Monday, January 30, 2012

Fenomena Awan Nano - Hafiz

Menjadi-jadi entri dalam semua blog yang aku follow...mahu pun dalam fesbok pasal Awan Nano - Hafiz.
Begitu begini orang komen...dan melimpah-limpah entri masuk sampai tak sempat nak baca semua. Semua pasal Awan Nano.

Kakak-kakak yang bisnes KEK LAPIS AWAN NANO..tersenyum lebar ikut sama popular jadi juara! (Selepas ni..laku la kek lapis Mira Cake or Hajah Salhah kat Boyan)

So...aku hari ni pun berjangkit sama melayan perasaan dengan lagu Awan Nano.
Nano..nano...nano...nano...


Baju dan seluar Haifz malam tu pun jadi isu. Padahal...baju tu x de la menarik perhatian sangat pun. Boleh beli murah kat Up Town or Pasar Minggu Satok! Tapi bla tengok gambar nie....
Penuh dah dengan tandatangan-tandatangan peminat + artis + sedara mara Hafiz
Jika dilihat penampilan Hafiz pada malam tersebut....dah macam baru lepas balik dari kebun. Tiada aksesori mewah kelihatan! Selipar pun tak pakai....Kenapa?
Kerana kesinambungan cerita video klip Awan Nano diterjemah dalam persembahan ini...berjaya menceritakan segala2nya.

Tiada pertikaian tentang kejuaraan Hafis + M.Nasir + Budi..AJL26
Awan Nano juga menjadi inspirasi bagi pelawak JOZAN! see...Itu lah FENOMENA AWAN NANO!


Bukan tugas aku untuk mengulas pasal hiburan. Entri ni sekadar meraikan Hafiz menjuarai AJL 26. 

Saturday, January 28, 2012

Regatta Bandarayaku 2012

Hari ini..bermula la temasya sukan air Regatta Bandarayaku 2012..

REGATA BANDARAYAKU MENYAKSIKAN KEHEBATAN PELUMBA-PELUMBA UNTUK MEREBUT GELARAN RAJA SUNGAI BANDARAYAKU

26 Jan 2012
KUCHING;  26 Januari 2012 (Khamis): Sungai Sarawak akan menjadi tumpuan peminat-peminat lumba perahu. Temasya sukan air berprestij, Regata BandarayaKu akan berlangsung pada 28 hingga 29 Januari bermula pada jam 11.00 pagi bertempat di Esplanade Kuching. 

Sepanjang dua (2) hari ini, dua saringan akan diadakan untuk setiap kategori iaitu:-
Saringan perahu bidar 30 pekayuh
Saringan perahu bidar 20 pekayuh
Saringan perahu bidar 15 pekayuh dan;
Saringan perahu bidar 10 pekayuh

Pasukan yang mengambil bahagian kali ini antaranya 
Putri Bekaya Seri Urai, 
Ong Bak Keris, 
Ong Bak 1, 
BandarayaKu, 
Raja Laut MPP, 
Yayasan Sarawak, 
Sri Pakat, 
Dayang Puteri Emas, 
Sri Helang 1, 
Sri Helang 2, 
Naga Sari, 
Cahaya Zain 1,
 Cahaya Zain 2, 
Cahaya Sebuyau, 
Cahaya 1 Malaysia, 
Tomang, 
Barakuda, 
Panglima Alet Cahaya Sejijak 
 Puteri Sejijak.

Pelbagai aktiviti menarik yang lain turut disajikan untuk wargakota yang pasti menghiburkan seperti Car Boot Sale, Pameran Ekspo, Pertandingan Karaoke,Power Boot dan banyak lagi. Wargakota adalah dijemput sama-sama  menyertai aktiviti-aktiviti ini. 

Acara kemuncak perahu bidar 30 pekayuh akan menjadi tumpuan hangat kalangan penonton yang menyokong pasukan masing-masing pastinya akan membanjiri persekitaran Esplanade Kuching. Disamping hadiah wang tunai RM2,000 untuk sang juara, piala pusingan dan piala iringan akan dibawa pulang oleh pasukan yang bakal dinobatkan sebagai raja sungai Regata BandarayaKu 2012.

Sehubungan itu, DBKU menyeru seluruh wargakota untuk datang beramai-ramai untuk menyaksikan dan menyokong pasukan anda sambil bersantai bersama keluarga pada pengunjung minggu ini.  


