Friday, August 15, 2014

Raya bagi kami tahun ini...

Masih Syawal lagi nie kann.....
Aku nak story sket warna warni raya kami tahun nie. Macam biasa la bila menjelang hari raya ni macam-macam kesah menarik.
 
 2014 adalah tahun ke-2 kami beraya di rumah baru ni. Persiapan ala kadar je pun. Time raya nie la nak berjumpa sanak saudara dan rakan-rakan yang lama tak jumpa. Raya ke-4 hari tu...kami buat 'open house' raya. Masa ini la nak bercerita panjang....gosip2 meriah ala-ala melodi pun bleh je, jangan sampai mengumpat sudahh! Tak menang tangan - walaupun kami adik beradik berkongsi masak buat 'open house' kali nie.. Janji tetamu puas hati dapat menjamu selera.


 Seronok dapat jumpa saudara mara - kerana time raya begini la masa yang paling sesuai berkumpul dan menjalinkan ukhwah. Nak jumpa time hari biasa mungkin masing-masing sibuk hal sendiri.

Alhamdulillah...hikmah raya ni merapatkan lagi hubungan dan ukhwah silaturahim. Mana yang jauh datang dan kenal lebih dekat, mana yang dekat kita erat-eratkan.

 Anak dan anak-anak saudara pun apa kurangnya. Raya cam nie la masa nak kumpul duit raya. Bagi mereka raya la masanya nak kumpul dana untuk shopping! Dengan baju baru...beg sandang untuk simpan duit raya....memang bersiap nak terjah rumah-rumah yang nak kasi duit raya. Siap dah tau...rumah mana nak dapat duit raya banyak dan sikit.

Lain kesah nya dengan anak-anak saudara yang dah masuk remaja.... masa untuk mereka ber'selfie' dan gambar famili. Raya mungkin dah tak semeriah zaman kanak-kanak mereka dulu-dulu. Kali nie...duit raya mereka tak dapat pun...(ala kechian), tapi tetap berharap akan dapat. 

Nie kerja nak kenakan orang....panggilan hangit!

No comments:

Post a Comment

Chenal