Monday, March 19, 2012

TRIBUTE UNTUK BFF : Allahyarham Mr. Ghazidi

 Entri ni..khas untuk Allahyarham Ghazidi...
Kalo ikutkan 14 Mac lepas arwah punya besday! Tapi Arwah pergi buat selama-lamanya bulan lepas..

Al-Fatihah buat Allahyarham Ghazidi @ boy ....
Masa member bujang KL datang ke Kuching
Allahyarham datang bercuti bersama kazen dia..Kak B n Asmah bulan Nov 2011

Dah macam nak pegi sambut tahun baru cina la plakkk

Jarang dapat jumpa member-member nie. Mesti korang pun rindu dengan Mr. Boy

Arwah suka sangat melancong dengan kawan2. Cuma aku je x penah lagi join. Bla arwah tak de...sapa yang plan percutian selepas nie?
Masa arwah datang Kuching November 2011 - arwah nak bawa kami satu famili jejalan bila kami sampai KL Jun tahun nie. Biasanya aku memang tak nak susahkan kawan2 kat sana sebenarnya, terutamanya arwah. Arwah nie bersungguh-sungguh sangat nak bawa kami jejalan...
Hrmm.....arwah sangat baik. Semoga Allahyarham ditempatkan orang-orang yang soleh.

Monday, March 12, 2012

cuti huh..lega~

Hari ni aku start cuti panjang seminggu... Nak rehat..dan x nak fikir pasal kerja kat opis buat masa nie.. Buat apa cuti nie?
1. Aku nak tolong siapkan apa yang patut dan mampu aku buat untuk siapkan banglo aku kat kampung.
2. Aku nak rilek dgn famili kat kampung halaman.
3. Nak cari ilham (kalo ada la..) untuk header baru blog.
 Entri sempoi hari nie... Nk pg bayar hutang piutang bil tertunggak pas ni! Chaw...

Thursday, March 8, 2012

SARAWAKIANA THURSDAY #9 : SBPA BATAIIII

Ari tuk cuma nak cito pasal SBPA yang baru diumumkan pagi tuk tek..
Ado sidak kato bagus..ado kato sik bagus. Aku pun x pandei juak nak komen panjang pasal tuk. Just PM madah pio2 jakk tek!

Cam tuk BUNYI berito nya..

PENGUMUMAM PERDANA MENTERI DI PICC 08/03/2012 : SBPA DIBATALKAN!!

Antara butiran pengumuman :

Seperti yang dijanjikan hari ini, sedang diadakan satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Antara isi penting ucapan & pengumuman Datuk Najib mengenai SBPA 

§                 Datuk menceritakan semula perjalanan dan struktur SBPA semasa mula-mula diperkenalkan
§                 Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA telah dibatalkan. Akhirnya……

SBPA BATAL!!! Tetapi SSM akan ditambahbaik
§                  Dan…….Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA BATAL. Akhirnya……
§                  Tetapi SSM akan ditambahbaik
§                  Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam
§                  Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
§                  Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu P&P dan pelaksana (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
§                  SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing
§                  Jusa naik ikut tangga gaji setelah dibuat pelarasan kenaikan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54
§                  Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
§                  COLA kawasan B dan C naik RM50 (250/150)
§                  Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
§                  Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012

Persoalan Disebalik Pengumuman Gaji Baru Kakitangan Awam Ini?

1.              Pasti yang akan bertanyakan soal tunggakan. Logiknya tunggakan hanya sah apabila SBPA kekal. Sekarang ini SBPA BATAL. Jadi apa maknanya di sini? Apa yang perlu dinantikan sekarang ini, hanyalah kenaikan gaji tahunan dan pelarasan. Kecuali pelarasan ini mahu dilakukan & dilaksanakan bermula Januari 2012. Kalau begitu, mungkin akan ada tunggakan. Mungkin?
2.              Tentang bila mahu dilaksanakan, masih belum diketahui lagi. Masih lagi “tergantung” di situ. Sama-sama kita nantikan….
3.              Lagi?? Ada nak tambah?

KITA TUNGGU PERKEMBANGAN TERKINI NANTI!


Pio lah hal nya tekkk..namo kito tuk kerjo ngan kerajaan. Nang perkembangan nak cam tuk, ditunggu. Berito bagus...hati rasa lega. Berito sik bagus...panas juak lingoo! Lelah2 sidak Cuepacs bertekak pasal tuk...akhirnya ado juak hasilnya. Alhamdulillah. Masih juak ado rejeki kito...


Wednesday, March 7, 2012

Friday, March 2, 2012

Kreatif Jumaat : Peribahasa Pelik #6

Peribahasa : Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya : Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?

HUH?? Memang la betul - kalo dah mati pucuk cam ne nak dapat anak. Dah kalo anak tak ada cam ne nak ada kematian?

Bila citer pasal mati pucuk nie..lazimnya isu nie dilemparkan kepada si suami. Akal aku fikir - biasa pucuk orang mesti fikir kat lelaki. Perempuan mana ada pucuk! Ermmm...Ntah la! Aku sendiri pun tak tau cam ne definisi mati pucuk tu sebenarnya. Pasal mak bidan kampung x pernah pun turunkan ilmu tu kat aku. Nie kira entri belasah je la.


Isu nie memang sensitif....
Lebih-lebih lagi yang masih belum dapat cahaya mata. Aku pasti sedara mara, kawan-kawan mereka akan buat dan buka cerita yang boleh menjatuhkan aib. Gosip-gosip mula la meliar dan bertebaran mengalahkan berita Buletin Utama. Kesian la kat mereka...kasi la mereka peluang dan ruang.

Aku pun sebenarnya ada kawan cam tu...dia kawin awal lagi dari aku. Skarang anak aku dah umur 6 tahun - derang masih lagi belum dapat cahaya mata. Semua tu adalah rezeki yang Allah kurniakan kat kita. Kita yang dikurniakan cahaya mata yang sangat comel...bersyukur kepada ALLAH s.w.t.

Sahabat aku yang sorang nie lagi la...wife dia acapkali keguguran. Sampai 3 kali keguguran. Kawan aku nie ikhtiar berubat - bila dia rasa macam ada yang tak kena. So dia try berubat secara islam dengan Hj. Lokman. Rupa-rupanya - saka keluarga dia mengganggu kandungan isteri dia. Selepas dibuang saka tersebut..Alhamdulillah, wife dia selamat melahirkan anak perempuan bulan lepas. Hal cam nie...perkara yang diluar kepakaran doktor yang kita sendiri tak pernah jangka berlaku kat kita.

Jumaat nie...kita sama-sama la muhasabah diri kita.
Pasti ada hikmah disebalik kejadian.