Friday, January 27, 2012

FENOMENA Dengusan aneh di Kota Samarahan..

Kota Samarahan - digemparkan dengan fenomena 'Bunyi Dengusan'.

Entri ini agak ketinggalan sebenarnya, sebab citer nie berlaku 11 & 12 Januari 2012. Aku pulak..baru nak buka cerita.

Aku sebenarnya mula dapat tau citer nie..dari Blog Wan_Hazel [Bunyi dari langit disekitar Kota Samarahan, Sarawak]. Mula-mula memang tak percaya...!
Pasal orang kampung - sedara mara - abang kakak - anak sedara - sepupu sepapat pun x de plak sms ka..email ka..pasal cerita Wan pagi tu. Aku fikir - 'Tak kan la cite hangat cam tu..derang x forward kat aku'. Seharian aku dok fikir cite tu...

Pastu aku dapat link YOUTUBE dalam fb video nie :


Berita-berita akhbar tempatan pun menyiarkan kejadian yang sama..
New Sarawak Tribune 17/01/2012
The Borneo Post 17/01/2012
The Borneo Post 20/01/2012
Dalam Internet saja ..xspecially blogger, masing-masing update tentang isu ini. Antara Update yang aku jumpa :


Malaysia Hari Ini 26/01/2011 juga ada membincangkan fenomena ini...

Borak dengan kawan-kawan..masing-masing punya perspektif sendiri. Begitu..begini..
Aku difahamkan...Jabatan Meteorologi dan Agensi Angkasa Negara telah pun sampai ke lokasi untuk membuat kajian beberapa hari lepas.

Kita punya pendapat sendiri..so, jangan panik..jangan menggelabah...
Kalo benar pun ia ada kaitan dengan Hari Kiamat...ia baik untuk kita percaya dan beriman kepada Hari Kiamat. Beringat dan muhasabah diri jalan terbaik....

Kreatif Jumaat : Peribahasa Pelik #3

Peribahasa : Sepandai-pandai tupai melompat, tak pernah pun masok ke sukan Olimpik.
Maknanya: Jangan rasa diri macam bagus....pasal yang macam bagus tu selalunya tak bagus

Peribahasa standard international nie!! Ermmm.....
Katak pun pandai jugak melompat..kenapa tak guna katak jer??


Jangan rasa diri tu macam bagus...tapi yang macam bagus tu la selalunya tak bagus!
(Ni untuk sebahagian kes saja la....)

Jangan la cam tu....
Jadi la padi yang bagus dan berkualiti..tapi tetap tunduk menyembah bumi. Makin berisi...makin merendah diri.
Jangan jadi lalang yang meliar tumbuh gah menutupi bumi...tapi x berguna (kecuali kerbau2 Pak Mat Meon).

Thursday, January 26, 2012

SARAWAKIANA THURSDAY #7: Berecan aka bergerek..Tuwa ija!

Video di bah tuk...sweeeeet gilak (kato urang puteh) ? Sapo yang lom penah nangga iklan tuk...kitak urang nangga lokk.

Seriyes..aku senyum sorang nangga iklan tuk. Sik tauk kitak urang la.
Mun udah umo cam tuk kito nangga mbiak kinek tok cam yo, kompom kito madah 'Tuwa ija'
...nak berecan ndah. Inggar nyawo nangga mbiak skolah berecannn (bergerek).

Tapi ngenang dirik zaman skolah marek..ado juak cam yo. Ado gerek juak la konon....hahaha
'Cinto monyet' (teringat ngan cinto hati zaman skolah...)

Arum bulak...melimpas umah gerek pun dah cukup. Ndak alah-alah lalu depan umah. part paling best..berkirum surat. Hahaha...
Maka..udah bertemu di sekolah masih juak bertulis surat. Surat makei kertas wangi....mun sik mampu meli kertas wangi berkaler2..makei buku tulis line 1. Pas ya..caro lipat surat pun ado style juak. Kekadang sampei susah nak buka surat yo. Kotan kreatif gilak...

Berkenang kesah lamak ndah aku. kitak urang tek cam ne??

Salah ka bergerek zaman skolah??

