Sunday, May 29, 2011

SECRET RECIPE TAK HALAL! OMG!

Khamis lepas Kak Timah bagi tau kafe Secret Recipe tak HALAL! Terdapat DNA BABI dalam menu Secret Recipe??? Terkejut beruk jugak aku! Dalam otak aku nie fikir..dah banyak dah aku makan makanan kat Secret Recipe tu! Cam ne nie? Risau jugakkkk! Bawa anak bini makan tempat tak halal. Sah lepas nie tak kan pegi kat situ dahhhh!
Tapi Jumaat (27/05/2011) - mata aku tertumpu pada satu notis dalam Harian Metro dari Secret Recipe.
Kenyataan Mengenai Hebahan Disebarkan oleh Blog Internet - aku tak tau plak blog mana satu yang menghebahkan perkara ni. Tak penah pulak aku baca pasal nie dalam mana2 blog. Tapi NOTIS yang aku baca nie..memang melegakan!
"SECRET RECIPE menyangkal sepenuhnya pasal dakwaan terdapat DNA babi dalam bahan buat kek dan roti mereka dan tidak berkaitan dengan produk-produk di rangkaian kafe Secret Recipe."
Untuk senarai Pensijilan halal produk Secret Recipe, sila klik pada maklumat syarikat - klik SECRET RECIPE Direktori
Masih bleh la aku makan kek kegemaran aku tu...heheh!

Saturday, May 21, 2011

Orang Kita.....!

Karenah orang kita nie macam-macam ada. Ada jenis orang yang suka sangat jaga tepi kain orang...pot pet pot pet cerita pasal orang lain. Padahal diri sendiri bukannya bagus sangat pun.. Bila dah berkumpul ...x kesah la kat majlis kenduri ka, kat mesyuarat ibu bapa ka, asal ada pertemuan tak rasmi makcik-makcik tek berpencen nie disitu la sesi 'umpat mengumpat' diadakan.
Korang tengok tak Sepah dalam Maharaja Lawak minggu ke-8. Agaknya cam tu la kot makcik-makcik nie gotong royong buat forum perdana tak rasmi. Gitu la orang kita!!


Nie satu lagi video pasal Orang kita...! suka sangat ambik kesempatan. Jangan la cam tu bang oiii! sanggup tipu kawan..semata2 kepentingan diri sendiri

Wednesday, May 18, 2011

On Air ..lagiiiii!

Hari ni aku kena bergegas pegi ke RTM Kuching. Ada program bual bicara dengan DJ Atikah Haji Mahli jam 11.30 pagi. Sempat jugak buat skrip untuk 'radio talk' awal pagi tadi. Sepatutnya aku ada meeting penting pagi nie. Kluar dari opis tadi pun lambat..dalam kol 11.20 pagi. Sampai2 je dh jam 11.40. Alamak..aku lambat la!!


Masuk je aku dlm konti radio Sarawak.fm..Dj Atikah sempat perli aku..."Awal sampai...". Adoiii malunya...Aku dah ambil masa 10 minit untuk program aku tu. Nampak sangat disiplin aku terukkkkk! (bkn slalu aku cam nie!).


Tapi aku tengok Dj Atikah cool je. Dj berpengalaman cam dia tenang mengawal keadaan. Nampak macam best je kan kalo jd DJ nie kan! Cakap jee.. Teringat kawan2 aku yang berangan nk jd Dj. Boleh ka korang nak jd Dj? Tak pasal2 terkeluar 'terusuk', 'dudi kelak' or apa2 la kluar loghat Sarawak - buat malu je!



Biasa kita dengar je sora diorang nie dalam radio..nie kita tgok muka diorang skali. Cam ne diorang nak jawab panggilan...nak putarkan lagu. Semua kena ikut masa yang dijadualkan. Kena tepat dengan cepat! Kekadang diorang nie dapat skrip last2 minit...pun masih bleh menyampainya dengan baik!



Nie bukan 1st time masuk konti. Banyak kali jugak la.....tapi rasa gementar tu tetap ada. Nak kena live dlm radio..kalo salah, kompom orang ketawa.



Tekak aku dh kering cakap...so, nak chow dulu!

Monday, May 16, 2011

Che'ghu or Cikgu?

Entri suka2 sempena Hari Guru...



Daripada : anak murid skolah pondok!

Ceghrito Guru

Dah bertahun aku meninggalkan zaman skolah.... 16 tahun telah berlalu, tapi memori zaman skolah masih dalam ingatan...


Tapi tu lah kan....skolah dan cikgu mana leh tolak tepi. Tak kira la dulu kita anak murid yang dilabel santun beriman ka...nakal bak ungka ka, cikgu tetap jugak sayang kat kita. Dari x reti nak baca...sampai la tau Alif, Ba, Ta.


Kenangan cam nie menggamit memori lama.. Xspecially kat cikgu lukisan aku yang slalu kasi markah tinggi. Terima kasih banyak2. Kalo tak kerana cikgu2 lukisan aku....sure skrang ni masih lukis orang cam tiang trafic light.



