Friday, August 26, 2011

MODE 'RAYOOOOO'

Opis dah mula lengang..
Bebudak Opis dah ada yang bercuti ari ni. Nak kata diorang nie balik kampung.....asal semua memang orang Kuching - Samarahan. Dekat je punn. Bersiap nak shopping raya la tu kot.

Aku pun blom shopping lagi nie. Wife masih sibuk siapkan tempahan biskut dan kek pelanggan dia. Dah 2-3 hari nie wife guna khidmat profesional aku buat biskut. X cukup masa nak siapkan tempahan kawan2 dia - katanya. Maka dengan rendah dirinya aku mencemar diri masuk dapur tenyeh2 semampu yang boleh buat biskut raya tempahan orang. Bukan senang nak merasa hasil air tangan aku nie.

Terbongkok2 aku kat dapur dengan telitinya buat deko atas biskut yang wife aku sediakan. Sakit pinggang jugak la malam tadi.

Nak shopping sorang2 rasa x best plak tanpa orang rumah. Dulu kalo zaman2 bujang..jalan sorang2 pun jadi. Kalo beli barang sendiri....wokey lagi. Ni nak beli barang dapur...nak beli barang anak..isteri, macam x best kalo x ada orang rumah kat sebelah. Bukan pasal x reti nak beli barang...tapi kalo diberi pelepasan wife shopping sendiri....benda yang dah ada kat rumah pun dia nak beli lagi. Rambang mata tengok SALE kat PARKSON! Maka harus ada pengkritik, penasihat, dan penceramah. Tapi kalo beli pakaian...lebih senang tanya pendapat wife.."Ok tak?"

Baju raya orang rumah tak beli lagi nie. Kesian dia..penat2 sibuk kat dapur, x de baju raya baru!


Menu raya...x tau lagi nak buat pa. Tapi aku awal2 lagi dah request kat wife...mesti masak rendang daging, Kuah kacang + nasi impit! Menu2 lain tu aku x kesah sangat..apa2 pun aku bedalll je.

Satu lagi febret aku time raya nie..'KELUPIS". Wife aku x reti buat kelupis. So, kelupis...kena import dari kampung la kot. Minta2 la Mak Su aku kat kampung ada buat...

Biasanya..bla mak aku dah x de ni, Mak Su aku la yang akan buat kelupis untuk kami adik beradik. Tu memang febret kami adik beradik. Kalo Mak ada - biasanya dah siap bahagi2kan pek kelupis untuk setiap keluarga abang2 dan kakak2 aku. Semua mesti dapat. Sekarang nie pun Mak Su buat benda yang sama untuk kami adik beradik. Itu la 'FREE GIFT' yang biasa kami dapat kalo balik kampung! CUKUP la tu.....!

Aku letak gambar lemang tu ..saja je. Lama x bakar lemang...

Monday, August 22, 2011

~ INGATAN buat MEREKA YANG TIADA ~

Rindunya pada mereka....

Allahyarham 'Bapa'


Allahyarhamah 'Mak' dan Allahyarhamah 'Kak Sapiah'

Tampalan ini sekadar untuk melepaskan kerinduan kepada insan2 yang paling aku sayang. Sudah beberapa tahun beraya tanpa mereka...namun insan2 ini sentiasa dalam ingatan. Memori hari lebaran sentiasa dalam kenangan....
Tiada lagi pelukan ....tiada lagi kucupan mesra di hari raya, kerana mereka telah tiada.

Dah bertahun juga aku tak merasa 'Kelupis' air tangan Mak...Duit raya daripada bapa...dan usikan kakak kesayangan!

Semua orang akan melalui fasa kehidupan ini. Korang pun pasti akan laluinya......

Friday, August 19, 2011

Sungkei Di Luar

"Sejokkk nya opis nie. jari aku dah nampak kecut! Bibir dah kering...perut pun dah berkeroncong! baru jam 11.00 pagi. X leh tahan kalo cam nie tiap2 hari.
Woii..kasi tutup air cond laa. SEJUKKKK GILERRRRR nie!"

Minggu nie banyak jemputan berbuka puasa (sungkei) d luar. Tima kasih banyak2 kepada penganjur acara makan2 nie. Semoga rejeki murah.

Dari 16/8/2011 - berbuka d Masjid Jamek (ada Maj
lis Nuzul Quran)
Semalam 18/8/2011 - berbuka d Ibu Pejabat nie (bersama Ketua Menteri)
Petang nie 19/8/2011 - berbuka d Sarawak Plaza dengan bebudak opis (ada org sponser daaaa)
Esok 20/8/2011 - berbuka d Dewan Kpg Tupong (Bersama YB Daud)

Kalo berbuka kat luar dengan famili or member2 ok lagi laaa...
Ni kalo nak berbuka dengan VVIP - alahaii.....protokolnyaaaaaa. Walaupun makanan semua sedap2, tapi tekak ni nak telan makanan pun rasa x larat. Men'Jadi' lelaki santun lagi beriman kat majlis formal memang merimaskan!

