Monday, January 18, 2010

Taare Zammen Par

Jangan la terus menghukum jika anak anda lambat mengenal huruf dan lambat membaca. Kenali dahulu mereka...sebelum bertindak menghukum.

Filem 'Taare Zammen Par' - lakonan Amir Khan & Darsheel Safary sangat menyentuh hati.

Ishaan Awasthi (lakonan Darsheel) berusia 8 tahun, telah dihantar oleh keluarganya di sekolah asrama. Dia dianggap tidak berdisiplin, tidah bersungguh-sungguh dalam pelajaran. Berharap anaknya berubah....itulah jalan penyelesaian terbaik oleh ibu dan bapanya!


Namun hakikatnya, ibu bapa Ishaan tidak kenal anak sendiri. Tidak tahu permasalahan sebenar anak istimewa ini...menjadikan anak tersebut trauma berada dikalangan pelajar-pelajar sekolah berkenaan. Kehadiran guru pendidikan seni (lukisan) lakonan Amir Khan mengubah segala-galanya.


Berlatarbelakangkan dirinya juga adalah pengidap penyakit Autisme, Cikgu Nikumbh Sir telah membantu Ishaan untuk mencukil kebolehan atau potensi dalam diri insan autisme.


Anda perlu beri ruang untuk melihat keberkesanan cerita arahan Amir Khan ini..Mengupas keistimewaan setiap anak-anak yang dikurniakan kepada kita, dan memberi pengajaran untuk kita lebih peka kepada keperluan anak-anak.....

Ceritanya berjaya menyampaikan maksud penyakit Autisme kepada masyarakat...mereka bukannya bodoh, tetapi keupayaan mereka tidak sama seperti insan normal lain...

Sunday, January 3, 2010

Best nya bercuti d SBEU RETREAT RESORT, LUNDU

26 DEC 2009 - Percutian tahun 2009, aku memilih Lundu sebagai destinasi. Lama dah x bercuti bersama keluarga.
Emmmm... nak cerita apa ekk??

1st - bercerita pasal perjalanan ke Lundu. Uihhh jauh rasanya perjalanan ke Lundu. Lebih kurang 2 jam dengan kereta Kancil aku tu! Teragak2 jugak la nak ke pekan Lundu. Nasib baik la ada 'signboad' sebagai panduan. Anak isteri tertidur dalam perjalanan.. Sesekali meronda bersama keluarga keluar dr bandar Kuching..seronok jugak!

Sebelum sampai ke Pekan Lundu. Lebih kurang dalam 10 km lagi dr Pekan Lundu ...aku singgah la di deretan gerai menjual kuih-muih tradisional di Kampung Stunggang Melayu. Ada dalam 20 unit deretan gerai (agaknya laa..pasal aku x kira pun..he.he..) beroperasi di situ. Aku beli la sebungkus dua kerepek ubi kayu dan keropok ikan untuk bekalan semasa di Resort nanti. Bukan selalu dpt merasa kuih tradisional..memang sedap! Lebih2 lagi kerepek bandung tocang...uih..susah dapat!

Selesai membeli apa yang patut, aku meneruskan perjalanan ke lokasi percutian.. anak mata meliar mencari signboard. Fuhhh! nasib baik ada.. senang la operasi mencari tempat tu..

Terpandang 'Signboard' Retreat Resort Lundu', lega rasa. Ingatkan aku dah sesat.... Ya la, jauh memandu dari Pekan Lundu..x nampak satu bangunan pun. Kiri kanan jalan sejuah lebih kurang 6 - 7km cuma ada kampung, hutan, sawah padi dan dusun durian. Nasib baik la... jumpa!

Masuk je ke simpang sebelah kanan...adoi, kenapa jalan nya teruk sangat?! Berlubang2...macam jalan ke dusun durian. he..he..sori la.

Masuk sahaja ke pintu utama Retreat Resort, tersergam bangunan utama resort tersebut. 'Not Bad'. Nampak bersih, teratur dan ermm.... kita tengok dulu apa yang ada !!! Jom..!


Selesai daftar masuk....aku pandu masuk kereta di tempat letak kereta belakang bangunan utama. Ruang letak kereta cukup untuk tetamu di Resort ini..tengokk!!
Add ImageAdd Image

Begini la pelan lokasi Resort ini...

SBEU Retreat Resort ada 21 unit chalet. Bleh tahan! Harga pun bleh tahan jugak! Harga penginapan boleh tengok di laman sesawang nie : http://www.sbeu.org.my:8023/services/retreat/accommodation.html


Beginilah suasana chalet di SBEU Retreat Resort




No Chalet aku :-

Kemudahan bilik yang selesa untuk pengunjung.

Nie gambar2 resort tersebut :



Kat sini ada 2 kolam - kolam utama dan kolam untuk kanak2. Uihs..anak aku x nak lepaskan peluang untuk mandi kolam..walaupun x tau berenang! (bapa dier pandai daaa...) Kalau rasa x nak mandi pantai, atau air laut surut...berendam la selama mana pun di dalam kolam ni. X ada sapa yang nak marah.

Memang best dapat menghabiskan masa bersama keluarga bersantai di pantai.. dan permandangan yang cukup menarik.