Terima Kasih Cikgu Jamil...yang beri tunjuk ajar cam ne nak main hoki, sampei dagu aku berparut skrang nie. Tapi memang happening la kalo main hoki dengan cikgu2 nie. Diorang bukan larat lagi nak lari....tpi skill memang tak leh lawan la.



Untuk Cikgu Geografi aku.....yang buat aku jatuh cinta dengan subjek tersebut. Walaupun aku penah x siapkan kerja skolah..


Guru kelas yang leh tahan garang....Terima kasih banyak2.



Buat Cikgu Sejarah...sori banyak2 kerana slalu tido dalam kelas subjek tu. Ye la, kalo subjek sejarah selepas rehat, memang mata tak leh tahan nak tido. Sampai aku penah kena baling kapur!


Cikgu Maths yang kasi kerja skolah tiap2 hari....memang best dapat habiskan latihan maths. Terima kasih bebanyak....xspecially CIKGU ZARINA, CIKGU TING, CIKGU SIM - yang buat kami rasa maths itu mudah!



Cikgu Pojie...Terima kasih kerana ajar kami bergurindam..mendeklamasikan sajak kat luar kelas, untuk penghayatan yang lebih (macam AF la plakk!!). Sambil bercerita pasal Mek Jarah, Lebai Pa...dan tiba2 kluar bicara "HEY PEBULAKK" (Hiperbola)!



Itu cuma kenangan2 yang terbit dr entri yang merapu ni..



Buat geng2 skolah yang dah jadi cikgu - Cikgu Nurul Qamarina, Cikgu Aiee, Cikgu Arol, Cikgu Rubi, Cikgu Anita, Cikgu Roslim, Cikgu Rabaha, Cikgu Etay, Cikgu Lukent, Cikgu Seno, Cikgu Wan Jamal (kira cikgu jgk la), Cikgu Temiji, Cikgu Pendi, Cikgu Sawai, Cikgu Aleh, Cikgu Ruhaya (skrg jadi cikgu kepada anak aku)...Cikgu Suhana, Cikgu Subuhi,



Member2 - Cikgu Zariman, Cikgu Amir, Cikgu Rahayu, Cikgu Azizi, Cikgu Arbi, Cikgu Azrul, Cikgu Ramelan, Cikgu Fathien, Cikgu Fauzi, Cikgu Zuraini,


Dan untuk abg kakak dan anak2 buah aku - Cikgu Jamaliah, Cikgu Nasir, Cikgu Rabaah, Cikgu Jumel, Cikgu Hamdan, Cikgu Norasyikin, Cikgu Ismainee, Cikgu Ida (bakal cikgu)



Teruskan perjuangan kalian...


Untuk semua cikgu2....SELAMAT HARI GURU

Saturday, May 14, 2011

Bakal isteri ke 4 Salih buka rahsia

Banyak blog dan berita pasal Abg Salih Yacob bakal berkahwin untuk no.4. Aku pun terhegeh2 jugak nak masuk kan entri pasal Abg Salih nie. Saja la...br lepas baca blog Onggon.com.

Cerita perkenalan mereka ada dalam Youtube.com


Mengharapkan yang terbaik daripada tindakan yang baik. Poligami bukan lah perkara yang buruk..kerana dalam Al-Quran membenarkan poligami. Tapi kena la memenuhi syarat nya....

Penah satu ketika dulu..kecoh isu Sister In Islam buat program 'No Poligamy' yang pada masa itu program dirasmikan oleh isteri Pak Lah.Para ulama Malaysia mengecam tindakan SISTER IN ISLAM itu. Sewenang-wenangnya menidakkan perkara yang telah termaktub di dalam Al-Quran.

Renung2kan..dan Selamat beramal...

Saturday, May 7, 2011

SELAMAT HARI IBU 2011

Nak taip apa untuk entri aku kali ni ekk? Dah puas aku cari ayat2 bombastik untuk nukilan terbaik aku sempena hari ibu tahun ni. Tapi kotak fikir aku nie asyik fikir ayat2 skema yang klise dengan ayat2 budak2 skolah.
Korang ada idea2 menarik untuk ucapan Hari IBU tak? Korang penah tgok video ni? Nie idea menarik untuk ucapan hari ibu. Teringin jgak nak buat cam nie.


Sudah berapa lama anda tidak mengucup pipi ibu? (penah ka mengucup pipi ibu?) Sudah berapa lama anda tidak peluk ibu? Sudah berapa lama anda tidak mendengar leteran ibu? Sudah berapa lama anda tidak merasai usapan ibu?

Perkara seperti di atas tu...anda tidak akan rasai sekiranya ibu telah pergi buat selama-lamanya. Rindu pasti hadir untuk merasai hari2 indah bersama ibu..

