Lama dah x baca buku. Time belek2 buku d rak tempat kerja, terjumpa buku ni 'Motivasi Minda: Membina Jati Diri Gemilang' oleh Dr. HM Tuah Iskandar (penulis feberet aku nieee!)
Dulu pun aku penah beli buku tulisan beliau 'Motivasi Diri : Membina Imaginasi Cemerlang'. Tapi buku tu dah pun hilang...ntah sapa pinjam yang x reti2 nak pulangkan balik! pasal buku tu la aku jd minat dgn penulisan Dr. HM Tuah Iskandar.....
Bla dapat buku ni (dlm gambar tu)...aku beri la pinjam kat staf aku. Bukan la pasal nk tunjuk baikk! saja nk suruh staf baca. Dh bukunya pasal motivasi...maner la tau bermotivasi lepas baca.
So kasi la staf ni baca Bab 1 -
Perihal 1 : Jangan Terhenti Di Situ
Pernahkah anda melihat seseorang yang telah bekerja selama berpuluh2 tahun bukan semakin mahir dengan pekerjaannya tetapi semakin bodoh dan lembab? Pernahkah anda melihat orang yang melakukan satu pekerjaan yang sama bukan semakin pakar tetapi semakin keliru dan tidak tahu?
Jika anda bekerja di tempat-tempat yang telah berusia puluhan tahun, anada mungkin boleh bertemu dengan orang sebegini. Orang ini telah bekerja di situ sejak syarkiat itu dibuka lagi. Sejak itu dia telah bekerja dengan tekun dan gigih sekali. Seharusnya dia semakin efisien, pintar dan boleh dijadikan contoh, malangnya dia semakin ketinggalan, keliru dan produktifnya semakin menurun.
Dia bukan tidak rajin, tapi hasil kerjanya tida setimpal dengan usaha yang dia lakukan. Mengapa ini terjadi?
Tetiba staf aku tanya - "Ko berik buku ni, nak sindir aku ka?"
"La....orang suruh baca. X da niat nak sindir pun." mungkin dier terasa dgn petikan buku tersebut.
Itu la yang menariknya penulisan Dr. HM Tuah Iskandar. Inspirasi penulisannya terlalu dekat dgn pembaca. Pengalaman dan catatan mmg berlaku dalam realiti kehidupan kita..memang menarik!
Klik http://www.etuah.com/ untuk mendapat maklumat lanjut penulis ini.
No comments:
Post a Comment
Chenal