Wednesday, December 29, 2010
PENCEN Oh PENCEN! Part 2
Ok.. Al-kesahnya, petugas2 nie di tempatkan di bilik khas bagi memastikan tumpuan sepenuhnya utk menyiapkan laporan yang diperlukan. Komputer...mesin cetak..makanan disediakan.
Bilik yang berhawa dingin...sangat2 la Dingin. Rumah mayat pun x sejuk cam bilik nie. Mak cik2, Datin2 asyik mengomel kesejukan. Ramai jugak sakit2 selepas berkurung dlm bilik operasi (Termasuk aku - tetiba sick leave hari ke-6 operasi).
Semangat petugas2 Ops PENCEN harus di puji...yang muda, yang tua, yang hampir2 nak tua pun ada - saling bekerjasama. Demi kakitangan opis...mereka sanggup OT. Tinggalkan suami, tinggalkan anak d rumah. Tinggalkan kain baju di dalam mesin basuh seminggu...tinggalkan stok maggie utk suami dan anak2 (harap2 x de la sampai cam tu ) untuk memastikan laporan tersebut siap dalam tempoh yang ditetapkan.
Ini la bilik mesyuarat yang dijadikan markas operasi kami.. tidak lagi wujud amalan 5S. hihi..
x dpt nk 5S dulu la...kena fokus dulu dgn tugasan nie.
Tuesday, December 14, 2010
PENCEN Oh PENCEN! Part 1
Bla semua kakitangan mendapat khabar gumbira..yg proses pencen diluluskan, bkn main suka lagi abang kakak, makcik pakcik kat opis aku nie! Keterujaan mereka dh x bleh nak ukur pakai pembaris kayu. Masing2 mula sibuk mengira pakai sempoa, kalkulator cap 'casio' brapa tuaian yang bakal d tuai kelak!
Tp yang best nya......(time kitaorang dikerah untuk menyediakan dokumen kenyataan perkhidmatan semua kakitangan yang layak mendapat pencen). Macam2 ado! Ermmm...aku nak mula dari part mana ekk?
Aku mula dr WANITA SUCI yang bersuara lantang ini. Aku kenali dgn Namo KAK MILAH Vavavrommm. Tiada dia sunyi la kami. Dia lah madu..dia juga la racun. Gaya ala2 mandor nak PENCEN! Tak percaya...cuba lihat gambar d bawah? Anda mungkin rasa ini bukan MAGIC....tp realitinya dia memang mandor PENCEN! hihihi.
Kak Milah sentiasa memastikan kerja petugas berjalan dengan lancar! sambil2 tu....makan dulu apa yang patut, agar tidak rasa lapar semasa menjalankan tugasan berat ini.
Kak Megawati mungkin bleh dianggap Ketua Darjah la. Pasal dia la yang bertanggungjawab memastikan loceng rehat bergema dlm bilik ini dan sentiasa menepati masanya. Duduk dekat dengan pintu...mmg layak la dia diangkat menjadi Ketua Darjah.
Wanita Anggun ini sentiasa mempunyai stok makanan! X percaya? Tgok apa yang ada atas meja kerjanya.
Wednesday, December 8, 2010
Sebeu Retreat Resort kembali lagi
Sunday, December 5, 2010
PASRAH
Saat-saat ku lalui
Meninggal kenangan yang penuh bererti
Mega-mega dan rembang
Sayup-sayup meninggal kan ku pergi
Takutkah aku menempuh
Hari-hari yang menanti
Bisakah aku mencipta
Kekuatan dalam perjuangan ini
Namun tak bisaku renung
Hakikat yang menanti
Aku pasrah kepada mu ya Rabbi
Terdaya kah aku, melayarkan diri
Dilautan yang tiada bertepi
Dilautan tiada bertepi
Lagu ini agak simple...tiada melankolik.
Antara lagu nasyid yang pernah mendapat sambutan d zmn pengajian aku d IPTA.
Korang ingat lagu Era Fazira je ada lagu PASRAH? Suara Firdaus pun ada lagu PASRAH.
Ni memang lagu nasyid lama...sekitar tahun 1994/95.
Friday, November 26, 2010
APC 2009
Monday, November 15, 2010
Satu Hari D Aidiladha...(Part 2)
Sunday, November 14, 2010
Satu Hari D Aidiladha...(Part 1)
Tahun 1999, aku beraya dengan 3 rakan serumah - Amir (Terengganu), Mokhtaruddin (Pahang) dan Roslan (Sabah). Biasanya memang aku dan Roslan je yang dok kat KL ni bla Raya Haji...tapi kali nie 2 rakan serumah x blik.
