Friday, November 26, 2010

APC 2009

Hari ini Majlis ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG d organisasi aku. So..Tahniah kepada penerima APC 2009! Semoga kalian semua terus memberi perkhidmatan yang cemerlang kepada organisasi pada masa akan datang!!

Bla sebut pasal APC nie, biasanya ada la suara2 yang tak puas hati. Sure adalah!

Aku nie dah puas mendengar bebelan bak langau menyanyi lagu 'TAK TAHAN!'. Dari mula aku bekerja d sini sehingga sekarang! Ada saja yang tak kena....rasa x puas hati....keluh kesah....kecewa...macam2 perisa ada! hehehe

Kalo dah keja cam ****, cam mana la rejeki APC tu nak dapat! Time orang keja, dok ke sana, ke sini buat berita sensasi. Silap2 dengar - dh macam DJ Radio ERA.fm plakk! Topik bulan terang malam td pun bleh jadi Isu paling HANGAT sampai berjam2.

Datang keja x berapa nak awal. Orang mula keja jam 8 pagi..dia jam 8 pagi baru nak parking kereta. Tak pun masih 'make up' kalo yang pompuan. Dah la lambat masuk opis....baru setengah jam duduk...8.30 dh nak kluar sarapan pagi. Tak patut..tak patut! Bila sarapan plak...sampai 1 jam! Ordernya hanya teh tarik dan nasi lemak je......!

Ada plak..masa keja dok online internet tengook Youtube. Paling bengkek..bla buka MUKO BUKU (facebook). keja x siap2..muka buat bodo cam x de perasaan. Tapi ada hati nak dapat APC! LU FIKIR la sendiri!

Biar pun orang yang sama sentiasa mendapat pengikhtirafan APC, sememangnya mereka layak. x perlu kita pertikaikan kredibiliti org yang dipilih atau yang memilih.

Walaupun aku ni x brapa nk bagus utk layak dapat APC, tp syukur la. Dapat ke tidak APC, itu rezeki masing-masing. Kalo kerja kita dinilai dengan Anugerah...x kan ke mana la kerjaya kita. (tetiba aku jd pakar motivasi plak!). X perlu dibesar-besarkan cerita APC. Kerja lah dengan ikhlas, mudah-mudahan ALLAH memberi anugerah yang lebih besar untuk kita!!

Untuk kekawang - my best friend Mr. Rukiza, Mr. Awg Nazri, Mr. Abg. Senawi and my sis Madam Carolin Nangkai! TAHNIAH untuk uoll!



TAHNIAH ! Madam Carolin

Monday, November 15, 2010

Satu Hari D Aidiladha...(Part 2)

Aku sambung ceritera Aidiladha aku d KL..

Banjir kali ini memang yang paling besar penah aku lalui selama kami menyewa di situ. Pagar rumah sewa kami 5 kaki turut ditenggelami air banjir. Kedudukan rumah sewa itu pun pada kedudukan tanah rendah. Asal hujan saja, air naik....asal air naik sahaja, pasti hujan~

Melihat keadaan banjir yang pertama kali melepasi dada...aku berkira2 nak meninjau keadaan dalam rumah sewa kami. Walaupun kedalaman air 5 kaki. Tak tau la macam mana keadaan rumah sewa kami bla air surut nanti!

"Eh..kau nak ke mana?" Amir memegang lengan aku, membuat aku berhenti melangkah meredah banjir tersebut...
"Air banjir tinggi Nal. Dah x bleh masuk dlm umah," tambah Mokhtar.
"X pe..aku bleh berenang," heheh dalam hati aku..nak main air jgk sebenarnya!

Dalam kejakunan aku main air, sambil tengok barang2 terapung dalam rumah sewa kami, aku terdengar suara org mintak tolong. ~ Tolong..tolong...tolong~
La....sapa plakk la mintak tolong nie? Ishh....buat suspen jee!

