Friday, September 30, 2011

Umurnya dah 90 tahun...aku?

TYT Negeri Sarawak berusia 90 tahun.
Percaya atau tidak....memang beliau sudah berusia 90 tahun.
Korang rasa...boleh ka kita nie cecah umur 90 tahun?? 


Itu RAHSIA ALLAH...

Misi diteruskan..walaupun syawal tahun nie dah berakhir..

Dah 2 hari Syawal meninggalkan kita. Tetiba aku terhegeh-hegeh masukkan gambar raya plakk! motif nya????

Tak de apa2 motif pun!
Sekarang dah masuk 2 Zulkaedah...so, ada banyak lagi agenda yang bakal dilaksanakan. x kira la..pasal kerja ka..keluarga ka...misi melengkapkan sisa-sisa kehidupan ini masih tetap diteruskan! (Ntah apa  yang aku cakap nie pun aku x tau. Lantak la kan...! kalo guru bahasa aku baca nie..sure x mengaku anak murid!!)

Cite pasal bahasa nie..teringat plak aku dengan jemputan salah sorang senior aku zaman skolah dulu untuk berbincang tentang perancangan mengumpul bahasa melayu Samarahan. Katanya Bahasa Meran - lebih kurang gitu la bunyinya. x tau dari mana datangnya istilah 'meran' tu...yang penting maksud nya sama. Mungkin ada sejarah tentang orang meran kot...! Aku yang tak cukup penuh ilmu di dada..angguk je la kan!

Aku ni mana tau sangat pasal bahasa nie. Aku suka suka je mengutip butir butir bicara orang-orang kampung. Memang teruja jugak la nak join dia. Orang DBP tu...nak ajak join dalam mengumpul bahasa orang meran! heheh. Mana tau pas nie leh tersenarai sebagai penulis buku plakkkk! Korang x tau...aku lagi la tak tauu. Tu rejekii...

Sedikit sebanyak...Daftar kata Dialek Melayu Sarawak (Samarahan) banyak mengumpul beberapa istilah yang aku sendiri jarang pakai dalam perbualan seharian. Kayanya kita dengan daftar kata...begitu juga la dengan budaya kita di Malaysia ni. Alhamdulillah..

Wednesday, September 21, 2011

Wordless Wednesday #2


Wednesday, September 14, 2011

Wordless Wednesday #1


Majlis Pertunangan Nur Kamalini

Sekitar majlis pertunangan Nurkamalini Hamdan
10 September 2011
Terima kasih kepada sedara mara dan jiran tetangga yang datang membantu dan memeriahkan majlis tersebut.

"ENTRI ke-100"

Ayooo...BABI!

Nie cite Raya ke-2 baru2 nie. Al-kesahnya, Aku dan famili nak ke Kampung Tebelu, Sadong Jaya. Jalan2 raya..jauh jugak la dari Kuching. Lebih kurang dalam 2 jam perjalanan. 

Nak ke sana guna jalan darat, kena guna 2 laluan feri. Pertama kat Sungai Samarahan...ok lagi la. Bleh guna Jambatan Kampung Melayu kalo que panjang giler. Tapi kalo kat Sungai Bulu....x de alternatif lain, selain menunggu giliran untuk masuk ke dalam feri. Giler punya panjang!! Aku ngan famili tunggu dalam keta hampir 3 JAMM! hishhh...buang masa betullll la. Dah la kepanasan. Tapi nak patah balik lagi la buang masa....dh alang2 sampai nie. Tunggu je la. 

Sambil rilekkk tunggu barisan kereta yang aku rasa dalam 2 KM ...tetiba wife aku berteriak terkejut tengok anak babi merayau-rayau tepi pondok kecil, "Haihhh...BABIIII!" Serius memang x jauh dari keta kami. 
Dalam hati aku - "Mak aiii....! BABI! nasib baik jinak..! kalo real babi hutan..sah kena kejarrrr."