Tapi yang best kalo Ramadhan cam nie - Rumah2 anak yatim la murah rezeki. Syarikat korporat, orang2 kaya, agensi kerajaan dengan murah hati jemput diaorang nie berbuka sama. Siap kasi duit raya lagi...Alhamdulillah. Benda baik...
Korang kalo nk jemput anak2 yatim nie..make sure awal2 kasi tau.

Apa pun...Sungkei..sungkei jugak! tapi ibadah sempena ramadhan nie jangan lupa! K

Wednesday, August 10, 2011

Lagu rayo..lagu rayooo

Semangat "RAYA" betul bebudak opis aku nie. Lagu raya dari 1 Ramadhan lagi dah berkumandang kat opis nie. Masing2 nak cari mood raya la tuuuu....! Lagu Siti...Lagu S Jibeng...Lagu Anuar Elina...Lagu Sanisah Huri..semua ada! Lengkap satu albummm lagu raya! Macam2 versi ada! Bermula dari jam 7.00 pagi aku masuk opis tu...memang dah siap melalak lagu2 raya kat speaker kaunter depan nie sampai la waktu nak balik keja! Kalo speaker tu 'orang'....aku jamin dah serak sora dia! Korang x bosan ke dengar lagu raya tiap2 hari????

Tapi aku layan jugak la....harusss! Kalo x ada lagu raya....suasana nak raya tu x meriah. Macam surammm je! At least...nampak sket suasana nak raya!



Kalo dengar lagu Datuk Siti nie....cam d Pasaraya plakk! Pusat Membeli belah la yang paling suka pasang lagu2 raya Datuk SITI! Kalo d Wisma HOPOH..dari tingkat bawah..sampai tingkat 4 meriah dengan lagu raya Datuk SITI! Kalo karaoke majlis2 Ramah Tamah Aidulfitri pun...lagu Datuk SITI jugak jadi febret!

Lagu yang jadi febret bebudak...lagu nie!


Aku dari zaman bebudak...memang rajin me'NyuMBANG' kan sora dengan lagu nie. Lantak la kalo orang dengar sora aku macam Jalil Hamid ka..Upin Ipin ka..janji puasss! Kekadang perasan jugak ada dengar orang tepuk tangan kat bekalang! huahahah

Tapi yang nostalgianya lagu raya....lagu ni!


Lagu Aidilfitri nie..kalo malam raya, memang syok dengar! Dari aku pakai lampin..sampai dah pakai boxer ....masih senang dengan belaian lagu raya seperti ni. Adoiiii! klasiknya bahasaaa!

Tuesday, August 9, 2011

Dia yang ke-36

AMIRUL DANISH ABDUL RAHMAN

2 Ramadhan 1432H bersamaan 2 Ogos 2011 - bertambah seorang lagi anak sedara aku! Alhamdulillah. Tahniah buat abg Abd. Rahman dan Kak Merawati!!

Adoiii....nak ingat nama anak sedara nie la pening jugak! Nama diorang ni panjang2. Sib baik la Danish x panjang...rasanya masih bleh ingat kot! Blehh la..
So...tahun nie nak kena tambah duit raya ehhh!??? 36 orang.....cam ne? Dah semua masih bujangggg! Asyik nak poww akuuuu bla time raya! Bukan nak RM1 / RM2 je...paling kurang note kaler Merah. Kalo RM10 x 36 orang - habis la....RM360 melayang! Sib baik la ada bonus! huhsshh

Friday, August 5, 2011

Kesah Ramadhan

1 Ramadhan - kami dikejutkan dengan berita pemergian biras aku Allahyarham Norhazila Hj Hassan. Isteri kepada adik ipar aku...Shahrulhafizy Ghazali. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di tempat orang-orang yang solehah!

Seisi keluarga kami memang terkejut dengan berita pemergian Allahyarham. Perkahwinan adik ipar aku dengan Allahyarham dah masuk tahun ke-2. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki...Shahrul Iqhwan..yang baru beberapa bulan dilahirkan. Anak yang belum lagi kenal ibunya...yang belum sempat memanggil UMI atau Ibu. huhhh...kesian Iqhwan.

Namun itu sudah suratan yang Allah telah tetapkan kepada kita sebagai makhluk-Nya.

Kita yang masih hidup pun tak tau apa yang akan berlaku pada esok hari..
Sedang kita leka dengan kehidupan di dunia, kita seringkali lupa untuk bekalan akhirat. Entah esok..atau lusa giliran kita kembali kepada-Nya! Kematian itu pasti....Hidup Insya Allah!

Semoga adik Shahrulhafizy terus kuat semangat demi Iqhwan!

ZAKAT FITRAH - SARAWAK

Banner pasal bayar zakat fitrah terpampang kat mana2 d Bandaraya Kuching! Kalo sapa warga Kuching x nampak sah pendek umur!

So..sebelum duit habis shopping beli itu ini...tempah kek dan biskut macam2 ada! ZAKAT FITRAH RM6.20 SEORANG jangan lupa!