Monday, November 15, 2010

Satu Hari D Aidiladha...(Part 2)

Aku sambung ceritera Aidiladha aku d KL..

Banjir kali ini memang yang paling besar penah aku lalui selama kami menyewa di situ. Pagar rumah sewa kami 5 kaki turut ditenggelami air banjir. Kedudukan rumah sewa itu pun pada kedudukan tanah rendah. Asal hujan saja, air naik....asal air naik sahaja, pasti hujan~

Melihat keadaan banjir yang pertama kali melepasi dada...aku berkira2 nak meninjau keadaan dalam rumah sewa kami. Walaupun kedalaman air 5 kaki. Tak tau la macam mana keadaan rumah sewa kami bla air surut nanti!

"Eh..kau nak ke mana?" Amir memegang lengan aku, membuat aku berhenti melangkah meredah banjir tersebut...
"Air banjir tinggi Nal. Dah x bleh masuk dlm umah," tambah Mokhtar.
"X pe..aku bleh berenang," heheh dalam hati aku..nak main air jgk sebenarnya!

Dalam kejakunan aku main air, sambil tengok barang2 terapung dalam rumah sewa kami, aku terdengar suara org mintak tolong. ~ Tolong..tolong...tolong~
La....sapa plakk la mintak tolong nie? Ishh....buat suspen jee!

Rupanya ada org terperangkap dalam rumah di seberang jalan rumah sewa kami. Aku berenang ke arah suara. Pagar konkrit rumah milik Dr. Fuad yang disewa kepada 1 keluarga ni dah x nampak. So aku berenang je melepasi pagar rumah tu. Mudah jee!!

Muka pintu rumah....tengok 2 orang dewasa (sorang nenek, dan sorang pompuan sedang mengandung) dan 2 orang anak kecil yang sedang bergayut atas pagar (grill) rumah tersebut. Sian budak tu...dah biru bibir bebudak berdua nie.
"Adik..tolong kami adik. Kakak nie mengandung, perut dia dh kena langgar peti air terapung tadi ni. Tolong bawa kami keluar," bla tgok keadaan kakak tu yang sedang sarat, dengan bebudak yang dah menggigil kesejukan...aku kena bawa diorang nie kluar.

"Suami kakak nie tak ada ka?" sibuk jugak aku nk tanya laki org dalam kalut.
" Dia pegi tolong orang korban kat Masjid Keramat. Tak balik2 lagi.." jawab nenek tu. Mak kakak tu la agaknya. Tetiba plak kaki 'jam'. Hish...time2 nie la buat hal. Aku dh menggigil nie!

Kebetulan guni gula yang penuh dengan rumput yang kami potong semalam hanyut. Aku ambil 1 sebagai pelampung. Kena bawa budak nie pegi dulu...kalo aku nak bawa berenang 2 orang budak nie dlm kaki rasa nk kejang...mau tenggelam nanti! Aku suruh 2 orang anak kakak tu berpaut pada guni tersebut, so aku bawa ke tempat yang tinggi. Sejuk giler time tu...tuhan je tahu. Kalo aku balik selamatkan kakak yang mengandung tu lagi...larat ka?

Nasib baik la Roslan muncul...aku beri isyarat minta dia tolong 2 orang lagi terperangkap dlm rumah. Mujur la Roslan bleh berenang. Dh jd Rescue 911 plak aku ari tu...

Bila semua dh diselamatkan, nak kena cari tempat perlindungan utk mereka anak beranak! Aku kena bawa diorang ke Pejabat Pertahanan Awam kat Padang Tembak. So..kena cari transport plak! Mana nak cari transport nie..ada ka org nak tumpangkan mereka yg dh basah nie. Kami kena cuba la..kalo nasib baik, ada la...

Nasib kami baik...sebuah teksi kebetulan tersekat x bleh melalui jalan ke Kpg Keramat. Aku tahan teksi dan minta tolong hantar mereka sekeluarga ke Jabatan Pertahanan. Teksi tu terpaksa patah balik guna jalan utama dan bersetuju hantar mereka. Lega....! So aku mintak Roslan tengokkan kakak yang sarat mengandung dengan anak2 dia selamat sampai ke Jabatan Pertahanan Awam. Tak jauh punn!

Aku dengan nenek tu plak dengan berkaki ayam, meredah banjir berjalan kaki ke Masjid Keramat untuk cari suami kakak tu. Tak pernah aku berjalan kaki ke jalan utama ni berkaki ayam! Nak buat cam ne...dah terdesak. Nak malu apa! Kesian plakk dengan nenek tu, kena berjalan kaki dlm 2-3 km semata2 nak cari suami kakak tu! Aku kena kasi tau suami kakak tu..kat mana anak beranak tu ditempatkan. Takut dia cari anak bini tak ada, report polis plakk! kalo aku pegi sorang, bukan aku kenal pun muka suami kakak tu....!

Sampai je kat masjid...masjid dh lengang! tinggal beberapa orang AJK masjid saja yang tinggal. Nenek tu 2 kali tawaf masjid x jumpa suami kakak tu. Tahi2 lembu yang ada aku dh tak kesah dh. Dalam keadaan kecemasan cam ni, sapa nk cium!
Sah suami kakak tu dh balik! Adoiii! nak kena blik lagi la nie. Terpaksa aku tenangkan nenek tu! Muka nenek tu dah penat sangat.

Memang KORBAN sangat aku hari tu!

Aku minta nenek tu ke Jabatan Pertahanan Awam sahaja, kerana aku dh pesan kat bebudak yang ada kat tempat kejadian tadi, kalo suami kakak tu cari....bagi tau yang diorang kat JPA. Kesian nenek tu, dah la sejuk....penat berjalan lagi. Aku temankan nenek tu ke Jabatan Pertahanan Awam dengan berjalan kaki. Kaki aku bukan dh berkaki ayam je, dh jadi kaki itik..biawak....

Harap2 mereka skeluarga selamat!

Malam tu, kami berempat terpaksa merempat ke bilik persatuan! Rumah sewa x sempat nak bersihkan. Hari dah lewat....

Esoknya...nak tengok rumah kami. Teruk betul keadaan rumah kami masa tu ???



Pagar rumah Dr. Fuad, yang aku redah waktu banjir, rupa2nya dh runtuh! Rosak teruk!

Lantai dipenuhi selut lumpur! perabot bergelimpangan...
Buku-buku pengajian rosak, meja study rosak!
Keadaan bilik aku! Anak panah tu..aras air dalam rumah!

Anak panah menunjukkan aras air banjir sedalam 5 kaki.


Apa yang lucunya....SUP TULANG dr Chef Moktaruddin!~ Malangnya kami x sempat nk rasa..gara2 banjir. Mokhtar telah selamatkan SUP TULANG dengan meletakkan periuk sup atas almari dapur yang paling tinggi! hahaha..itu la benda yang Mokhtar selamatkan daripada bencana air banjir! SUP TULANG Nasib la SUP TULANG!! kempunan nak merasa sup si Mokhtar...

Setiap kali Aidilfitri...Amir pasti ingatkan aku pasal peristiwa ini!


No comments:

Post a Comment

Chenal