Monday, December 26, 2011

Ahad + Hujan

Ahad - hujan terus membasah bumi dari awal pagi sehingga malam.
Hari ni aktiviti aku dengan famili...semestinya bermain diluar rumah meredah hujan lebat. Pakai sluar pendek, ..pastu belari2 meredah lopak air dan bermain ditepi parit yang dah dilimpahi air. huhu....
Buang tabiat ker aku nak pakai sluar pendek main hujan???!!...dah berumur cam nie mana la macho main hujan! Lagi2 la dh jadi bapak budak...hishhh tak sesuaii la weiii!

Hari ni nak pegi 2 majlis kenduri...
1. Majlis Persandingan Rohani Sharkawi (sepupu aku) d Kampung Pinang
2. Majlis Persandingan adik kepada kawan rapat aku...(Haji Mohd. Helmi) d Kampung Tanjung Parang.

Punyer la lebat hujan...tapi aku sempat jugak memenuhi undangan. Alhamdulillah...

Ahad nie...aku n famili, nak kuar jalan2 sampai malam jugak! x kira...pa pun berlaku. Tetap nak habiskan Ahad dengan Famili kuar jalan2.

Hari nie sempat singgah ziarah kawan rapat aku Atie d Kampung Tanjung Parang...
Anak2 dengan urusan mereka.....

Posing baik punyer..

Danish + Safrina
 Balik dari Kampung Tanjung Parang...singgah ke gerai d Kampung Melayu. Saja nak tengok2 sebenarnya...tapi x bleh tahan tengok buah rambutan dan sayur miedin. Beli je la. Bukannya mahal..

Dengan hujan lebat tu jugak...kami balik ke kampung skejap. Sampai je kampung aku tengok abang ipar aku masih gigih menyudahkan kerja pembinaan rumahnya d belakang umah aku. Hujan2 pun...projek rumah dia tetap jalan. Rajin derang nie.


Destinasi terakhir aku hari nie....singgah d D'Spring Mall. Ramai betul orang gi shopping. Tak ketinggalan yang saja2 nak cuci mata, dan tengok wayang. Aku skadar window shopping dan makan2 je..
Kiranya hari nie...perjalanan dari Kuching-Kota Samarahan-Kuching. Esok..x de majlis kenduri nak aku hadiri. Mungkin rehat d rumah je kot! Hujan masih turun...dah ramai kekawan buat laporan keadaan banjir di kampung masing2. Kampung korang banjir jughak ker?

Monday, December 12, 2011

Pagi Isnin - kecoh pasal RM500

Kesah pagi nie memang hangat. Bebudak opis aku ni sibuk bercerita pasal RM500. Tak tau plak kakitangan kat tempat lain! Mungkin ada yang sibuk cite pasal kenduri kawin ka...or masih cite pasal OMBAK RINDU...

Masuk je opis..tengah sedap menghirup Nescafe panas, datang sorang member kasi borang BR1M. Bukan main lagi semangat mempromosi wakili bagi pihak LHDN. Setiap kami dapat borang free. Nasib baik free...Siap suruh isi lagi...hahaha

Layak ka aku nak dapat RM500? Agak-agak la kan. Aku dengan wife aku dah sah-sah bekerja. Gaji kami berdua pun lebih dari RM3000. Kompom la kene reject! 


Korang tau la kan...Sabtu lepas, berita TV atau radio bukan main lagi cite pasal bantuan khas nie. Sampai penuh lokasi-lokasi tempat LHDN buka kaunter. Ada yang sampai berebut-rebut ambil borang. Kat Pulau Pinang plak ada kes jual borang sampei RM4 satu borang. Apa motif pun aku tak tau...! Malas nak buat spekulasi. Tapi memang tak patut la kan...orang tak mampu..kita dok sibuk plak nak cari untung. Kalo 100 x RM4 dah RM400. Kalo 1000 orang? Wowww! x payah mintak bantuan lagi..

Syaratnya mudah je :
1. Warganegara Malaysia. Sapa yang rasa diri tu pekerja asing...jangan la plak berangan nak minta borang wokeyy! Pekerja Nepal yang kerja kat supermarket GAINT tu jangan la sibok nak ambik cuti gara-gara nak isi borang bantuan jughak!  

2. Gaji isi rumah kurang RM3000. So, Sapa yang bergaji Rupiah 3000 pun memang x layak. Nilai duit saja dah tau...ko tu bukan orang Malaysia. Walaupun ko beriya-iya kata gaji ko lebih daripada layak...! 

Borang bleh dapat free je...korang yang baca nie sah la x layak kan. Gaji sure lebih daripada mampu. Tapi nak kasi kat sedara mara, jiran tetangga bleh la download kat bawah nie :

BR1M (muka 1)
BR1M (muka 2)

Atau korang bleh jugak download kat http://www. treasury.gov.my  hari nie.

