Tuesday, October 19, 2010

QIT - mencari masalah pun satu masalah


Konvensyen QIT 2010 baru sahaja selesai - macam2 cerita, macam2 gosip, macam2 aduan kedengaran dari pelbagai sumber. Komen2 yang baik, komen2 yang x baik semua bercampur-campur dah macam 'Island Salad' plak. Tahun ni dah tahun ke-3 Konvensyen QIT (lupa nak bagi tau..QIT tu "Quality Improvement Team") dilaksanakan..

Bla dh hampir hari konvensyen..maka kesibukan melanda macam TSUNAMI. Mana nak cari data..mana nak cari buku rujukan..nak cari mentor atau fasilitator...nak cari ayat buat teks 'public speaking'...part yang paling best, mana nak cari baju sponser! Wah!!...dah cam nak buat show konset AF9 la plakkk! cari baju sponser segalaaaa!

Sampai ada yg nampak macam nak meroyan ...risau pasal projek x siap2 lagi. Mana x meroyan....2 minggu lagi nk konvensyen baru la....fikir masalah. Ni la masalahnya....'Nak cari masalah pun jd masalah'..

Nak mula projek ada MASALAH
Nak buat slide pun ada MASALAH
Nak cari baju sponser pun berMASALAH
Bla Fasilitator x muncul2...tu memang fasilitator BERMASALAH.
Slide x bleh buka..laptop jd punca MASALAH padahal sendiri x pandai komputer hihihi
cam ne nak selesai MASALAH??

Apa pun MASALAHnya....QIT perlu difikir secara positif.

Sapa menang sapa kalah bkn persoalannya...

Tp objektif QIT bukannya hanya untuk mempersembahkan hasil kreativiti, penambahbaikan dan inovatif projek kumpulan, tetapi juga untuk mencungkil potensi diri ahli, dan memberi pendedahan kepada mereka untuk melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan mereka. Bukan senang nak bercakap didepan khalayak ramai...
Cuba la kalo brani!!

Plan - Do - Check - Action = sebenarnya perlu dipraktis dalam setiap tugasan kita. Melatih minda untuk berfikir dan melaksanakan penyelesaian yang praktikal itulah matlamat sebenar. X banyak...sedikit pun jadi la. Apa yang penting ahli perlu sedia untuk belajar.


No comments:

Post a Comment

Chenal