Rupanya ada org terperangkap dalam rumah di seberang jalan rumah sewa kami. Aku berenang ke arah suara. Pagar konkrit rumah milik Dr. Fuad yang disewa kepada 1 keluarga ni dah x nampak. So aku berenang je melepasi pagar rumah tu. Mudah jee!!

Muka pintu rumah....tengok 2 orang dewasa (sorang nenek, dan sorang pompuan sedang mengandung) dan 2 orang anak kecil yang sedang bergayut atas pagar (grill) rumah tersebut. Sian budak tu...dah biru bibir bebudak berdua nie.
"Adik..tolong kami adik. Kakak nie mengandung, perut dia dh kena langgar peti air terapung tadi ni. Tolong bawa kami keluar," bla tgok keadaan kakak tu yang sedang sarat, dengan bebudak yang dah menggigil kesejukan...aku kena bawa diorang nie kluar.

"Suami kakak nie tak ada ka?" sibuk jugak aku nk tanya laki org dalam kalut.
" Dia pegi tolong orang korban kat Masjid Keramat. Tak balik2 lagi.." jawab nenek tu. Mak kakak tu la agaknya. Tetiba plak kaki 'jam'. Hish...time2 nie la buat hal. Aku dh menggigil nie!

Kebetulan guni gula yang penuh dengan rumput yang kami potong semalam hanyut. Aku ambil 1 sebagai pelampung. Kena bawa budak nie pegi dulu...kalo aku nak bawa berenang 2 orang budak nie dlm kaki rasa nk kejang...mau tenggelam nanti! Aku suruh 2 orang anak kakak tu berpaut pada guni tersebut, so aku bawa ke tempat yang tinggi. Sejuk giler time tu...tuhan je tahu. Kalo aku balik selamatkan kakak yang mengandung tu lagi...larat ka?

Nasib baik la Roslan muncul...aku beri isyarat minta dia tolong 2 orang lagi terperangkap dlm rumah. Mujur la Roslan bleh berenang. Dh jd Rescue 911 plak aku ari tu...

Bila semua dh diselamatkan, nak kena cari tempat perlindungan utk mereka anak beranak! Aku kena bawa diorang ke Pejabat Pertahanan Awam kat Padang Tembak. So..kena cari transport plak! Mana nak cari transport nie..ada ka org nak tumpangkan mereka yg dh basah nie. Kami kena cuba la..kalo nasib baik, ada la...

Nasib kami baik...sebuah teksi kebetulan tersekat x bleh melalui jalan ke Kpg Keramat. Aku tahan teksi dan minta tolong hantar mereka sekeluarga ke Jabatan Pertahanan. Teksi tu terpaksa patah balik guna jalan utama dan bersetuju hantar mereka. Lega....! So aku mintak Roslan tengokkan kakak yang sarat mengandung dengan anak2 dia selamat sampai ke Jabatan Pertahanan Awam. Tak jauh punn!

Aku dengan nenek tu plak dengan berkaki ayam, meredah banjir berjalan kaki ke Masjid Keramat untuk cari suami kakak tu. Tak pernah aku berjalan kaki ke jalan utama ni berkaki ayam! Nak buat cam ne...dah terdesak. Nak malu apa! Kesian plakk dengan nenek tu, kena berjalan kaki dlm 2-3 km semata2 nak cari suami kakak tu! Aku kena kasi tau suami kakak tu..kat mana anak beranak tu ditempatkan. Takut dia cari anak bini tak ada, report polis plakk! kalo aku pegi sorang, bukan aku kenal pun muka suami kakak tu....!

Sampai je kat masjid...masjid dh lengang! tinggal beberapa orang AJK masjid saja yang tinggal. Nenek tu 2 kali tawaf masjid x jumpa suami kakak tu. Tahi2 lembu yang ada aku dh tak kesah dh. Dalam keadaan kecemasan cam ni, sapa nk cium!
Sah suami kakak tu dh balik! Adoiii! nak kena blik lagi la nie. Terpaksa aku tenangkan nenek tu! Muka nenek tu dah penat sangat.

Memang KORBAN sangat aku hari tu!