Eii...kembang plak rasa tekak tengok babi beraksi ala Lady Gaga kat tepi tu. Kalo ada lastik, sah2 ko dh jadi mangsa penderaan ari tu. Gara2 mahkluk yang nie la....Golden Churn dapat nama!

Friday, September 9, 2011

BERITA tidak seperti KHABAR...

Geng kampung aku semalam kecoh dengan artikel salah sebuah akhbar tempatan ni. Isunya - pasal berita yang dipaparkan adalah SALAH! Aku merajinkan diri 'print screen' post tersebut dan masuk ke dalam blog yang suam2 kuku ni.

Mau nya tak bengang!!
Berita yang aku dapat daripada member sekampung bagi tau - uncle Hamzah accident kena langgar 2 hari lepas. Tup tup..kluar berita dia cuba bunuh diri. Marah betul orang2 kampung aku pasal berita nie. Tu orang kampung marah....Anak2 dia?? 
 ni la artikel yang menimbulkan kemarahan orang2 kampung!

 Komentar dari group fb kampung aku ni masih rancak dalam forum atas tu nak saman akhbar tersebut. Aku blom komen lagi stakat ni. Nak tau perkembangan sebenar dari sumber yang boleh dipercayai dulu. Aku pun blom sempat nak ziarah uncle Hamzah.

Akhbar kita nie susah nak percaya daripada sumber berita yang diorang dapat. Kita nie cuma tau baca je. Kalo tak baca...tak tau plak perkembangan semasa. X baca salah...nak baca pun serba salah. Kita nak salahkan siapa?

Kita fikir laa sama2. Mana yang kita tau memang x betul, abaikan la. Mana yang kita tak pasti...kena la cari     sumber / maklumat tambahan. (ceh dah macam pakar motivasi plak).

Masih dalam mood raya..

Sunday, September 4, 2011

Beraya Dengan Anak2 Sedara buat aku POKAIII!

Hari raya tak sah kalo x de derang nie. 
ANAK-ANAK SEDARA!!!
Beraya dengan derang nie buat aku pokai! Awal-awal lagi dah buat request nak duit raya. Penah anak sedara aku yang x balik beraya selama 2 tahun mintak duit raya bagi 2 tahun tersebut!

Agenda hari raya yang anak2 sedara aku tunggu-tunggu adalah DUIT RAYA!
 Pasal anak2 sedara ramai.....kena la buat barisan! "Huhhh.....korang baris kalo nak dapat duit raya."

Bukan la pasal nak didik mereka dengan budaya duit raya...tapi menjadikan hari raya sebagai pertemuan keluarga yang sentiasa diingati dan hari yang gembira buat mereka, maka agenda duit raya sebagai pengisian bila tiba Aidilfitri. Seronok tengok anak2 sedara gembira.....

Tak payah la tanya berapa banyak duit bonus tahun nie habis untuk anak-anak sedara!! Tapi cukup la untuk 35 anak-anak sedara yang ada. Rezeki Ramadhan kita kongsi sama-sama.

Dah ada jugak nak mintak duit raya tambahan..katanya nak pegi jauh, sambung belajar. Kononnya kena dapat lebih la. Tengok la nanti....kalo ada duit lebih. 

SALAM LEBARAN...


Thursday, September 1, 2011

Entri Raya...baik punyaa!

Tahun 2011..sama cam tahun2 sebelumnya. Berkumpul...makan2...maaf bermaafan..sembang raya...bergambar raya dan duit raya! Tu la agenda yang buat hari raya nampak meriah bila aku balik kampung.(Cam poyo jughak entri aku niee ekkk!!)

Memang happening!!!!
Lebih2 lagi bla berkumpul dengan kakak2, abang2 dan anak2 sedara. Tahun nie lebih meriah dan kecoh bla kazen dan anak2 buah dari Kuching datang berziarah pada 1st day tu. Anak2 sedara dari Kuantan pun beraya d Kuching tahun nie. Nak merasai kehangatan beraya d Sarawak agaknya!

Coopppp! Aku sambung kat next entri jer la K!