Monday, June 25, 2012

Hahah....ada jugak kesahnya!


Rasanya Samy Vellu, bekas Presiden MIC dan Menteri Kerjaraya, tidak pernah pun bercakap ayat-ayat berikut selama hidupnya. Sebahagian mungkin betul dan sebahagian lagi mungkin rekaan.
Namun, beliau memang pernah terlepas cakap perkataan-perkataan yang pelik sedikit sepanjang eranya berkuasa.
Jadi ayat-ayat lawak di bawah macam mana pun nampak sinonim dengan beliau. Bila baca tu, kalau boleh cuba buat suara Samy Vellu, mesti feel nak gelak itu lebih.
Apa pun, Samy Vellu memang satu watak yang menarik, terutama lawak-lawaknya.
Berikut adalah petikan daripada Blog Cabuk (http://manlukeman.wordpress.com/) – sila klik tajuk untuk melawat blog berkenaan.
Semua ini bukan untuk menghina sesiapa, sekadar lawak jenaka di hujung minggu.
1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
“Besoh kirim, hari ini juga sampai”
2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
“Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar”
3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
“Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini.” Kemudian seorang pakcik bertanya, “Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?” Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, “Kalao takde sungai, kita bina sungai”
4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
“Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”
5. Ketika krisis air:
“Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!”
6. Berkenaan masalah sosial:
“Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade”
7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
“Marilah kita semua menderma dare”
8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
“Selamat datang saudara-mara semua” (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)
9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
“Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam”
10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:
“Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain”
Dan tentunya yang paling kelakar di dunia sepanjang zaman ialah:
“Kita akan bina roket pigi matahari.” Salah seorang wartawan berkata, “Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati.” Samy menjawab, “Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam”
Itu saja setakat ini.Anugerah insan paling kelakar di dunia dimenangi oleh Samy Vellu. Kami berharap segala yang terbaik untuk anda.

Sunday, June 24, 2012

Kembali bersiaran...

Lama betul tak buat entri...
skejap ada..skejap tak de. Agaknya cam tu la kelibat blogger yang suam-suam kuku macam aku! Mungkin begini la cabaran blogger part time cam kami ni. Ada masa 'on'...kalo tak banyak kerja, sempat la buat entri.

Sepanjang tempoh tak buat entri ni...memang banyak cerita nak dikongsi kat korang sebenarnya. Tapi aku tak tau nak kongsi yang mana satu dulu. Suka duka...riang gumbira..masam manis mewarnai hari-hari sepanjang aku tak bersiaran langsung dalam blog milik dan hak peribadi aku nie.

Sebenarnya kami sekeluarga baru saja kehilangan insan yang tersayang.
Ibu mentua aku..kembali ke rahmatullah pada 16 Jun 2012 bersamaan 26 Rejab 1433H. Selepas 2 hari koma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang...akhirnya bonda pergi buat selama-lamanya.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah...di sini Allahyarhamah ibu mentua ditempatkan sepanjang rawatan.