Aku minta nenek tu ke Jabatan Pertahanan Awam sahaja, kerana aku dh pesan kat bebudak yang ada kat tempat kejadian tadi, kalo suami kakak tu cari....bagi tau yang diorang kat JPA. Kesian nenek tu, dah la sejuk....penat berjalan lagi. Aku temankan nenek tu ke Jabatan Pertahanan Awam dengan berjalan kaki. Kaki aku bukan dh berkaki ayam je, dh jadi kaki itik..biawak....

Harap2 mereka skeluarga selamat!

Malam tu, kami berempat terpaksa merempat ke bilik persatuan! Rumah sewa x sempat nak bersihkan. Hari dah lewat....

Esoknya...nak tengok rumah kami. Teruk betul keadaan rumah kami masa tu ???



Pagar rumah Dr. Fuad, yang aku redah waktu banjir, rupa2nya dh runtuh! Rosak teruk!

Lantai dipenuhi selut lumpur! perabot bergelimpangan...
Buku-buku pengajian rosak, meja study rosak!
Keadaan bilik aku! Anak panah tu..aras air dalam rumah!

Anak panah menunjukkan aras air banjir sedalam 5 kaki.


Apa yang lucunya....SUP TULANG dr Chef Moktaruddin!~ Malangnya kami x sempat nk rasa..gara2 banjir. Mokhtar telah selamatkan SUP TULANG dengan meletakkan periuk sup atas almari dapur yang paling tinggi! hahaha..itu la benda yang Mokhtar selamatkan daripada bencana air banjir! SUP TULANG Nasib la SUP TULANG!! kempunan nak merasa sup si Mokhtar...

Setiap kali Aidilfitri...Amir pasti ingatkan aku pasal peristiwa ini!


Sunday, November 14, 2010

Satu Hari D Aidiladha...(Part 1)


Bla raya Haji (Aidiladha), teringat zaman aku blajar kat KL dulu2...memang x bleh lupa la saat2 menyambut raya Haji d rumah sewa aka rumah bujang kami kat KL.

Tahun 1999, aku beraya dengan 3 rakan serumah - Amir (Terengganu), Mokhtaruddin (Pahang) dan Roslan (Sabah). Biasanya memang aku dan Roslan je yang dok kat KL ni bla Raya Haji...tapi kali nie 2 rakan serumah x blik.
Aku mmg x blik kampung kalo cuti sehari dua je. Ingat murah ker tambang kapal terbang KL - Kuching! Roslan (Allahyarham) memang tak pernah balik ke kampung sejak masuk UTMKL.

Pagi tu kitaorang x sempat pegi solat sunat Aidiladha pun..ni semua gara2 menunggu si Mokhtar! Dah tau nk solat sunat pagi2 raya Aidiladha, lagi mau 'make up' lama2 dlm bilik. Nak berjalan dr rumah sewa ke Masjid plakk...15 minit. Sampai2 je dekat gate Masjid UTMKL...TIBA2!!! jemaah masjid pun keluar. Alamak!! cam ne ni? Hish....x pernah dlm sejarah hidup aku lambat pi solat sunat Aidiladha!!! hihihi..

wooowooo..malu nie kalo org tau kita br nk sampai masjid! Dengan muko selamba, kepoyoan tahap gaban...kami buat pura2 br selesai solat...(masa tu..mmg malu giler! heheh)

"Ni ko punya pasal la Mokhtar! terhegeh2..." aku dan Amir membebel. Geram betol Amir masa tu..

X sempat solat sunat...aku, Amir dan Mokhtar bercadang membantu jemaah masjid melaksanakan ibadah korban..3/4 ekor korban lembu. Dah alang2 sampai kat Masjid baik kami tolong la jemaah masjid laksanakan ibadah korban. Balik umah sewa pun x buat apa2. Paling kurang pun membuta je la.

