Wednesday, November 23, 2011

Ratu "Don't Waste My Time"

Korang ingat tak post aku pasal : Nak cakap pun..tak guna (Miss Borneo 2011)

Hari ni aku baru perasan pada gambar yang aku 'copy n paste' dari Berita Harian Online hari tu.
Salah sorang kononnya Ratu tu..pakai baju - "Don't Waste My Time"
Korang perasan tak?? Kalo tak perasan cuba korang tengok dalam Entri Blog Serius ni.

Apa motif pompuan ni (yang kononnya ratu ) pakai baju tu semasa sesi kaunseling??
Pompuan tu macam sengaja pakai baju tu kan??
Pakai baju sendat yang ntah apa2 - kononnya untuk menunjukkan kepada JAIS bahawa mengadakan sesi kaunseling sebagai benda yang sia-sia untuk dia. Betul tak?

Aku tak pasti sama ada Yang DiPertua MIS, Pengarah JAIS, Mufti Sarawak dan pegawai penguatkuasa undang-undang Syariah JAIS perasan atau tidak.

Cantik sangat ker mereka nie?

Pernah anak sedara aku citer..time aku balik kampung. Dia rasa macam nak muntah bla tengok mereka nie (Ratu2 Borneo nie esp. yang muslim) bergambar seksi yang melampau di satu event nie. "Dah macam apa ntahhh eiiii rasa nak muntah "- katanya...
Aku tak tau plakkk cam ne diorang nie. Pasal memang x penah tengok live pun. Tapi tu la komen anak sedara aku ari tu...

Baca komen dalam Blog Serius  memang sakit jiwa tul.. ada yang komen F@#%@^&@ je. Suka suki memperlekehkan agama...dahsyat tul!

Apa yang paling mengejutkan ialah satu komen dalam blog aku nie:

Anonymous said...

hoi sikda topic best gik ka pake post. antap abis idea desperate? writter block? lol. sik payahlah nak judge orang. cermin muka sendiri dolok hati ya lom cukup bagus nak melayakkan masuk ke syurga. biar orang buat apa diorg suka. stop judging and pls repair yourself first. bercakap buruk pasal orang pun satu dosa. kau pandang orang pakai sexy pun kau berdosa esp bila kau attached gambar sexy gitok and post ke public.sharing dosa jugak. sama sama berdosa la maksudnya. tahniah

November 22, 2011 4:26 PM 
Aku pasti 'Anonymous' adalah salah seorang 'Ratu' tersebut. Dier terasa hati dengan entri tu?? Penuh emosi meluahkan komen dalam blog buruk aku nie.

 Anonymous mungkin ratu yang pandai...tapi x cukup bijak! Buat lah apa yang anda ingin buat 'Anonymous'. Ya..betul. So?? Silakan...sapa melarang?? X de sapa pun cakap korang 'ratu' uang beragama  Islam masuk ratu tu masuk neraka...Ada ka?
Menuding jari kat aku pasal penulisan ratu kena kaunseling pun salah kerr?


Tuesday, November 22, 2011

Sarawakiana Thursday

Mulai hari ni....Entri Hari KHAMIS aku adalah Entri 'Bahasa MELAYU SARAWAK'

Macam orang yang wujudkan 'Wordless Wednesday'...cam tu jugak la dengan aku. Sarawakiana Thursday..wokey ker??? Lantak la kan. Apa pun namanya....aku nak jugak memulakan entri Khamis hari untuk entri berBahasa Sarawak....

X Kesah la kalo si AmirFX ingat bahasa Sarawak aku agak kelucahan ala Kak Lehot or Cam Kak Peah ka, X pa. Janji masih ada yang paham entri yang aku buat.
Janji aku masih mampu nak buat entri sesuka sukihati aku.

