Thursday, February 24, 2011
"Itu tanggungjawab ibu.."
'N' mendakwa dia menjadi mangsa keadaan. Bapanya telah meninggal dunia. Rumah pusaka atas nama bapanya telah dipindahmilik atas namanya dan datuknya (juga sudah meninggal dunia). Menurut dia...semasa hayat arwah Datuknya - memberitahu 'N' perlu meletakkan nama dia bagi mengelak daripada maknya mengadaikan tanah tersebut kepada orang lain. Ibunya pula telah berkahwin lain dan tinggal dirumah tersebut bersama bapa tiri nya sehingga berpindah ke rumah baru. Semenjak bapanya meninggal dunia, rumah tersebut diabaikan. Cukai pintu tidak dijelaskan..Rumah menjadi usang selepas ibunya mengikut suami berpindah ke ruamh baru. Akhirnya 'N' dibebani dengan hutang cukai pintu yang tertunggak dan telah dikenakan tindakan mahkamah, kerana tanah tersebut pemilikannya.
'N' tidak mahu menjelaskan cukai pintu yang tertunggak untuk tempoh ibunya mendiami rumah tersebut. Ibunya telah mengabaikannya dan dia ditinggalkan dirumah datuknya. Dia tidak mahu bertanggungjawab ke atas hutang yang ditinggalkan atau dibebankan ke atasnya. "Itu tanggungjawab ibu"-katanya..Menurutnya, ibunya tidak mahu lagi ada kaitan dengan hal yang berkaitan dengan rumah tersebut. Jadi salah siapa?
Aku cuma menjalankan tugas. Urusan pertelingkahan keluarga bukan sekali dua aku terima d pejabat nie. Apa yang berlaku antara keluarga, perlu diselesaikan dengan berhemah. Mengadu kat aku pun, apa yang aku bleh buat?
Tapi perlu beringat la... bila isu tanah pusaka, harta - orang kita nie memang sensitif. Tak kira la ibu anak, suami isteri, adik beradik...jika tak kena caranya dan kurang pendidikan agamanya, institusi kekeluargaan bleh jadi hancur! Macam 'N' tadi la...sampai x bertegur, dan tidak berjumpa dengan ibunya selepas ibunya berkahwin lagi dan berpindah dari kampung tersebut. Nauzubillah...jangan la ia berlaku pada keluarga kita.
Pengajaran cam nie la perlu diberi perhatian. Si ibu/bapa pun, jangan la abaikan anak2. Anak2 akan menanggung akibat daripada sikap ego ibu bapa.
Pilihanraya DUN Sarawak semakin hampir.....
Sekarang nie dok sibuk SPR dengan aktiviti lawatan ke tapak dan mesyuarat untuk persiapan pilihanraya pada bila2 masa saja.
Kemungkinan taklimat untuk Ketua Tempat Mengundi dalam bulan Mac. Sama ada pilihanraya pada April atau Mei 2011, itu terletak pada keputusan SPR. Atau CM..tu aku x brani nak cakap panjang lebar.
Tapi yang menarik perhatian aku sekarang nie..petugas2 pilihanraya dah sibuk dengan team masing2 untuk bertugas di tempat / pusat pembuangan undi itu nanti. Ada yang berebut2 untuk mendapatkan khidmat rakan2 bagi melancarkan operasi pembuangan dan pengiraan undi nanti. Aku pun masih belum cukup orang lagi nie...Nak kena cari jugak la.
Dah la aku kena jaga saluran 1. Sure kena jaga 3 lagi saluran lain, dan tapak pengundian jadi tanggungjawab aku. Huh! kena jadi KTM saluran warga emas la jawabnya! Lecehnyaaa........
Wednesday, February 23, 2011
Sonyeng Maen Tenteng
Sunday, February 20, 2011
Jelajah Xplore Masjid - cara hilangkan stresssssss!
Friday, February 18, 2011
Cokelat vs Chenal

ni la muka depan majalah skolah zaman Mizz Coki n aku!
Thursday, February 17, 2011
Aku n Blog!
Aku tengok blog org lain byk betul follower! Yang aku punya (blog) x sampai pun 20. Kesiannnnya! Nampak sangat x glemer! heheh
X pe la. Cukup la tu..mana yg sudi baca, baca la. Mana yang rasa nampak entri aku 'jakun' sangat, x pe. Nanti2 bleh la improve mana yang patut! X ramai follower pun x pe. Asal x d 'GAM' dr membuat 'entri' dalam blog ni cukup la. Masih bebas menekan butang keyboard kat opis or kat ghumah.
Aku tgok 'fenomena' blog Ben Ashaari menjadi2 skrg nie. Dia Popular, Dia Gah dengan class tersendiri!
Jauh kalo nak dibandingkan dengan blog aku. Ramai yg sibuk meletak url ke dlm blog Ben untuk promo blog dan cari kenalan. Meriah sungguhhhhh!Aku nak letak url dlm blog Ben pun fikir 2,3 kali.
Tuesday, February 15, 2011
Kesah Malang si Suami part 2...x ada duit!
Sunday, February 13, 2011
Makan Besar...cukup besarrr (TopSpot)