Wednesday, January 25, 2012

Wordless Wednesday #7

Lain bnar muka Noh n Nina untuk cover nie!


Kredit : beautifulnara.com

Friday, January 20, 2012

Kreatif Jumaat : Peribahasa pelik #2


Peribahasa: Sepandai-pandai lalat terbang akhirnya ketaik jugak dia hinggap.
Maknanya : Orang kalau dah perokok tu...kalau dia berenti....akhirnya dia gerenti start balik punyer.

Ni memang biasa berlaku kat member-member aku.
Azam memang nak berhenti merokok...sebulan dua boleh lagi. Tapi dah masuk bulan ke-3..dah start sebatang dua..pastu sekotak.

Nak-nak lagi member semua pegang kotak rokok. Konon tak merokok la. Tapi tengok kawan merokok..minta sebatang (nak free je la hobi dia).

Mana yang terasa..memang sengaja di'terasakan'

Tapi ada jugak member-member aku yang berjaya berhenti sepenuhnya merokok.
Tu pun dengan 2 alasan yang lazim kita dengar (cukup la 2 jer..malas nak fikir banyak) :


  1.  Bini atau awek derang menyampah tengok suami / boipren merokok. Mereka kata mulut bau busuk..or tak suka dengan asap rokok. Ni jujur aku kata memang ramai orang pompuan kasi alasan nie untuk tackle orang laki berhenti merokok.
  2. Kalo doktor dah kata..."Paru-paru anda sudah ROSAK. Tak lama lagi nak hidup". Nie realiti memang wujud kat member opis aku nie. Dah kena sakit jantung..baru nak berhenti merokok. 


kalo nak sangat merokok..kasi lebih sket. Baru macho..

Tapi yang tak patut - seorang Pakar motivasi ni (kononnya) bagi tau..merokok bukan punya kanser. Serius aku memang pelik!

Apa kena mengena dengan peribahasa di atas?

Thursday, January 19, 2012

SARAWAKIANA THURSDAY #6: Apa daftar kata bahasa Sarawak bermula dengan 'F'?

La Kamus Bahaso Melayu Samarahan...masih ngumpul koleksi. LA KAMUS BAHASA MELAYU SARAWAK.

Tapi bilo merati bena2 koleksi yang aku ado, macam x cayak jak! Ado 7 igek huruf aku lom nemu gik bahaso melayu Sarawak. Huruf  'F', 'Q', 'V', 'W', 'X', 'Y' dan 'Z'. Puas juak mikir..apo bahaso melayu sarawak bermula dengan huruf-huruf yo..ermmmm! Cobo kitak urang mikir....

Fofular??? (dah macam urang sengong jak bunyi!)
Fefet??...bukann! Fening?? 

Tuesday, January 17, 2012

Afiqsays bercerita tentang Masterchef Malaysia?

Hari ni selasa....jap lagi ada meeting.
Sempat jugak aku buat satu entri sebelum jam 8.00 pagi.

Ni pasal rancangan realiti kegemaran wife aku. Masterchef Malaysia..

Menariknya..pasal video kat bawah nie :


Korang layan je la. Menarik sebagai info..tapi mana yang tak ok tu, boleh abaikan!
Style Vblog budak nie.

Friday, January 13, 2012

Kreatif Jumaat: Peribahasa pelik #1


Peribahasa: Seperti anjing jantan dgn anjing betina.
Maknanya : Dua orang yang pantang bertemu...asyik nak beromen aje. 

(peribahasa kat atas tu aku dapat dari mana ntah..tak ingat plakk)

Ada ker peribahasa cam tu?
Bicara pasal peribahasa nie...orang dulu2 memang kreatif. Serius aku tak tipu~ dari mana idea wujud peribahasa-peribahasa yang menggambarkan nilai-nilai kehidupan masyarakat kita di Malaysia. (Seehh...berbahasa indah aku pagi Jumaat nie siotttt!)

Siapakah yang mencipta 'peribahasa' pun kita tak tau. Korang tau?

Hang Tuah kah? Parameswara kah? Si Esah kah? (masuk bab sejarah plakkk!)