(sebenarnya aku pun sibuk promosi kat sini...)

Wednesday, December 7, 2011

SARAWAKIANA THURSDAY #3 : Kontroversi dalam blog

OOOOHAAAAA...

Gik ingat kitak urang dengan si Schaza Zedane? Entri aku pasal ISU SCHAZA ZEDANE : padah seorang blogger! dan Sekadar komen penah cito pasal nyo. Panas seranto Serawak oleh blogger sorang tuk! Bukan jak UNIMAS...stesen Redio Catsfm pun panas samo! Sampe Kak Lehot ngerco dalam redio pagi2....Cobo kitak urang nengar kengercoan Kak Lehot di situk..


Senyum sorang juak nengar krepak Kak Lehot pagi2 ari d Catsfm (Nang Antap). "Muko ko kacakkkk...mun ku nereka junggo nya ko..ku polah masak kicap tauk kohh!". Layan...

Kontroversi yang dipolah tanpa sengaja atau disengaja...banyak berlaku dalam dunio kito berblog tuk. Ndak juak aku mok jadi Raja Petra..sampe kenak tahan gara2 blog juak! Yo nang blogger brani mati mencipta kontroversi dirik empun. 
Cukup jak la blog buruk yang ndak brapo cukup sifat tuk....pakei nyenang ati dirik empun. Maco ka..sik maco ka urang ngan blog tuk..REDHO jak la. 
Tapi bertuah juak la....ado blogger2 yang slalu singgah komen..share info. Mak kasehh banyakk ngan kitak urang. Komen2 dak tuk la nyuruh aku raso blog tuk wujud d dunio tuk! 

Wordless Wednesday #6

Bahana kalo main bowling pakai cincin..

Tuesday, December 6, 2011

Kalo la dunia x de INTERNET..

Dah sah la..kalau tak de internet nie blog aku ni tak kan wujud. Tak de la jari-jari aku nie melentik baik punyer tekan huruf-huruf dan nombor atas papan yang namo nya 'keyboard'. Maksudnya.....x de la kita nie baca blog aku sekarang nie! Adoii...x leh bayangkan la bila tetiba x de INTERNET!
Dunia skarang nie...terdorong untuk menggunakan internet sebagai media yang sangat mempengaruhi cara hidup manusia. Termasuk aku....!

Monday, December 5, 2011

AHAD : Menggunakan masa yang berkualiti bersama keluarga

Ahad - hari untuk rehat. Memang rasa nak rileks. Tak nak fikir pasal kerja, pasal masalah orang lain (kecuali masalah sendiri dan famili) dan kalo boleh tiap2 ahad ada orang urutkan badan yang penat nie.
Ahad - masa untuk bersama famili..Duduk borak dengan famili, main kejar-kejar dengan anak dan isteri, rancang untuk tambah famili (ni untuk yang dah ada hubungan yang halal sahaja), masak - makan sama-sama. 
Ahad - hari untuk hobi..tengok wayang atau TV, jalan-jalan cari makan, tengok orang lalu lalang kat shoping mall, baca majalah, layan anak2 sedara..dan update blog..
Ahad - Untuk memenuhi jemputan kenduri kahwin..Memenuhi jemputan kenduri kahwin nie. Sana - sini - sinun dah tentu la banyak menu-menu best! x payah masak untuk lunch laghii. Sian wife asyik masak je..
Ahad - masa untuk bersuka ria...itu sudah pasti!!! x nak la dengar orang marah-marah. 
Ahad - pegi pasar Tamu Satok...cari kuih muih untuk breakfast, ikan, sotong, sayur, biskut, surat khabar ..apa2 la yang best!

Tapi kalo setiap ahad buat benda yang sama pun...boring jghak kan??! Adakah Ahad korang happening??

Friday, December 2, 2011

MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY


Syarat syarat untuk menyertai Giveaway (GA) ini ialah:
1. Buat satu entry bertajuk MAK DARA FABULOUS GIVEAWAY  dan masukkan banner di atas ke dalam entry tersebut. 
2.Follow Blog Bicara Mak Dara
3. BERIKAN "SATU" TAJUK FILEM
4. Setelah Siap , Tinggalkan URL Entry Anda Itu Di Ruangan Komen Di Bawah Entry Ini. 
Jarang join GA orang nie sebenarnya....
Kira nak cuba nasib dengan Mak Dara la kot...kalo ada rejeki, Insya Allah.

Tajuk Filem
Cinta Trigonometri

Tema Citer 
Romantik cinta 

Zaman skolah2 dulu pening kepalo nak buat trigonometri nie. Ramai yang tak minat subjek maths zaman aku skolah2 dulu. Pasal tu aku masuk kelas sastera..hehehe.

Sapo2 yang nak cuba...bleh la buat entry mengikut syarat-syarat kat atas tu. Silakan...