Si Mokhtar semangat sungguh membantu melapah daging2 lembu. Masa nk blik umah sewa..tgok2 si Mokhtar dengan 2 beg plastik. Dah apa plak budak nie....! Jgn la bawa benda2 x berfaedah plakk! kang kena korban budak Mokhtar nie...raya korban nie! huh...

"Apa plak ko bawa nie Mokhtar?" tanya Amir.

"Tulang lembu dan daging..pakcik tu td kasi. Aku minta tulang je..Tulang ni bleh kita masak sup kat rumah nanti" Mokhtar tersengih2 membimbit beg plastik.

"Sapa nk masak?" tanya aku..

"Biar aku masak dengan korang..." nak cover salah pagi td la tu..

Sampai rumah sewa je, Mokhtar dh bsiap2 nk buat sup tulang. Amboii...mkn besar la kami mlm nie. Walaupun biasa makan nasi dgn kicap je! Ala..dok bujang bukan kesah pun nk makan apa. Adat la budak2 blajar...maner la de duit nk mkn mewah! Tak dapat mkn daging..sup tulang pun jadi la! hihihi.

Sementara tunggu Mokhtar masak SUP TULANG..aku plak kluar jln2 ke KL sorang2. Amir plak dok umah dgn Mokhtar. Roslan..x tau pegi mana, x muncul2 seharian kami d umah nie.

Hari tu..waktu tengahari hujan lebat turun. Kalo hujan lebat cam nie 'sure' rumah sewa kami tu dinaiki air. "~minta2 la x de pa2 kat umah sewa tu~"
X pe..Amir dan Mokhtar ada. Diaorang bleh alihkan barang2 kat umah. Aku kena balik la..macam x sedap hati plak, nk jalan2. Lagi pun bukan ada apa kat KL nie...lengang je. Atas jalan pun leh baring..! wargakota semua dok korban kat umah agaknya!

Bla aku sampai je jln susur masuk ke rumah aku....................
Mak aii!!! tingginya airrrrrrrrrrr!
Mana la pegi budak berdua nie? masih kat dalam rumah ka? Budak berdua tu bkn reti berenang..."~jgn la ada pa2 kat kawan2 aku tu~"
baru saja nk meredah banjir utk masuk ke rumah sewa, muncul Amir dan Mokhtar.
Huhh! lega... "Aku ingatkan korang masih ada kat umah," tengok Amir dan Mokhtar cam penat je..sure penat angkat brg2 bebudak umah yang ke tempat tinggi.. Itu la rutin aku, bla banjir atau air naik kat rumah sewa tu.

Tuan rumah sewa kami...Pak Engku dan Mak Engku serta anaknya (OKU) yang tinggal bersebelahan dengan rumah kami, harap2 x de apa2.

Tuesday, November 9, 2010

MuMia PuSaK (Kucing)

Mumia Kuching Zaman Mesir Purba!! Betoii ka??

Gambar ni aku ambil semasa melawat d Muzium Kucing, Kuching. Kalo diperhati betoi2..mmg biasa je. Tapi diberitahu Pn. Juliana (petugas muzium) bahawa mumia tersebut adalah mumia yang sebenar. Ia adalah artifak mumia kucing sebenar yang dijumpai di Beni Hassan, Mesir pada kurun 3,000 - 3,500 SM.
Woyyoo...lama tuuu! Serius ka ni Mumia yang betoii???

Merujuk kepada nota : Pada pertengahan abad ke-19, sebanyak 300,000 mumia kucing seberat kira-kira 20 tan telah ditemui di Beni Hassan, mesir yang berusia pada kurun 300 - 3,500 SM. Mumia kucing tersebut lazimnya dibalut dengan kain pembalut pelbagai warna yang telah dibubuh dengan bahan kimia. Ia juga mempunyai balutan yang rumit/kusut, ditutupi dengan cat atau sulaman. Lazimnya, muka mumia kuching tersebut ditutup dengan topeng
kayu yang mana mata, hidung dan misai ditanda dengan teliti. Kucing Mesir dimumiakan sama seperti tuannya.

Ini merupakan keranda tempat bersemadinya mumia kucing tersebut.

