Tuesday, November 9, 2010

MuMia PuSaK (Kucing)

Mumia Kuching Zaman Mesir Purba!! Betoii ka??

Gambar ni aku ambil semasa melawat d Muzium Kucing, Kuching. Kalo diperhati betoi2..mmg biasa je. Tapi diberitahu Pn. Juliana (petugas muzium) bahawa mumia tersebut adalah mumia yang sebenar. Ia adalah artifak mumia kucing sebenar yang dijumpai di Beni Hassan, Mesir pada kurun 3,000 - 3,500 SM.
Woyyoo...lama tuuu! Serius ka ni Mumia yang betoii???

Merujuk kepada nota : Pada pertengahan abad ke-19, sebanyak 300,000 mumia kucing seberat kira-kira 20 tan telah ditemui di Beni Hassan, mesir yang berusia pada kurun 300 - 3,500 SM. Mumia kucing tersebut lazimnya dibalut dengan kain pembalut pelbagai warna yang telah dibubuh dengan bahan kimia. Ia juga mempunyai balutan yang rumit/kusut, ditutupi dengan cat atau sulaman. Lazimnya, muka mumia kuching tersebut ditutup dengan topeng
kayu yang mana mata, hidung dan misai ditanda dengan teliti. Kucing Mesir dimumiakan sama seperti tuannya.

Ini merupakan keranda tempat bersemadinya mumia kucing tersebut.

Ntah berapa la nilai RM artifak yang berkurun lama cam nie kan?? Aku bukannya x minat matapelajaran Sejarah. Cuma mmg lembab sket kalo bab2 sejarah nie. Nilai artifak satu hal..nie maklumat seperti ni..brapa ramai la yang tahu? Kalo x menjenguk ke Muzium Kuching...mmg x tau la ada benda2 cam nie.

No comments:

Post a Comment

Chenal