Wednesday, July 25, 2012

Pulau Pinang : Lori terbalik, 2 cedera

Kalo korang baca berita macam nie..mesti teringat  kemalangan jalan raya yang tragis. Tapi ni berita sebelum puasa. Bukan stok untuk hari raya aaaaaaa!
2 masok longkang cedera ringan jeee..

sekor masuk penjara! Padan mukoo!

Tak dapat nak tolong....sori~!

korang nak tolong???

Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Datang laghiii!

Alhamdulillah...Ramadhan datang lagi. Bersyukur sangat kerana masih bertemu dengan Ramadhan skali lagi. Aku masih hidup lagi...masih berpeluang bertemu Ramadhan lagi. Minta-minta la aku berkesempatan laghi bertemu Ramadhan akan datang!

Hari ni dah masuk hari ke 4 Ramadhan. Belum sampai seminggu pun puasa tapi kat opis aku ni dah mula pasang lagu raya..! Rasa meriah plakk!

AZWA SAFRINA mula puasa..
Anak aku dah mula puasa tahun nie. Alhamdulillah...proses pembelajaran posa dia ok.
Untuk beberapa hari ni masih ok laghi nak bangun sahur. Makan pun bukannya banyak sangat. OK la...nekad nak ajar anak berpuasa tu, ada banyak caranya. Alhamdulillah la, Azwa Safrina Wardina tak banyak ragam. Cuma hari pertama dan kedua tu...menangis-nangis nak minta air. Tak tahan katanya. Antara kesian dan nak didik anak. Kalo disuruh minum..kang esok mintak lagi. Tak kasi minum..kesian plak tengok dia merayu-rayu minta air. Kena la cari benda yang boleh melupakan dia dengan haus...
Alahai...siannya.
Anak aku nie jenis yang hisap jari dengan bantal busuknya. 1st day puasa dia tanya..."Boleh tak azwa hisap jari?". Nak tak nak kena la aku xplain. Tapi dia hisap jughakkk! Tapi x pe la...dia dah boleh berpuasa pun dah cukup baik.

Tengok la sejauh mana dia boleh bertahan puasa tahun nie.

Tahun nie - puasa masih sibuk siapkan rumah. Bila fikir-fikir, rasanya tak sempat plak nak beraya rumah baru. Kalo sempat siap pun, kena fikir nak beli perabot lagi. Tak kan nak tengok rumah kosong je.. raya tahun nie. Tak kesah la kan...nak raya kat mana-mana pun boleh. Malas nak rumitkan perkara yang simple.









Lagi pun raya tahun nie wife aku kena luangkan banyak masa untuk famili dia. Semenjak Allahyarham mak mentua tak de...rasanya wife aku la yang akan take over jadi chef raya tahun nie. Dia masih belum dapat sesuaikan diri dengan situasi cam nie.

Apa pun aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk mmber blogger yang muslim.

Wednesday, July 11, 2012

Kondom HALAL? macam tak percaya..

Imej nie aku dapat daripada blog Mazidul Akmal Sidik.Korang bleh cari entri tersebut.
Isunya : Kondom dicelup air zam zam..

Bisnes apa nie???? Ada jugak kondom halal....yang diluluskan oleh Syiria. Cuba perhati betul-betul pembungkus kondom ini.

KONDOM..?? HALAL? Biar betoiiiii!
"KEEPs THE SATAN AWAY" - lawak tul la kan?? Syaitan tetap bersama kalau x baca doa dan bukan pasangan yang HALAL (wife la..). Orang yang berzina dah sah-sah la syaitan bersama dia. Tak kan la orang yang berzina nak guna kondom nie untuk halalkan zina dia or nak halau syaitan ganggu dia? Tak masuk akal..

'Certified HALAL Green Condoms' - sudahhhhh!!!!. Kaler apa pun kondom...tapi kalo bukan dengan isteri kita...kompom la langsung tak halal. Lawak tul la tokey kilang kondom nie. hahaha

Yang paling aku tak bleh terima....gambar pompuan pakai tudung tu dan dicelup air zam-zam. Sangat-sangat menghina masyarakat ISLAM!

Kalo betoi la benda cam nie ada...pihak berkuasa kena ambik tindakan la. X leh biarkan derang nie!

Friday, July 6, 2012

Jika aku seorang pemerintah..

