Friday, August 5, 2011

Kesah Ramadhan

1 Ramadhan - kami dikejutkan dengan berita pemergian biras aku Allahyarham Norhazila Hj Hassan. Isteri kepada adik ipar aku...Shahrulhafizy Ghazali. Semoga roh Allahyarham ditempatkan di tempat orang-orang yang solehah!

Seisi keluarga kami memang terkejut dengan berita pemergian Allahyarham. Perkahwinan adik ipar aku dengan Allahyarham dah masuk tahun ke-2. Dikurniakan seorang cahaya mata lelaki...Shahrul Iqhwan..yang baru beberapa bulan dilahirkan. Anak yang belum lagi kenal ibunya...yang belum sempat memanggil UMI atau Ibu. huhhh...kesian Iqhwan.

Namun itu sudah suratan yang Allah telah tetapkan kepada kita sebagai makhluk-Nya.

Kita yang masih hidup pun tak tau apa yang akan berlaku pada esok hari..
Sedang kita leka dengan kehidupan di dunia, kita seringkali lupa untuk bekalan akhirat. Entah esok..atau lusa giliran kita kembali kepada-Nya! Kematian itu pasti....Hidup Insya Allah!

Semoga adik Shahrulhafizy terus kuat semangat demi Iqhwan!

2 comments:

  1. Al-fatihah.. Semoganya ditempatkan dengan orang2 yang beriman...

    ReplyDelete

Chenal