Pagi tu kitaorang x sempat pegi solat sunat Aidiladha pun..ni semua gara2 menunggu si Mokhtar! Dah tau nk solat sunat pagi2 raya Aidiladha, lagi mau 'make up' lama2 dlm bilik. Nak berjalan dr rumah sewa ke Masjid plakk...15 minit. Sampai2 je dekat gate Masjid UTMKL...TIBA2!!! jemaah masjid pun keluar. Alamak!! cam ne ni? Hish....x pernah dlm sejarah hidup aku lambat pi solat sunat Aidiladha!!! hihihi..
wooowooo..malu nie kalo org tau kita br nk sampai masjid! Dengan muko selamba, kepoyoan tahap gaban...kami buat pura2 br selesai solat...(masa tu..mmg malu giler! heheh)
"Ni ko punya pasal la Mokhtar! terhegeh2..." aku dan Amir membebel. Geram betol Amir masa tu..
X sempat solat sunat...aku, Amir dan Mokhtar bercadang membantu jemaah masjid melaksanakan ibadah korban..3/4 ekor korban lembu. Dah alang2 sampai kat Masjid baik kami tolong la jemaah masjid laksanakan ibadah korban. Balik umah sewa pun x buat apa2. Paling kurang pun membuta je la.
"Apa plak ko bawa nie Mokhtar?" tanya Amir.
"Tulang lembu dan daging..pakcik tu td kasi. Aku minta tulang je..Tulang ni bleh kita masak sup kat rumah nanti" Mokhtar tersengih2 membimbit beg plastik.
"Sapa nk masak?" tanya aku..
"Biar aku masak dengan korang..." nak cover salah pagi td la tu..
Sampai rumah sewa je, Mokhtar dh bsiap2 nk buat sup tulang. Amboii...mkn besar la kami mlm nie. Walaupun biasa makan nasi dgn kicap je! Ala..dok bujang bukan kesah pun nk makan apa. Adat la budak2 blajar...maner la de duit nk mkn mewah! Tak dapat mkn daging..sup tulang pun jadi la! hihihi.
Hari tu..waktu tengahari hujan lebat turun. Kalo hujan lebat cam nie 'sure' rumah sewa kami tu dinaiki air. "~minta2 la x de pa2 kat umah sewa tu~"
Bla aku sampai je jln susur masuk ke rumah aku....................
baru saja nk meredah banjir utk masuk ke rumah sewa, muncul Amir dan Mokhtar.
Tuesday, November 9, 2010
MuMia PuSaK (Kucing)
Friday, November 5, 2010
Deepavali tetap Kerjo!
Thursday, November 4, 2010
Aku x sindir!
Dulu pun aku penah beli buku tulisan beliau 'Motivasi Diri : Membina Imaginasi Cemerlang'. Tapi buku tu dah pun hilang...ntah sapa pinjam yang x reti2 nak pulangkan balik! pasal buku tu la aku jd minat dgn penulisan Dr. HM Tuah Iskandar.....
Bla dapat buku ni (dlm gambar tu)...aku beri la pinjam kat staf aku. Bukan la pasal nk tunjuk baikk! saja nk suruh staf baca. Dh bukunya pasal motivasi...maner la tau bermotivasi lepas baca.
So kasi la staf ni baca Bab 1 -
Perihal 1 : Jangan Terhenti Di Situ
Pernahkah anda melihat seseorang yang telah bekerja selama berpuluh2 tahun bukan semakin mahir dengan pekerjaannya tetapi semakin bodoh dan lembab? Pernahkah anda melihat orang yang melakukan satu pekerjaan yang sama bukan semakin pakar tetapi semakin keliru dan tidak tahu?
Jika anda bekerja di tempat-tempat yang telah berusia puluhan tahun, anada mungkin boleh bertemu dengan orang sebegini. Orang ini telah bekerja di situ sejak syarkiat itu dibuka lagi. Sejak itu dia telah bekerja dengan tekun dan gigih sekali. Seharusnya dia semakin efisien, pintar dan boleh dijadikan contoh, malangnya dia semakin ketinggalan, keliru dan produktifnya semakin menurun.
Dia bukan tidak rajin, tapi hasil kerjanya tida setimpal dengan usaha yang dia lakukan. Mengapa ini terjadi?
Tetiba staf aku tanya - "Ko berik buku ni, nak sindir aku ka?"
"La....orang suruh baca. X da niat nak sindir pun." mungkin dier terasa dgn petikan buku tersebut.
Itu la yang menariknya penulisan Dr. HM Tuah Iskandar. Inspirasi penulisannya terlalu dekat dgn pembaca. Pengalaman dan catatan mmg berlaku dalam realiti kehidupan kita..memang menarik!
Klik http://www.etuah.com/ untuk mendapat maklumat lanjut penulis ini.
Tuesday, October 19, 2010
QIT - mencari masalah pun satu masalah
Sunday, October 17, 2010
Keluarga Besar...pun pening!
Pasal tu ada anak sedara x kenal bapa/mak saudara, yang bapa/mak saudara x kenal anak saudara! Anak sedara nak panggil Wa, Anjang, Udak, Mok, Ngah, Usu...dah x reti nak susun cam ne. Bleh buat pening kepala...
