Friday, March 2, 2012

Kreatif Jumaat : Peribahasa Pelik #6

Peribahasa : Biar mati anak jgn mati pucuk
Maknanya : Kalau dah mati pucuk camner nak dapat anak......btol tak?

HUH?? Memang la betul - kalo dah mati pucuk cam ne nak dapat anak. Dah kalo anak tak ada cam ne nak ada kematian?

Bila citer pasal mati pucuk nie..lazimnya isu nie dilemparkan kepada si suami. Akal aku fikir - biasa pucuk orang mesti fikir kat lelaki. Perempuan mana ada pucuk! Ermmm...Ntah la! Aku sendiri pun tak tau cam ne definisi mati pucuk tu sebenarnya. Pasal mak bidan kampung x pernah pun turunkan ilmu tu kat aku. Nie kira entri belasah je la.


Isu nie memang sensitif....
Lebih-lebih lagi yang masih belum dapat cahaya mata. Aku pasti sedara mara, kawan-kawan mereka akan buat dan buka cerita yang boleh menjatuhkan aib. Gosip-gosip mula la meliar dan bertebaran mengalahkan berita Buletin Utama. Kesian la kat mereka...kasi la mereka peluang dan ruang.

Aku pun sebenarnya ada kawan cam tu...dia kawin awal lagi dari aku. Skarang anak aku dah umur 6 tahun - derang masih lagi belum dapat cahaya mata. Semua tu adalah rezeki yang Allah kurniakan kat kita. Kita yang dikurniakan cahaya mata yang sangat comel...bersyukur kepada ALLAH s.w.t.

Sahabat aku yang sorang nie lagi la...wife dia acapkali keguguran. Sampai 3 kali keguguran. Kawan aku nie ikhtiar berubat - bila dia rasa macam ada yang tak kena. So dia try berubat secara islam dengan Hj. Lokman. Rupa-rupanya - saka keluarga dia mengganggu kandungan isteri dia. Selepas dibuang saka tersebut..Alhamdulillah, wife dia selamat melahirkan anak perempuan bulan lepas. Hal cam nie...perkara yang diluar kepakaran doktor yang kita sendiri tak pernah jangka berlaku kat kita.

Jumaat nie...kita sama-sama la muhasabah diri kita.
Pasti ada hikmah disebalik kejadian. 

2 comments:

  1. mun belum dpt anak usaha berubat...
    berubat moden... tradisonal juak...
    insya-Allah ada kelak Tuhan merik rezeki...

    ***cute baby ya... anak siapa ya??? anak ktk kah???***

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak buah ya...anak buah yang ke 37. Anak kamek dh 6 tahun.

      Delete

Chenal