Sunday, February 20, 2011

Jelajah Xplore Masjid - cara hilangkan stresssssss!

Sabtu lepas aku dan sekutu2 aku join aktiviti Xplore Masjid 2011 d Kota Samarahan!
Join pun sekadar untuk melepaskan tensen hujung minggu. Lama dah x join program cam nie. Best pe cari klu / jawapan soklan yang diberikan. Mencabar jugak tu! Kena faham soklan, dan bijak memastikan dimana kedudukan jawapan berdasarkan klu tersebut. Tapi partner kena yang bijak jugak la. Jangan terkial2 kita cari jawapan, partner just duduk kira tiang masjid..nak buat pe! Buang masa je. Nasib baik la sekutu2 aku nie dh biasa join program camni. Senang sket kerja aku!

Seawal 7 pagi aku dan sekutu2 aku (Rukiaw dan Abg Zul) dah menapak kat Masjid Sindang Baru. Cuaca pagi ...hujan lebat! Hujan rahmat....


Majlis Perasmian telah disempurnakan olah YB Tuan Haji Abdul Karim Rahman Hamzah (ADUN N14. ASAJAYA). Biasa la. YB biasanya bukan nak datang awal....! X penah lagi aku datang majlis yanga da YB datang awal ikut jadual. Biasa datang lewat 15 minit (tu yang paling cepat la). Biasanya laaa......


Penyertaan x ramai pun...cuma ada 17 kumpulan je. Maksudnya ada 17 kereta akan bertarung menjelajah ke 9 buah masjid sekitar Kota Samarahan. Bukan selalu majlis macam nie dibuat d Kota Samarahan. Sekali sekala join...teruja jugak la. Dulu masuk Xplore Masjid kawasan Kuching...sampai sesat jalan, gara-gara cari lokasi masjid. Tu cerita dulu-dulu...

Peserta Xplore Masjid 2011

Masjid Kampung Sindang Baru, Kota Samarahan

Antara lokasi2 lain yang menjadi destinasi Xplore Masjid 2011 anjuran Jabatan Agama Islam Sarawak :

1. Masjid Kampung Tanjung Bundong, Kota Samarahan
2. Masjid Kampung Muara Tuang, Kota Samarahan
3. Masjid Taman Desa Ilmu, Kota Samarahan
4. Majid Kampung Empila, Kota Samarahan


5. Masjid Kampung Endap, Kota Samarahan

6. Masjid Kampung Meranek, Kota Samarahan
7. Masjid Kampung Baru, Kota Samarahan
8. Masjid Al Muttaqim, Masjid Daerah Samarahan

Dapat ke tidak, betul ke salah jawapan kami tu tak jadi hal. Apa yang penting, enjoy dengan aktiviti cam ni. Memang mencabar!

Penah kali ke-2 join Xplore Masjid (Kuching) kereta aku buat hal. Terpaksa tukar kereta lain. Dah la kereta tukar, handphone plak tercicir kat masjid. Nasib baik dapat balik. Kalo orang lain jumpa handphone tu, sure 'dah arwah'. Memang malang la....

Bla semua dah selesai - majlis penutup dan penyampaian hadiah diadakan d masjid Al-Muttaqin. Kami hanya dapat no.5 je. Alhamdulillah la. Dapat la saguhati RM100. Cukup la bahagi 3 orang. Duit minyak pun lepas. Apa yang penting..perjalanan yang best, dapat erat persahabatan, dapat jumpa org kampung dan peserta2 lain, dan dapat info masjid2 d lokasi Xplore masjid.

Hilang Stressssssss

1 comment:

  1. Best juak ada aktiviti kedak tok... Sidak ada polah gik ka untuk area kuching kelak?

    ReplyDelete

Chenal