Thursday, June 3, 2010

Bicara Rindu buat Bapa - SELAMAT HARI BAPA 2010


20 Jun 2010 - Hari Bapa!

Hari ni diraikan sebagai mengenang semangat dan pengorbanan seorang bapa.

Mengimbas saat2 indah bersama bapa... hati rasa sebak, kerana sepanjang hidupnya aku tidak pernah meluahkan kata "saya sayang bapa". Hati aku terlalu ego utk meluahkan semuanya...biar pun hakikatnya dia lah idol aku dan dialah inspirasi kejayaan aku.

Bapa terlalu tegas kepada kami adik-beradik..hatta membantah kata2nya tidak pernah sama sekali. Bapa tahu keinginan dan keperluan kami. Bapa sentiasa memastikan semua keperluan kami cukup..sehingga perbelanjaan perkahwinan kami adik-beradik pun bapa sanggup menghabiskan simpanannya untuk memastikan majlis untuk anak2nya berjalan dengan lancar dan sempurna.
Menengking..tidak pernah sama sekali, tetapi lirikan matanya cukup mengisyaratkan apa yg kami lakukan tidak berkenan d hatinya. Takutnya kami untuk menatap matanya.
Namun kami akur dgn cara bapa mendisiplinkan kami... dan kami sangat2 memahami setiap isyarat atau kata kiasannya.
Bapa tidak pernah mengeluh melayan karenah kami...
Bapa seorang yang sangat tabah..
Bapa tidak pernah putus memberi nasihat dan pesanan utk kami...
Hari ini...aku melalui hari2 sebagai seorang bapa. Mampukah aku melakukan tanggungjawab ini? Mampukan aku membesar anak2 aku seperti mana bapa membesarkan kami adik-beradik?
Aku mungkin tidak mampu melakukannya sebaik bapa, tetapi aku cuba menjadikan semangat bapa sebagai inspirasi.. Aku cuba bertindak tegas, tanpa menengking atau memarahi anak2 seperti bapa lakukan kepada kami.. Aku akan sentiasa menitipkan pesanan untuk anak2 aku..

Bapa...
Aku rindu pada mu.
Semangatmu...pendorong kejayaanku
Ketabahanmu....menjadikan hari-hari aku sebagai seorang bapa cukup bermakna.
Tiada yang setanding diri mu bapa..
Dengar la BICARA RINDU INI......
Terima kasih kepada anakanda Azwa Safrina Wardina..kerana menjadikan hari2 bapa sangat indah, sangat bermakna dan bapa sgt teruja melalui hari2 bersama mu.

SELAMAT HARI BAPA UTK SEMUA....
xspecially - my bro's : Abg Man, Abg Nasir, Abg Udin, Abg Medan, Abg Jumel, Abg Pian, Abg Hamdan, Abg Ason, Abg Jedon...Slamat Hari Bapa!
Untuk bapa mentua - En. Ghazali, bapa angkat -En. Mat Sirat
Kawan2....yg bertuah menjadi bapa! SELAMAT HARI BAPA.