Kalo time gaji tu..bleh la cuba sekali dua kala. Mahal jugak la...biasa la makan 'see food' hahahaha












Friday, February 11, 2011
Motosikal aku hilang whaaaaaaaaa!~
Motosikal Yamaha Lagenda QAS 2057 kaler merah...hilang d Pustaka Negeri Sarawak. Memang malang btul nasib aku ari tu. Ingatkan x de la kes hilang kat Pustaka Negeri...pasal pak guard ada duduk mengawal kat tempat parking motosikal tu...tup..tup hilang jugak! hampeh tul..
Aku sampei ja..tgok motosikal dh x de! aku tanya pak guard tu..cam blur je! Ada motosikal jenis yang sama parking kat situ..cuma design je lain. Mulanya aku ingat motosikal aku.."aik...bla masa plak aku tukar design moto aku? Bakul pun lain..rim pun lain? huhh??" jd bodoh skejep aku kat parking tu!
Terpaksa la aku menyusahkan wife aku dtg ambik! Terus pi report polis - Balai Polis Gita. Aduan dibuat...hampir sejam dengan Lans Koperal Mika.
Time aku buat laporan tu..ada sorang lagi pompuan mengadu. Rasanya kes dera oleh suami or boyfriend kot! mata dh lebam sebelah kanan. Huh...sian aku tengok!
Nak fikir banyak pasal motosikal hilang pun x guna. Dah bukan rejeki aku...br setahun motosikal tu. Dah..hilang. Redha je la.. Mungkin ada hikmah di sebalik kejadian ni.
P/s - C/Inspektor Fauzan bagitau aku...ari tu ada 3 kes hilang motosikal. Kalo nak curi..motosikal yang kena tambat dengan rantai besar lengan pun bleh hilang. Dah itu la Qada Qadar ketentuan-Nya.
TQ - C/Inspektor Fauzan dan anak2 buah Balai Polis Gita, kerana kerjasama yang diberikan.
Chenal
Tuesday, February 8, 2011
Enchuwei bukan bahaso Jerman!!
"Apo nak Enchuwei kat kocek sluar kawu yo?"
So, skrang dh ada 270 daftar kata Bahasa Melayu Sarawak (Samarahan) yang aku telah register dalam blog nie setakat 7/2/2011. Kekadang susah jugak nak cari maksud paling tepat untuk Bahasa Melayu Sarawak. Blom lagi aku masuk ke Kampung2 yang memang pupolar dengan bahasa melayu Sarawak yang unik.
Monday, February 7, 2011
GEGAR 1,000 BLOG OLEH BEN ASHAARI

Dunia blog - dunia baru yang aku minat! Aku mmg suka menulis (walaupun menulis bukan kepakaran aku. ayat pun tunggang langgang) dan memang suka membaca blog (walaupun kekadang tertido depan laptop dengan denguran sayup2 kedengaran). Enjoy la kekadang.dengan dunia blog nie. Nie blog kita..suka hati kita la nak luahkan apa. Suka ke tak suka tu lain cerita la. Janji ada....
"Tak ada blog pun bukannya mati pun". Tapi bla ada blog nie...upgrade la sket dunia IT nie. Alhamdulillah....
Untuk Ben Ashaari nak gegar 1,000 Blog...harap2 suksess la!
Belek2 Surat Khabar Pagi Isnin
'In tray' banyak fail menunggu untuk d 'kerja' kan. Jap lagi aku buat la.
Sebelum tu aku nak baca surat khabar dulu la. Biasa la..kalo bos tak de, surat khabar aku dapat dulu. Cari mana artikel yang patut untuk rujukan. Buat 'cutting paper' pasal org kena bankrap - lelong - saman.
Belek2 surat khabar, ada saja gambar muka isteri baru CM. Bukan main lagi CM dengan wife baru dia. Riang gumbira. Lensa kamera wartawan asyik fokus kat dier je...cukup2 la tu.



Sunday, February 6, 2011
Khurafat...ada bau x sedap
Aku baru je balik dari tgok wayang cite tu. Not Bad! ada banyak benda menarik tentang movie ni. Biasanya aku x penah takut pun tgok cite hantu made in MALAYSIA. Tapi movie nie..sesekali aku terkejut sama! Bukan pasal takut..tp unsur suspen nya nampak berkesan utk aku terkejut beruk!

Sedang sedap aku menghayati babak2 menarik cite KHURAFAT ....tetiba terdengar bunyi suara budak kecik. "Halooo...knapa bawa budak kecik tgok cite cam nie??" x paham betul aku dgn mak bapak yang x sensitif pasal benda nie.. Budak bawah umo 1 tahun pulak tu! Pihak pengurusan cineplex pun satu. Knapa lepaskan bebudak bawah umo 18 tahun masuk! dh jelas2 movie nie utk 18 tahun ke atas...Tak PAHAM-Tak PAHAM!
Yang bestnya..efek audio memang bagus giler! tapi lagi hebat pasal cite nie... ada jugak efek bau! Ghau-ghau baunya! Hushhh...kalo iye pun nak melepas..jangan la dalam panggung wayang. X paham aku! Memang x sedap sungguh bau...
P/S : kalo nak tgok wayang cite hantu....jangan KENTUT di dalam panggung!