Bola punyer pasal (Malaysia vs Indonesia)

Semalam kan baru je meraikan kejayaan team bola sepak Malaysia menang Emas Sukan Sea 2011. Keterujaan yang amat sangat rakyat Malaysia...dari sepakan kemenangan sampai la masa aku membuat tampalan nie..masih hangat berbicara pasal BOLA dalam fb masing2. Macam2 post kat wall fb yang menyatakan rasa kegembiraan sebagai rakyat Malaysia.
Ada jugak sengaja buat post menyampah kat Indonesia. Bola Punyer Pasal!

Time nie la ado ya sakit tekak...ada yang berjaga sampai pagi...ada jugak yang minta MC....ada yang buat cuti sendiri...ada yang tetiba rajin bawa mmber blanja makan...yang paling x best, yang menang pertaruhan tersenyum lebar...dan mana yang kalah wang pertaruhan masih masam mencuka, walaupun Malaysia dah menang. Kerana Bola punyer pasal laaa....

Semalam aku kat airport...
Airport tak sibuk macam biasa...tetiba dengar orang bersorak girangg "GOLLLLLLLL"
aku apa lagi...berlari2 cari TV. Rupanya Malaysia menyamakan kedudukan 1-1.
Balik rumah masih sempat lagi tengok 2nd half. Memang gila babas xcited nak tengok permainan bola sampai anak minta susu pun x layan...hehehe. Bola punyer pasal..



Semuanya telah tersurat - Malaysia mempertahankan Emas Bolasepak Sukan Sea 2011. Dan Kita Rakyat Malaysia..turut bangga dengan pencapaian ini.

Hujan d satu dua tempat dan hujan dibeberapa tempat

Jumaat lepas..member opis aku tanya. Apa beza 'Hujan di satu dua tempat dengan Hujan dibeberapa tempat?".
Biasa dengar ayat cam tu kat dalam radio, tv atau pun surat khabar. Fikir panjang jugak aku dek soklan standard Darjah 3 nie. Serius aku pun tak tau apa logiknya kedua-dua ayat nie..

Hujan di satu dua tempat - macam hujan tompok2 la kot!!! Sana hujan sket. situ hujan sket..sinun hujan sket. Satu dua tempat tu...memang x banyak. Satu ka, dua ka tempat hujan tu?? mungkin 3 tempat jer..Aku pun x tau.

Hujan dibeberapa tempat - hujan di banyak kawasan kott!!! Aku rasa la..
Brapa banyak tempat yang hujan, tidak la berapa pasti. Dah namanya ramalan....dah bila beberapa tu, aku agak banyak la dari satu atau dua..hehehe

Gitu la logik aku kelentong mmber opis aku hari tu. SPM dulu dapat A1 pun...terkulat2 nak jawab soklan mudah cam nie. Korang rasa apa jawapan tepat untuk soklan cam nie?

Monday, November 21, 2011

Nak cakap pun...tak guna (Miss Borneo 2011)


Peserta Miss Borneo beragama Islam

 Petikan Akhbar Nasional : Berita Harian


KUCHING 19 Nov. – Walaupun sudah diberi kaunseling oleh pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam, lima peserta Miss Borneo 2011 yang beragama Islam tetap meneruskan penyertaan dalam pertandingan ratu cantik itu di sini, malam tadi.

Kesemua mereka memakai pakaian berwarna-warni dan menjolok mata yang mendedahkan paha dan pangkal dada pada majlis pembukaan pertandingan itu.

Gadis terlibat ialah Melatie Mellisa, 22; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23; Roszainah Suhaili, 21, dan Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21.

Natasha Nur Amarina memenangi tempat keempat dalam pertandingan berkenaan yang membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Adira pula memenangi tempat kelima dengan hadiah RM500 manakala Sharifah Nadzirah pula dinobatkan sebagai Ratu Cantik Personaliti yang membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Gadis itu turut memenangi anugerah Ratu Cantik Popular sekali gus membolehkannya menerima Samsung galaxy Tab 10.1 yang ditaja oleh Celcom.

