Friday, August 15, 2014

Bagaimana mendidik anak untuk lebih kreatif ?

Anak-anak yang kreatif.... Bagaimana membentuk anak-anak yang kreatif?

Persoalan tersebut - kami sebagai ibu bapa pun kurang arif sebenarnya. Adakala kita sendiri tidak sedar tentang daya kreativiti mereka sehinggalah mereka memperlihatkannya kepada kita. Maksudnya...kita sebagai ibu bapa nie kurang peka perkembangan dan bakat mereka sehingga mereka menunjukkan bakat dan kebolehan mereka. Boleh dikatakan perkembangan dari sudut kemahiran tersebut adalah diluar jangkaan kami sebagai ibu bapa. 

Begitulah ceritanya dengan anak kami - Azwa Safrina Wardina. Kami tidak pernah terfikir anak yang dididik mampu mencipta dan merekabentuk alatan sendiri tanpa tunjuk ajar seawal 6 tahun. Mungkin bagi orang lain itu biasa...tetapi tidak bagi kami. 

Azwa Safrina Wardina seawal 6 tahun telah mencipta beberapa permainan sendiri - seperti kapal angkasa daripada bekas minuman kosong+bilah sate+ straw. Antara lain barang ciptaannya - TV daripada kotak, Permainan yang aku pun tak tau daripada kertas+straw dan batang lidi, membina rumah kecil daripada kotak besar. Otak mereka bekerja mencari idea berdasarkan imaginasi semasa mereka.

Dan baru-baru ni - dia mengajak sepupunya membina kereta daripada kotak yang lebih besar, selepas percubaannya merekabentuk kereta daripada kotak produk Catalyst kami. Kereta yang lengkap dengan stering, pedal 'clush', pedal minyak dan 'break' ini...menunjukkan pemerhatian mereka kepada perkara sekeliling, dan imaginasi mereka menzahirkan perkara tersebut.
Kereta kotak rekacipta anak dan anak-anak buah Mei 2014
Setiap ibu bapa - mempunyai harapan yang tinggi setiap anak-anak mereka. Begitu juga kami.... mendidik anak suatu yang perlu kami lakukan bersama. Sama ada isteri dan saya melakukan semampu yang mungkin. Jika dengan izin Allah ia berhasil dan mampu mencukil bakat mereka, Alhamdulillah. Kami sekadar berusaha ke arah itu...

Atas dasar bakat dan potensi ini - saya sentiasa menyokong apa yang ingin dilakukannya. Saya percaya daya pemikiran yang kreatif anak-anak tidak hanya dibentuk melalui tunjuk ajar, tetapi disokong dengan pemakanan, emosi (Spiritual) dan izin ALLAH.

No comments:

Post a Comment

Chenal