Ntah berapa la nilai RM artifak yang berkurun lama cam nie kan?? Aku bukannya x minat matapelajaran Sejarah. Cuma mmg lembab sket kalo bab2 sejarah nie. Nilai artifak satu hal..nie maklumat seperti ni..brapa ramai la yang tahu? Kalo x menjenguk ke Muzium Kuching...mmg x tau la ada benda2 cam nie.

Friday, November 5, 2010

Deepavali tetap Kerjo!

Hari ni..Sambutan Deepavali!!
So...slamat raya Deepavali to Mr. Nambiar Ramen n famili jgk utk Mdm Saraswathy Anandom n famili! Sure korang raya sakan time nie kan! Menu kari..laddu..muruku..KEK LAPIS? ado?


Tp tu la malang sket kat Sarawak nie, kalo Hari Deepavali x cuti umum. Sian plak dgn bebudak opis macam Nambiar n Saras. Nk sambut raya kena la ambik cuti 'rehat' utk sambut Deepavali. Wang 'SAKU' pun x dapat utk perayaan Deepavali ni.

Bla kawan2 kat KL tgh seronok, duaronok, tigaronok menikmati cuti ari nie, kami kat Sarawak...melabuhkan punggung memanaskan kerusi kat opis nie! Belek2 fail...mengadap komputer.
X pe, x pe...korang tunggu la time Hari Gawai!!!
kempunan la korang tgok kami cuti panjang! hahah!
OMG..dah nak masuk waktu Solat Jumaat! Chaw dulul la...K!

Thursday, November 4, 2010

Aku x sindir!

Lama dah x baca buku. Time belek2 buku d rak tempat kerja, terjumpa buku ni 'Motivasi Minda: Membina Jati Diri Gemilang' oleh Dr. HM Tuah Iskandar (penulis feberet aku nieee!)

Dulu pun aku penah beli buku tulisan beliau 'Motivasi Diri : Membina Imaginasi Cemerlang'. Tapi buku tu dah pun hilang...ntah sapa pinjam yang x reti2 nak pulangkan balik! pasal buku tu la aku jd minat dgn penulisan Dr. HM Tuah Iskandar.....

Bla dapat buku ni (dlm gambar tu)...aku beri la pinjam kat staf aku. Bukan la pasal nk tunjuk baikk! saja nk suruh staf baca. Dh bukunya pasal motivasi...maner la tau bermotivasi lepas baca.

So kasi la staf ni baca Bab 1 -

Perihal 1 : Jangan Terhenti Di Situ

Pernahkah anda melihat seseorang yang telah bekerja selama berpuluh2 tahun bukan semakin mahir dengan pekerjaannya tetapi semakin bodoh dan lembab? Pernahkah anda melihat orang yang melakukan satu pekerjaan yang sama bukan semakin pakar tetapi semakin keliru dan tidak tahu?

Jika anda bekerja di tempat-tempat yang telah berusia puluhan tahun, anada mungkin boleh bertemu dengan orang sebegini. Orang ini telah bekerja di situ sejak syarkiat itu dibuka lagi. Sejak itu dia telah bekerja dengan tekun dan gigih sekali. Seharusnya dia semakin efisien, pintar dan boleh dijadikan contoh, malangnya dia semakin ketinggalan, keliru dan produktifnya semakin menurun.

Dia bukan tidak rajin, tapi hasil kerjanya tida setimpal dengan usaha yang dia lakukan. Mengapa ini terjadi?

Tetiba staf aku tanya - "Ko berik buku ni, nak sindir aku ka?"

"La....orang suruh baca. X da niat nak sindir pun." mungkin dier terasa dgn petikan buku tersebut.

Itu la yang menariknya penulisan Dr. HM Tuah Iskandar. Inspirasi penulisannya terlalu dekat dgn pembaca. Pengalaman dan catatan mmg berlaku dalam realiti kehidupan kita..memang menarik!

Klik http://www.etuah.com/ untuk mendapat maklumat lanjut penulis ini.