Mereka yang berpakaian menjolok mata dalam gambar promosi acara itu yang disiarkan sebuah akhbar tempatan sejak seminggu lalu menimbulkan perasaan kurang senang umat Islam di negeri ini.

Kesemua gadis itu diberi peluang untuk membuat penjelasan terhadap penglibatan masing-masing dalam pertandingan tersebut sebelum diberi kaunseling oleh pegawai JAIS, pagi semalam.

Pengarah JAIS, Abang Shamsuddim Abang Seruji ketika diminta mengulas penyertaan lima gadis itu kecewa kerana mereka yang diberi kaunseling selama sejam pagi semalam tetap meneruskan saingan pada pertandingan itu.

Kata beliau, pihaknya berharap menerusi kaunseling itu akan ada sekurang-kurangnya seorang daripada lima peserta terbabit menarik diri, namun perkara itu tidak berlaku.

“Kami kecewa apabila mendapati lima peserta Islam itu masih menyertai pertandingan ratu cantik itu meskipun sudah diberi nasihat untuk mereka menarik diri. Bagaimanapun, JAIS akan sentiasa melakukan pemantauan terhadap pertandingan-pertandingan seumpama ini pada masa akan datang,” ujarnya.


Hanya diberi kaunseling?? Kenapa tidak dibatalkan penyertaan?

5 peserta Miss Borneo 2011 yang beragama Islam :


1. Melatie Mellisa, 22

2. Adira Kamil, 23

3. Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23

4. Roszainah Suhaili, 21

5. Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie


Nak ulas panjang pun...takut2 plakkk yang aku komen ni kena kat sedara mara sendiri. Mana tau - ada sedara kita yang masuk pertandingan tu yang kita sendiri x kenal pun! Tapi aku pun x paham kenapa la derang nie terhegeh2 seksi bagai nak tersembul keluar...isi dalam badan. Buang nangka pun ....bleh balut kemas baik punyeerrr. Botol Kicap pun...nak kena pakai tudung cantikkk. Oppsss....terlebih daa!

Sendiri Fikir lah!!

Orang kita memang suka mengomen pasal orang lain yang tidak ada kena mengena pun. Cuba kalo sedara dia sendiri yang buat?? Dia pura2 tak perasann la tuu....
Nyamuk d seberang dia leh nampakk....tapi gajah sebelah pun x perasan!
Agaknya sedap kot mengata orang nie. Yekkkk????

Thursday, November 17, 2011

Kalo la aku sepintar dia...

Sabtu lepas aku ngan famili kluar jejalan. Boring dok umah. Plan nya nak balik kampung skejap. jenguk abang kakak d kampung d Kota Samarahan. So selepas balik kampung ..kami singgah d D Spring. Saja la nak window shopping. Time2 tengah bulan cam ne..x cukup bajet nak belanja sakan! Stakat belanja suam2 kuku tu wokey lagi la.

Ronda2 dalam D Spring kami anak beranak singgah MPH bookstore..!
Aku ngan famili memang minat buku...tapi nak baca tu jarang la sangat!! Kekadang buku yang d beli x abis baca pun. Slalu cam tu la. Tapi novel...sori la. Aku dah x de masa nak baca novel. Mungkin dah x jiwang kott! Dalam banyak2 buku tu...aku dapat 1 buku nie. Memang menarik buku niee. Buku "SENI MATEMATIK - Adiutra".

Belek punya belek...aku kagum btul la dengan budak nie. Cipta formula matematik dalam usia sebegitu muda...memang dikira HEBAT dan LUAR BIASA!!! Aku yang bengap pasal matematik nie memang gila babas terujaaa. So aku capai satu. Harga buku - RM40.00.

Kuit muka hadapan buku "Seni Matematik - Adi Putra"

Alaaa...aku beli ni pun bukan nak belajar matematik balik. Tapi aku nak belajar untuk ajar anak aku daaa. 

