Wednesday, August 20, 2014

Bahaya Paracetamol.... kesan buruk yang berpanjangan.

Kajian mendapati paracetamol mempunyai kesan buruk??? Begitulah artikel yang saya baca sabtu lepas....
Sebenarnya banyak kali dengar tentang paracetamol ni mempunyai kesan sampingan dengan kesihatan. Tapi kita nie degil....nak juga beli. Dah tak tau nak cari apa kalo demam...

Tapi semenjak amal Virgin Coconut Oil Catalyst - jarang jugak la demam. Alhamdulillah la... Allah masih pelihara kesihatan kita. Besar nikmat tu.... kesihatan yang berpanjangan.

So...selepas nie, kalo demam tak fikir la nak ambik paracetamol. Kalau boleh, cari alternatif lain selain ambil ubat yang ada sampingan cam nie. Ye takkk???

Monday, August 18, 2014

ooo...Begitu rupanya kanggaroooo!

Malaysia tak de kanggaru....so aku agak kejakunan tahap dewa bila nampak kanggaru. Nie sebenarnya cerita semasa aku ikut rombongan ke Perth ari tu...

Jinak rupanya binatang nie. Comel dan bulu yang nampak tebal dan bersih! Seperti arnab tapi berkaki panjang dan berekor panjang dan kuat. Bukan bebudak je suka...mak bapak budak pun suka, teruja dan gembira bila bermain dengan binatang nie.\

Kannn.....teruja sungguh mereka! 

Tengok la aksi 2 ibu muda ini....
Kak Lela dan Puan Siti Fatimah.....berlumba dengan kanggaru !


~ enjoy dapat pegi Perth~

Friday, August 15, 2014

Bagaimana mendidik anak untuk lebih kreatif ?

Anak-anak yang kreatif.... Bagaimana membentuk anak-anak yang kreatif?

Persoalan tersebut - kami sebagai ibu bapa pun kurang arif sebenarnya. Adakala kita sendiri tidak sedar tentang daya kreativiti mereka sehinggalah mereka memperlihatkannya kepada kita. Maksudnya...kita sebagai ibu bapa nie kurang peka perkembangan dan bakat mereka sehingga mereka menunjukkan bakat dan kebolehan mereka. Boleh dikatakan perkembangan dari sudut kemahiran tersebut adalah diluar jangkaan kami sebagai ibu bapa. 

Begitulah ceritanya dengan anak kami - Azwa Safrina Wardina. Kami tidak pernah terfikir anak yang dididik mampu mencipta dan merekabentuk alatan sendiri tanpa tunjuk ajar seawal 6 tahun. Mungkin bagi orang lain itu biasa...tetapi tidak bagi kami. 

Azwa Safrina Wardina seawal 6 tahun telah mencipta beberapa permainan sendiri - seperti kapal angkasa daripada bekas minuman kosong+bilah sate+ straw. Antara lain barang ciptaannya - TV daripada kotak, Permainan yang aku pun tak tau daripada kertas+straw dan batang lidi, membina rumah kecil daripada kotak besar. Otak mereka bekerja mencari idea berdasarkan imaginasi semasa mereka.

Dan baru-baru ni - dia mengajak sepupunya membina kereta daripada kotak yang lebih besar, selepas percubaannya merekabentuk kereta daripada kotak produk Catalyst kami. Kereta yang lengkap dengan stering, pedal 'clush', pedal minyak dan 'break' ini...menunjukkan pemerhatian mereka kepada perkara sekeliling, dan imaginasi mereka menzahirkan perkara tersebut.
Kereta kotak rekacipta anak dan anak-anak buah Mei 2014
Setiap ibu bapa - mempunyai harapan yang tinggi setiap anak-anak mereka. Begitu juga kami.... mendidik anak suatu yang perlu kami lakukan bersama. Sama ada isteri dan saya melakukan semampu yang mungkin. Jika dengan izin Allah ia berhasil dan mampu mencukil bakat mereka, Alhamdulillah. Kami sekadar berusaha ke arah itu...

Atas dasar bakat dan potensi ini - saya sentiasa menyokong apa yang ingin dilakukannya. Saya percaya daya pemikiran yang kreatif anak-anak tidak hanya dibentuk melalui tunjuk ajar, tetapi disokong dengan pemakanan, emosi (Spiritual) dan izin ALLAH.

