cam tu ) untuk memastikan laporan tersebut siap dalam tempoh yang ditetapkan.

Ini la bilik mesyuarat yang dijadikan markas operasi kami.. tidak lagi wujud amalan 5S. hihi..
x dpt nk 5S dulu la...kena fokus dulu dgn tugasan nie.

Tuesday, December 14, 2010

PENCEN Oh PENCEN! Part 1

PENCEN!!??
Bla semua kakitangan mendapat khabar gumbira..yg proses pencen diluluskan, bkn main suka lagi abang kakak, makcik pakcik kat opis aku nie! Keterujaan mereka dh x bleh nak ukur pakai pembaris kayu. Masing2 mula sibuk mengira pakai sempoa, kalkulator cap 'casio' brapa tuaian yang bakal d tuai kelak!

Tp yang best nya......(time kitaorang dikerah untuk menyediakan dokumen kenyataan perkhidmatan semua kakitangan yang layak mendapat pencen). Macam2 ado! Ermmm...aku nak mula dari part mana ekk?

Aku mula dr WANITA SUCI yang bersuara lantang ini. Aku kenali dgn Namo KAK MILAH Vavavrommm. Tiada dia sunyi la kami. Dia lah madu..dia juga la racun. Gaya ala2 mandor nak PENCEN! Tak percaya...cuba lihat gambar d bawah? Anda mungkin rasa ini bukan MAGIC....tp realitinya dia memang mandor PENCEN! hihihi.

Kak Milah sentiasa memastikan kerja petugas berjalan dengan lancar! sambil2 tu....makan dulu apa yang patut, agar tidak rasa lapar semasa menjalankan tugasan berat ini.

Kak Megawati mungkin bleh dianggap Ketua Darjah la. Pasal dia la yang bertanggungjawab memastikan loceng rehat bergema dlm bilik ini dan sentiasa menepati masanya. Duduk dekat dengan pintu...mmg layak la dia diangkat menjadi Ketua Darjah.


Wanita Anggun ini sentiasa mempunyai stok makanan! X percaya? Tgok apa yang ada atas meja kerjanya.

Wednesday, December 8, 2010

Sebeu Retreat Resort kembali lagi

Skali lagi SBEU Retreat Resort Siar menggamit aku sekeluarga dtg utk menikmati percutian hujung minggu d sana. Kali ini...chalet No.543 menjadi lokasi penginapan! Nampak sedikit besar dari bilik kami sebelumnya... Apa yang penting, sangat selesa.



Destinasi yang menarik utk sekeluarga... landskap yang teratur, pantai yang bersih, ombak yang tidak merbahaya untuk pengunjung. Bawa keluarga anda untuk CUTI2 MALAYSIA.

Sunday, December 5, 2010

PASRAH



Saat-saat ku lalui
Meninggal kenangan yang penuh bererti
Mega-mega dan rembang
Sayup-sayup meninggal kan ku pergi
Takutkah aku menempuh
Hari-hari yang menanti
Bisakah aku mencipta
Kekuatan dalam perjuangan ini

Namun tak bisaku renung
Hakikat yang menanti
Aku pasrah kepada mu ya Rabbi
Terdaya kah aku, melayarkan diri
Dilautan yang tiada bertepi
Dilautan tiada bertepi


Lagu ini agak simple...tiada melankolik.
Antara lagu nasyid yang pernah mendapat sambutan d zmn pengajian aku d IPTA.
Korang ingat lagu Era Fazira je ada lagu PASRAH? Suara Firdaus pun ada lagu PASRAH.
Ni memang lagu nasyid lama...sekitar tahun 1994/95.