Walau pun rekmen ubat jerawat pun, ibu tetap berusaha mencari yang terbaik untuk anak-anaknya. Ibu lah orang yang paling sibuk cari bahan nak buat kuih kesukaan kita. Ibu sentiasa cari baju yang paling hebat untuk kita..walaupun kalernya kita tak berkenan. Ibu lah orang yang paling sibuk untuk meraikan majlis khatamal Quran anak-anaknya. Ibu akan masak apa saja untuk kita makan semasa kita pantang berkhatan. Semuanya untuk kita.

Doa sentiasa untuk mu IBU..walaupun telah pergi meninggalkan kami semua.

Sempena Hari IBU aku nak ucapkan selamat hari ibu untuk Isteri Tersayang - Safaraliwati Ghazali.
Terima kasih kerana menjadi ibu terbaik untuk anak ku.
Terima kasih kerana penat lelah menjaga dan membimbing anak ku.
Terima kasih kerana sentiasa ambil berat tentang kesihatan dan pendidikan anak ku.
Selamat Hari IBU Sayang!

Untuk Kakak2 aku..Kak Jamaliah, Kak Fatimah, Kak Merawati, Kak Rabaah, Kak Norainon, Kak Norasyikin, Kak Norhayati...Selamat Hari IBU.

Friday, May 6, 2011

Konvensyen Kumpulan Inovasi dan Kreatif (KIK) Peringkat PBT Sarawak 2011

KIK merupakan suatu aktiviti yang amat relevan untuk meujudkan pasukan-pasukan berprestasi tinggi di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Sarawak. Kali ini Kementerian Alam Sekitar dan Kesihatan Awam Sarawak telah mengorak langkah dengan menganjurkan KIK sebagai langkah promosi kepada budaya kerja berkualiti dan meningkatkan kualiti kerja khususnya dalam penambahbaikan sistem penyampaian Negeri Sarawak kepada pelanggan.

Konvensyen KIK yang diadakan pada 4-5 Mei 2011 di RH Hotel, SIBU ini menampilkan 29 kumpulan KIK berentap mempersembahkan projek inovasi setiap PBT. Berikut keputusan KIK PBT Negeri Sarawak 2011.




Kategori Bandaraya dan Perbandaran

Tempat Pertama : RTG5 - Dewan Bandaraya Kuching Utara (3 bintang)
Tempat Ke-2 : PHQ-3 - Majlis Bandaraya Miri (3 Bintang)
Tempat Ke-3 : Khutub Khanah - Majlis Bandaraya Miri (3 Bintang)
Persembahan Terbaik : Flying Colours - Majlis Perbandaran Sibu


Kategori Majlis Daerah

Tempat Pertama : Kadico - Majlis Daerah Kapit (3 bintang)
Tempat Ke-2 : Belalang - Majlis Daerah Betong (3 bintang)
Tempat Ke-3 : Rafflesia Gading - Majlis Daerah Lundu (3 bintang)
Persembahan Terbaik : Fortess Emma - Majlis Daerah Kanowit


Anugerah bintang kepada kumpulan KIK lain seperti berikut :

3 bintang

1. Bangunan - Dewan Bandaraya Kuching Utara
2. Kotaku - Majlis Daerah Samarahan

2 bintang

1. O.N.G - Majlis Bandaraya Kuching Selatan
2. Bees - Majlis Perbandaran Pedawan
3. Two-P - Majlis Daerah Luar Bandar Sibu
4. Transformasi 3 - Majlis Daerah Saratok
5. MDMJ - Majlis Daerah Maradong dan Julau
6. Kaul II - Majlis Daerah Dalat dan Julau
7. Fortress Emma - Majlis Daerah Kanowit

1 bintang
1. S.P.E.K - Majlis Bandaraya Kuching Selatan
2. Transformer - Majlis Perbandaran Pedawan
3. Flying Colours - Majlis Perbandaran Sibu
4. Jelas - Majlis Perbandaran Sibu
5. Sri Nanas - Majlis Daerah Sarikei
6. T.I.C - Majlis Daerah Bau
7. Nine is Good - Majlis Daerah Serian
8. Sri-Munjan - Majlis Daerah Simunjan
9. Sri Benak - Majlis Daerah Sri Aman
10. Semut - Majlis Daerah Lubok Antu
11. Perang - Majlis Daerah Matu dan Daro
12. Claude Town - Majlis Daerah Marudi
13. MD Subis - Majlis Daerah Subis
14. Merit - Majlis Daerah Limbang

Berita

Sunday, May 1, 2011

Layan movie RIO


Last Week tgok cite RIO dgn wife dan anak d Star Cineplex, Kuching. Saja nk isi masa terluang hujung minggu.

Rio - bkn skadar cite kartun biasa, tapi banyak pengajaran. Unsur komedi sure la banyak! Real mmg aku suka cita nie. Kalo korang x penah lagi tengok Bulldog pakai underwear berlabuci...korang tgok la cite nie! hehehe