Ni nak sembang la kan pasal tajuk kat atas tu. Bukan nak kata berangan...tapi 'KALAU'  - Kalau la korang dipilih atau dilantik sebagai pemerintah...apa yang akan korang lakukan?
Korang ambil la sebahagian bandaraya Kuching ni untuk ditadbir..
Sebenarnya kami diberi tugasan untuk menjadi pentadbir bagi zon-zon yang ditetapkan di Bandaraya Kuching ni. Bandaraya Kuching bukannya kecik...dah tu menjadi duta la plak kat zon tersebut. Memang tak pernah aku buat seumur hidup. Kerja punya pasal...aku terima saja cabaran tersebut. Dapat saja tugasan tu..aku masih tak bleh nak fikir apa yang perlu aku buat dengannya. Dah berminggu-minggu - masih lagi tak buat apa-apa. Cuak jugak nak jadi YB nie. hahaha...

Korang bayangkan la...turun padang nanti, penduduk kampung minta itu..minta ini, pastu nak plak kena yang maki hamun. Oooo..kecut perut! Bukan tak penah hadapi benda cam tu...tapi tugasan kali nie benar-benar menguji mental dan skill! Memang tak leh jadi YB la..blom mampu lagi!

List cita-cita aku pun x pernah terfikir nak jadi YB. haha..

Korang ada idea tak? Apa yang perlu aku buat?

Thursday, July 5, 2012

SARAWAKIANA THURSDAY #11: Cito petang Khamis..

Lamak ado sik molah Sarawakiana Thursday!

Nangga ari tuk...mendong jak. Baruk pas ujan!
Gunung Serapi sumak ndak jak nampak entam jerubu. Mood nak balit umah rilek.
Nak bercerito pasal kejo...pun dah sik ado mood laghik. Apo juak nak dicerito?? Macam yo juak la keadaan d opis. X ado isu-isu menarik pun. Yang ado pun..muko2 staf baru yang stress dengan tugasan baru!

Esok dah hari Jumaat. So rutin mcam ya juak..ngadap komputer..molah kerja.

Wednesday, July 4, 2012

Pemergiannya tidak diduga...


“Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara lain, yaitu masa muda engkau sebelum datangnya hari tua, masa sihat engkau sebelum dilanda sakit, masa kaya engkau sebelum masa miskinmu, masa lapang engkau sebelum datangnya waktu sibuk, dan masa hidup engkau sebelum datangnya saat kematian.” (Hadith Riwayat Muslim dan Tirmizi dari Amru bin Maimun r.a.)


Gambar di atas adalah memori hari-hari ketika ibu mentua aku di rawat di Wad ICU di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.
Beliau dimasukkan di Wad pada 14/06/2012 dan menghembuskan nafas terakhir pada 16/06/2012. Pilu rasa hati melihat keadaan ibu yang koma selama 2 hari.

Kami sekeluarga sebenarnya telah merancang percutian ke Kuala Lumpur selama 7 hari. Tiket penerbangan telah di tempah dari tahun 2011 lagi. Kebetulan ada tawaran harga tambang murah. Biasa la...Air Asia.  Jadual penerbangan kami dari Kuching pada 13/06/2012. Van untuk kami bersiar-siar pun sudah ditempah..adik-beradik ipar aku sudah merangka perjalanan percutian tersebut. Tapi perancangan Allah lebih baik. Baru beberapa jam kami tiba di rumah ibu saudara (adik ibu mentua) di Shah Alam... Allah telah rancang sesuatu yang lain untuk kami lalui.

Besar ujian yang kami hadapi saat itu. Kedatangan Allahyarham ke Kuala Lumpur seolah-olah berhajat agar anak-anak menjaganya. Ya..kesemua anak-anak melunaskan tanggungjawab untuk menjaga Allahyarham kecuali isteri aku. Isteri aku sepatutnya menjaga pada 16/6/2012 tersebut..(hari pemergian Allahyarham buat selama-lamanya).

Begitulah lumrah kehidupan....hidup itu Insya Allah, tapi MATI itu PASTI!!

Selagi Ibu dan Bapa korang masih hidup...lakukan la yang terbaik untuk mereka.
Jangan anggap sudah berkeluarga sendiri...kita tidak lagi berpeluang untuk bermanja dengan mereka. Ruang tu pasti ada..cuma nak ke tak nak!
Ntah la! Sesetengah kita sudah lupa bila kali terakhir kita melabuhkan kepala kita diribaan mereka. Bila kali terakhir kita memeluk dan mencium pipi mereka?
Ermm....Itu kena tanya pada diri kita.

Tu buah bicara aku ari ni...
Sekadar mencurah rasa...
(Lama tak buat entri..)