Tuesday, July 24, 2012

Ramadhan Datang laghiii!

Alhamdulillah...Ramadhan datang lagi. Bersyukur sangat kerana masih bertemu dengan Ramadhan skali lagi. Aku masih hidup lagi...masih berpeluang bertemu Ramadhan lagi. Minta-minta la aku berkesempatan laghi bertemu Ramadhan akan datang!

Hari ni dah masuk hari ke 4 Ramadhan. Belum sampai seminggu pun puasa tapi kat opis aku ni dah mula pasang lagu raya..! Rasa meriah plakk!

AZWA SAFRINA mula puasa..
Anak aku dah mula puasa tahun nie. Alhamdulillah...proses pembelajaran posa dia ok.
Untuk beberapa hari ni masih ok laghi nak bangun sahur. Makan pun bukannya banyak sangat. OK la...nekad nak ajar anak berpuasa tu, ada banyak caranya. Alhamdulillah la, Azwa Safrina Wardina tak banyak ragam. Cuma hari pertama dan kedua tu...menangis-nangis nak minta air. Tak tahan katanya. Antara kesian dan nak didik anak. Kalo disuruh minum..kang esok mintak lagi. Tak kasi minum..kesian plak tengok dia merayu-rayu minta air. Kena la cari benda yang boleh melupakan dia dengan haus...
Alahai...siannya.
Anak aku nie jenis yang hisap jari dengan bantal busuknya. 1st day puasa dia tanya..."Boleh tak azwa hisap jari?". Nak tak nak kena la aku xplain. Tapi dia hisap jughakkk! Tapi x pe la...dia dah boleh berpuasa pun dah cukup baik.

Tengok la sejauh mana dia boleh bertahan puasa tahun nie.

Tahun nie - puasa masih sibuk siapkan rumah. Bila fikir-fikir, rasanya tak sempat plak nak beraya rumah baru. Kalo sempat siap pun, kena fikir nak beli perabot lagi. Tak kan nak tengok rumah kosong je.. raya tahun nie. Tak kesah la kan...nak raya kat mana-mana pun boleh. Malas nak rumitkan perkara yang simple.









Lagi pun raya tahun nie wife aku kena luangkan banyak masa untuk famili dia. Semenjak Allahyarham mak mentua tak de...rasanya wife aku la yang akan take over jadi chef raya tahun nie. Dia masih belum dapat sesuaikan diri dengan situasi cam nie.

Apa pun aku nak ucapkan selamat berpuasa untuk mmber blogger yang muslim.

5 comments:

  1. Selamat berpuasa buat ktk n family.

    ReplyDelete
  2. mesti raya thn tok... family metua ktk lain rasa...
    sayuk jak rasa...

    Salam Ramadhan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam ya rasanya Mas. Masih baru lagi...so rasa kehilangan ya tetap ada.

      Delete
  3. siktauk sine nak drop komen..haha..dah singgah n follow ktk tek :)

    ReplyDelete

Chenal