Biodata Adi Putra 

Pengisian dalam buku Seni Matematik Adi Putra

Dalam buku nie ada 12 bab iaitu :
1. Mengenal dan menguasai angka
2. Kaedah TuN
3. Formula Bukit
4. Formula Gunung (tinggi lagiii la kottt hehehe)
5. Formula Pelangi
6. Formula Cekerawala
7. Formula Sungai
8. Formula Al-Khawarizmi
9. Formula Kuasa Zig Zag
10. Formula nombor 5
11. Formula nombor 9
12. Formula nombor 0.

Semua kandungan tu..adalah cetusan ilmu dari adik Adi Putra. 
Semua ibu bapa mengharap anak2 sebijak dia. Tapi beryukur dengan apa yang ada..setiap insan ada kelebihannya. Anak aku pun bijak jugak peee!

kalo la aku sepintar dia...aku nak cipta formula apa ekkkk?

Cek RM300..

Minggu lepas aku dapat cek RM 300.
Bukan pasal aku masok mana2 contest, or menang mana2 segmen yang blogger sediakan - tapi dah jabatan aku nie nak kasi, aku ambik ja la. Alhamdulillah. Rezeki jangan d tolak, musuh jangan d cari.
Biasa tahun2 sebelumnya aku dapat RM200 jer. Tapi tahun nie rezeki lebih...RM300.
Aku x mintak pun...tapi pe nak buat. Kalo orang masih bermurah nak kasi duit.....sure la aku gumbiraaa! Korang x sukaaaa?

Tapiiiii...yang ralatnyaaa setiap kali dapat  cek tu...Semua nak minta blanja. Kalo kira satu bangunan nie nak minta belanja, baik aku buat kenduri jeeer. Mana la cukup RM 300 untuk korang. X belanja orang cakap kedekut plakk! Opis aku saja ada 18 orang..opis sebelah ada 26 orang...opis dua belah...ada 28..
Tu baru tingkat 1, Tingkat 2 lagiiiii..adoi. Kopak aku kalo cam nie.
Baik aku bawa galfren aku pegi dinner kat Pullmann Hotel! x pun g Top spot!
Ermm...Kalo aku sedekah je..duit tu? Sayang plakk..(nampak tul aku nie x reti nak bersedekahh ngan orang susah kann??) winkkkk!

Tahun depan kalo dapat lagi cek tu...kena menghilangkan diri je lah!!!

300 Koleksi Daftar Dialek Sarawak Samarahan

Alhamdulillah...dalam sibuk2 melaksanakan tugasan harian akhirnyaaaa... hari nie aku berjaya mengumpul 300 daftar kata dialek Sarawak Samarahan.


Banyak juak daftar bahaso melayu Serawak..Di sio-sio kito nengar urang kelakar Serawak..sampe ke Mid Valley d Key El pun ado juak mengarey urang Serawak bedagang di sio. Gago juak kito nak kelaka melaye. Rupa-rupanya urang serawak. Cehhhh!


Di sine pun kito...jangan lah lupak nak kelaka Serawak. Aku ngegeh kali jak madah urang cam yo. Blog kedirik pun makei bahaso melayerrr!~ Weeekkk..raso nak muntah maco pesanan yo nakk?!


Aku x apo la..Stakat belog jak! Tapi bak kato Kak Lehot...ing-gaa raso aku nengar orang kelaka melaya. "nasib baik saya tak terusukkk.." oooohaaaa! Taik pusak jadi 'taik puse'. Yo barukkknyehhh kacang lupak kan sarung plastikkk!


Dahh..udah lah. Adoberjangkit ngan Kak Lehot aku tuk klakkk! Lamak x nenggar Kak Lehot ngerepakkkk. Raso dirik nyo yo muko kachakkk!




http://chenal-azwa.blogspot.com/2010/07/la-kamus-bahasa-melayu-samarahan.html

Thursday, November 10, 2011

Sekadar komen saja...