* Citer pasal SEJARAH nie...Teringat zaman jadi cikgu dulu-dulu. Aku bagitau kat anak-anak murid aku :

"Korang nie (dengan nada gerammm)...GEOGRAFI senang cam ni pun kamu tak bleh nak ingat? Apa yang ada dalam buku tu..semua ada depan mata. Hujan...bentuk muka bumi...angin...laut...Tu semua kamu boleh tengok dengan bijiiiikk mata kamu. Lebih senang dari subjek SEJARAH...Kalo sejarah, buku cite pasal Majapahit, Srivijaya, Parameswara...mana kita penah jumpa? Kat mana tahi lalat Parameswara pun korang tak tau letak kat mana...Ntah-ntah mata dia juling....bla..bla..bla.." aku membebel dalam kelas

Sib baik la anak murid aku tu bijak2 belaka. he..he..he
Skolah nie la tempat aku membebel. satu masa dulu......

Thursday, January 12, 2012

SARAWAKIANA THURSDAY #5: Aek dah nait..angkat kainn!

Akhirnya banjir juak ghumah aku d Kampung Pinang...

Apo laghikkkk... anak2 buah aku d kampung maen aek. Nang upo itit lepas dari kandang...ngelepar maen aek d luar umah. Kelang kelus berekot nyungkur aek banjir. Udah la majoriti nang x pandei berenang. Pas yo ambik gambar....engkah lam pesbok. Nak ngeso dirik sidaknya ngan aku...
Pesit lingo kitak urang klakk!

Dengan bangganya anak2 buah aku ngeso dirik main aek dalam pesbok! 

Mentang2  aku sik ado d kampung, nang asak ati jak nemu banjir. Bernasib bait kitak urang...Mun aku ado d kampung udah aku embat kitak urang ngan neruju. 

Asak ati beremey ngan aek taik

Wednesday, January 11, 2012

Menopos sudah jiwa romantik aku...

Orang macam aku nie dah tak sesuai la nak buat entri pasal cinta jiwang karat lagi.
Kenapa aku cakap gitu? Pasal 2 sebab (cukup la 2 tu..) :


  1. Aku dah jadi suami orang....bapak budak pulak tuu! 
  2. Aku tetiba rasa gheli plakk nak romantik dalam blog nie. Cukup2 la romantik dalam bilik je.

Pernah jugak try nak buat entri romantik Om-Ombak Rindu kononnya! Siap berangan berlari-lari atas jeti tepi pantai dengan wife..siap lagu latar "HANYUT" si Pejal anak Pak Tahir. (..cam x kena plak lagu tu). Angin bertiup lembut menyapa pipi..membelai rambut ala Rosyam Nor!
Bila part nak cium pipi...Anak aku plak potong stim minta Aes Krim! Memang hanyuttt terus angan romantik aku...

Tapi tak bermakna aku x buat entri romantik..aku bukan jenis romantik. (kononnya diri ini romantik la. huhh??)
Faktor usia kot...aku jadi menopos nak seromantik dulu. Puas pujuk....buat entri romantik. Memang tak bleh pakai dah.

Korang romantik ka?

Tuesday, January 10, 2012

SAMSUNG = LESUNG GALAXY

Sekarang zaman moden...nak shopping pun guna online.
Tapi kalo guna online dan bila barang diterima.. dapat barang lain?? Memang hampeh...

Macam citer METRO hari nie..
Beli SAMSUNG S dapat LESUNG S! Nie kes naya....


Nasib baik la SAMSUNG aku Original Cik Gayah Lenggang punya. Siap waranty!
Kalo dapat Lesung??? Waranty mesti la dapat Anak lesung...seumur hidup! whuaa..hahahaa


Best dapat SAMSUNG Galaxy Note! Aku suko!

Entri jadi kontroversi..

Korang pernah baca Entri aku pasal Nak Cakap pun... tak guna (Miss Borneo 2011)??

Nie antara komen yang aku dapat :

Bukan sengaja buat entri kontroversi untuk up trafik. Sumpah x fikir pun. Nak glamer juah sekali.
Setakat entri mat-mat poyo tepi jalan je la nie. Tu pun nak 'hangin'.

Korang mungkin punya pendapat sendiri...
Aku x nak komen banyak  pasal nie. Hehe..Nanti Cik LyndaWawa cakap aku ni penulis entri kontroversi plakk! 


Entri yang berkaitan : Ratu "Don't Waste My Time"

Friday, January 6, 2012

Bagaimana nak menjadi orang kreatif??