Raya bagi kami tahun ini...

Masih Syawal lagi nie kann.....
Aku nak story sket warna warni raya kami tahun nie. Macam biasa la bila menjelang hari raya ni macam-macam kesah menarik.
 
 2014 adalah tahun ke-2 kami beraya di rumah baru ni. Persiapan ala kadar je pun. Time raya nie la nak berjumpa sanak saudara dan rakan-rakan yang lama tak jumpa. Raya ke-4 hari tu...kami buat 'open house' raya. Masa ini la nak bercerita panjang....gosip2 meriah ala-ala melodi pun bleh je, jangan sampai mengumpat sudahh! Tak menang tangan - walaupun kami adik beradik berkongsi masak buat 'open house' kali nie.. Janji tetamu puas hati dapat menjamu selera.


 Seronok dapat jumpa saudara mara - kerana time raya begini la masa yang paling sesuai berkumpul dan menjalinkan ukhwah. Nak jumpa time hari biasa mungkin masing-masing sibuk hal sendiri.

Alhamdulillah...hikmah raya ni merapatkan lagi hubungan dan ukhwah silaturahim. Mana yang jauh datang dan kenal lebih dekat, mana yang dekat kita erat-eratkan.

 Anak dan anak-anak saudara pun apa kurangnya. Raya cam nie la masa nak kumpul duit raya. Bagi mereka raya la masanya nak kumpul dana untuk shopping! Dengan baju baru...beg sandang untuk simpan duit raya....memang bersiap nak terjah rumah-rumah yang nak kasi duit raya. Siap dah tau...rumah mana nak dapat duit raya banyak dan sikit.

Lain kesah nya dengan anak-anak saudara yang dah masuk remaja.... masa untuk mereka ber'selfie' dan gambar famili. Raya mungkin dah tak semeriah zaman kanak-kanak mereka dulu-dulu. Kali nie...duit raya mereka tak dapat pun...(ala kechian), tapi tetap berharap akan dapat. 

Nie kerja nak kenakan orang....panggilan hangit!

Aku dan Kalkulator...

Calculator buruk aku..
Saja nak buat riak ambil gambar calculator buruk aku nie. Bukan apa.... bila merenung mesin kira-kira ni, aku terpanggil mengimbas kembali zaman aku mula-mula kerja kat sini. Dari aku mula check in dalam opis niee.. sehingga masuk 13 tahun nie, dia nie la yang banyak berbakti dengan aku. Kalkulator Canon HS-120 yang dan nampak kekuningan cover dier..

Dia antara saksi 13 tahun aku berkhidmat di sini. Kalau lah dia orang...tentu lama dah dia rasa muak nak berkhidmat dengan aku. Puas dah aku tenyeh-tenyeh badan dia....masih laghi berfungsi macam biasa. Setianya...

Tak macam kita nie manusia, jika ada kesusahan dan tak mampu buat, mula la merungut. Serius memang ada....tak kiralah jawatan apa orang tu. Sebaik mana pun orang itu....tidak di mulut, mungkin terdetik di dalam hati. Buat benda yang sama pun merungut....

Itulah realitinya kita sebagai hamba Nya.... lemah!
*muhasabah diri.

Thursday, May 29, 2014

Tirai Baru...blog ni perlu dibersihkan

Lama betul aku tak update apa-apa entri dalam blog nie. Nak kata sibuk sangat...tak de la sibuk sampai tak de masa nak buka laptop or komputer. Agaknya kemalasan nak blogwolking x sama macam dulu lagi kot! Rakan-rakan blogger yang lain pun ramai dah tutup pintu blog masing-masing. Tak pe..ada masa, kita masuk. Tak de masa kita biar je blog nie berbiacara. Hari ni...kira entri pertama aku tahun 2014. Nie dah masuk penghujung bulan Mei 2014. Dah separuh tahun dah niee... Bila dikira dari aku tak buat apa2 entri sampai sekarang...banyak jugak kesah yang tak tercatat pun dalam blog ini. Nak-nak skarang dah ada Instagram..wechat... sharing cerita dah boleh terus update melalui 'henpon' bijak pandai skarang nie. Begitulah peredaran zaman mengubah kehidupan... Apapun..nanti aku sambung lagi... Cerita hari ini..hari Khamis - 29/05/2014 akan membuka tirai baru blog ini.