Dalam banyak2 komen dlm blog Schaza Zidane ari tu...aku suka dgn pandangan si Prinses. Aku stuju dgn komen beliau dalam mengutarakan fakta dan realiti kehidupan. Dalam masa yang sama aku yang bengap nie pun..dapat jugak info berguna. Bagus tul budak nie...anak sapo lah yeee? Cikguu koooot!


Kalo nak luah rasa x puas hati tu agak2 la kan. Dunia nie kecik je. Kat mana2 pun pasti jumpa lahh! Berdepan dengan pelbagai lapisan masyarakat nie, mana da jumpa org baik jerr? Orang x baik pun ada apa!!! Lagi2 la kalo baru nak jenguk dunia luar. Lagi la banyak benda baru yang nk kena xplore...!
"Jangan cepat melatah" - tu komen ramai bloggerz.

Banyak jugak komen yang kata si Schaza Zidane nie tak matang. Komen yang nie pun aku stuju jugak!! Kalo dia matang..sure dia guna ayat2 yang lebih berhemah! Tu aku dan mereka2 yang lain rasa laaa.....orang lain yang x komen tu x tau la plakk kan!

Schaza komen x puas hati giler kat orang Sarawak!!! Tapi orang lain lebih ramai x puas hati dgn Schaza. Macam si labulabi komen la dlm entri MINTA MAAF si Schaza tu. Kena la blajar..sesuaikan diri. Tu komen nasihat...(bagus budak nie)


Tuuu... sekadar komen sahaja. Pandangan yang baik...bleh kasi inspirasi kat kita. Kalo pandangan yang x baik...cuba2 la cari modal utk perbaiki. Orang pun jarang komen blog aku....hehehhe (aku x minta undi simpati k! sekadar komen jer)
Tapi bersyukur la ada blogger2 yang banyak kasi inspirasi dan ruang utk kongsi ceghrita...
Thanks...uol's

Friday, November 4, 2011

ISU Schaza Zedane : padah seorang blogger!

Korang ada baca tak entri pasal "PENGHINAAN ORANG SARAWAK" oleh Schaza Zedane ??

Aku sempat baca Entri tu..
Alih2 semalam dia buat permohonan MAAF.
banyak betul komen pasal dia nie....majoriti blogger Sarawak. (Ramai jugak rupanya blogger SARAWAK)

Berikut entri memohon maaf Schaza.

Aku x pasti macam mana la kehidupan si Schaza tu d UNIMAS sekarang ni.   Anak sedara aku yang belajar d UNIMAS cakap..ramai bebudak Sarawak tengah cari dia. betul ka?

Pengajaran : Buat la Entri yang bijak..! Jauhi entri yang melibatkan isu2 keagamaan, kenegerian, dan perkauman..Kalo anda rasa hebat - begini lah akibatnya!

Aku tak nak ulas panjang tentang entri yang dia postkan sblm ini. Aku nak ulas pun..mungkin lain hari la kot. Hari ni Jumaat...masa singkat. Tapi aku suka baca komen2 yang bloggerz post dlm blog Schaza ni. Setakat aku menaip nie pun..dah ada 722 komen diterima. Jenuh jugak nak baca..ada yang komen membina..ada yang komen kurang membina..dan ada komen yang sangat tidak masuk akal. hehehe. Blogger2 yang terasa turut sama beremosional. Ada jugak blogger2 yang aku kenal..turut sama mengomen!!!. Aku pengomen yang ke-721.
Aperrr? Aku pun terasa taw..Aku anak Sarawak pee.!
Bek punya komen..hahahah!
Sekarang nie aku asyik dok fikir.....apa la yang si Schaza buat sekarang nie? Cam ne dier nak berdepan dgn pensyarah kakitangan UNIMAS (selepas kutuk kaw2 UNIMAS), bebudak Sarawak/Sabah...?? Adakah dia akan buat selamba marba je? Atau pakai tudung litup..berpurdah? Atau dah x pegi kelas seminggu nie? Minta2 la x de perkara yang tak baik berlaku kat dier!