Alhamdulillah...Allah s.w.t masih mempertemukan dan mempereratkan silaturahim keluarga ini. Dengan teknologi yang ada..nak berhubung dgn sedara, anak sedara..Facebook kan ada!
Wednesday, October 6, 2010
Suasana Rumah Terbuka DBKU
Kakitangan dan tetamu yang hadir memeriahkan suasana Rumah Terbuka DBKU.
Tetamu menjamu selera...Datang Rumah Terbuka perut kena kenyang..!!
Perasmian majlis Rumah Terbuka DBKU diadakan di Auditorium.
Suasana ruang lobi Bangunan Ibu Pejabat DBKU.
Landskap ruang lobi dihiasi dengan bunga..menambahkan keceriaan Rumah Terbuka DBKU.
Gerai Bahagian LES/ENF
Gerai Bahagian ADM/COP menghidang juadah soto
Gerai Bahagian BLG
Gerai Bahagian DGM/AMM
Gerai yang memenangi tempat pertama pertandingan gerai terbaik sempena Rumah Terbuka Aidilfitri DBKU.
Gerai Bahagian VAL/RTG
Gerai Bahagian HRM/PDB/CTS
Wednesday, September 29, 2010
Nang Upo ado Jerayo Juak Sio
Ceritanya...malam tu balik dr Stadium Negeri...tetiba tengok byk keta parking d tepi jalan berdekatan Jabatan Penerangan, Jalan Diplomatik. Mak aiii! ramainya...
so aku pun pegi la join jaga tepi kain org yg ada kat situ. Mana tau kot ada pertunjukan sarkas ka..hehe
Laaa...keta terjunam bawah gaung rupanya....! Ingat kan apa. Agaknya jln nie gelap sangat kot..x nmpak mana jalan..mana gaung!
Tetiba aku terdengar suara pompuan yg baru datang nk join sekaki .. "NANG UPO ADO JERAYO JUAK SIO" ..(Memang macam ada jalan jugak kat situ..)
Sah org nie org Samarahan...
Wednesday, September 1, 2010
Alahai Bazaar Ramadhan
Tak sah kehadiran bulan Ramadhan, tanpa kewujudan BAZAAR RAMADHAN. Kalo d Bandaraya Kuching ni...Bazaar Ramadhan Satok mmg terkenal dikalangan warga bandaraya. Mungkin bazaar Ramadhan Satok diwujudkan atas dasar tradisi dari dulu lagi kot! Walaupun keadaan semakin sesak, Bazaar Ramadhan Satok masih tetap menjadi pilihan warga bandaraya untuk datang membeli juadah berbuka. Sekarang ni pun, banyak bazaar Ramadhan dibeberapa lokasi lain telah dibuka untuk warga bandaraya membuat pilihan. 'Nak yang dekat...bleh je, nak menu yang best....ada je'. Aku pun bukannya suka sangat nak pegi ke bazaar Ramadhan nie...
menu kentang..kalo nak! Bleh la cuba. Kalo nk cuba..satu x cukup kot!
Nasi Lemak pun ada? ermm...rasanya nasi lemak bukan pilihan aku untuk berbuka. Kalo ABC special ok jgk!
Lauk pauk pun ada jugak...kalo nak melantak sakan, pilih la mana. Asal jangan manti melantak udah la..!
Bleh tahan sedap roti Alladin ni. haha..! RM3 dpt satu. Bleh la cuba. Tp memang sedap. Sempat jgk aku beli ari tu...
Agar2 jagung? tgok macam puding je..
nampak cam best je popia nie. Tp harga nya bleh tahan jugak! RM3 dapat satu. Berbaloi ka? baik buat sendiri...
Bubur Pedas...gluppp! Ni la menu paling best time berbuka. Pembuka selera waktu berbuka. Kalo kat kampung, sure makcik aku dah buatkan untuk aku!
Mee Kolok & Nasi Ayam...ni sure ramai yang nk beli. Ala..murah je - RM3 je! Jom datang ramai2 ke Bazaar Satok. (jd tukang promosi la plakk!)
02 September 2010 : Bazaar Ramadhan Semarak
Menu kat bazaar nie x de beza dengan menu seperti d Bazaar Ramadhan Satok.
Macam2 air ada..macam2 kaler ada! kreatif jugak orang2 kita berniaga.
Kebab Madu dengan semangat patriotik, sibuk menyiapkan stok untuk pelanggan yang akan datang.
Selesai tugas d Bazaar Semarak...terus drive pi Bazaar Ramadhan di Sukma Ria plak! Dari jauh..dh nampak banner...nak pulak time tu org baru blik keja. Confirm jalan jam!!!
03 September 2010 : Bazaar Ramadhan Bandar Baru Samariang