Hari nie tak de idea baik...nak buat entri!

Ingat nak buat entri motivasi diri!
Dah tahun baru nie...macam x de mood je nak buat keja. Masih fikir nak buat apa (Blurrr). Itu tak kena..ini tak kena. Kucing beranak pun bleh cool...

KERJA kena KREATIF. Boss aku cakap cam tu. Aku angguk jer...
Selama nie aku tak kreatif ka boss? Bertahun-tahun keja....blom cukup kreativiti? Adoyaii..selama nie aku perasan bagus rupanya..he.he..he.he.
woo...nak kreatif cam ne? 
Benda yang sama....tapi kasi cantek skett. Macam nie boleh?
Kalo yang macan ni ... sudah lebih kreatif. Over la tu!
Kalo update blog..sambil keja, bukan kreatif wokeyy! 
Huhh...tu curi tulang nama nyerr!
Dahhh....sambung keja!!

Thursday, January 5, 2012

SARAWAKIANA THURSDAY #4: Nyaris2 banjir umah aku...

Di atas yo...gambar kawasan umah famili aku yang nyaris-nyaris banjir. Umah nak lom siap nun la umah aku. Nyaris2 banjir besar d umah aku...

Ermm....Hujan lebat 25/12/2011 ari ya..kebetulan juak maso ya aek angkat tinggi. Ne ndak aek lambat surut. X tauk la untuk 3-5 tahun akan datang kelak, bila aek bah...d tambah ujan lebat cam ari ya, mok umah aku d tenggelam aek juak klakk! Minta2 d jauhkan dari perkara burok!

Mun nak banjir..apa bleh buat. Ya kehendak-NYA.

Maso diam d KL dolok pun ado juak melalui pengalaman banjir yo!
Ado aku molah entri pasal yo : Satu Hari D Aidiladha part 1 dan Satu Hari D Aidiladha part 2

Yo Rabbi..ujan pagi tuk. Lebat ado jak! X penah banjir bulatan depan bangunan SESCO - Kolej Abdillah tetiba ari tuk...jam teruk oleh banjir! Syokkkkk......

Wednesday, January 4, 2012

Entri 2012...tak menjadi daaa!

Lama dah tak update blog nie...huhh!

Tak update blog tu bukan la antara list Azam baru aku sebenarnya...tapi blom ada kesempatan nak buat entri sempena Tahun Baru 2012 sebenarnya. Asyik KIV je....(kemalasan la tuu..)

Tetiba hari ni....baca blog sempena tahun baru bloggerz, banyak plak cerita pasal insiden demontrasi mahasiswa d UPSI.

- Entri nie...JIKA Polis Benar, Saya MINTA MAAF. Bagaimanapun...dalam blog Pulakdah.blogspot.com
- Pas tu...terbaca plak pasal Entri nie : Acting STUPIDly dalam blog Daniel Adie
- Ingatkan dah abis...ada lagi dalam Entri : BLOG FITNAH POLIS CEDERAKAN PENUNTUT UNIVERSITI DISIASAT...pun ada jugak!
- Skali tengok Mr. Ben pun buat jugak entri pasal isu nie...dalam Aku pon tak suka gak
- Syok syok pun da buat entri pasal Adam Adli Ditahan, Safwan Anang Cedera - UPSI Kecoh!..
- Maziul Akma pun tak ketinggalan : SUDAHKAH SAFWAN ANANG MEMBUAT LAPORAN POLIS..
- Blog Serius pun sama...tapi dengan cara lain.

Aku x nak komen panjang sebenarnya isu ni. Nie gara-gara isu si Adam ari tu la kot. ermm..dah popular budak  Adam nie iyee!

Erm......Aku pun penah ghak buat demo time2 blajar dulu. Ingat muka lelaki suci cam aku tak terjebak dengan politik demontrasi jalanan? Tapi zaman kami2 dulu x de la demo x tentu pasal cam nie!

Tuesday, January 3, 2012

Nur Amalina kah itu?

Nie Nur Amalina ker?? 
Citer ni aku dapat dari blog Blog Serius dan gambar2 nie aku copy dari blog yang aku pun dah tak ingat!


Sebenarnya aku penah jumpa dengan Nur Amalina nie...dalam satu flight Terengganu - KLIA. Masa tu dia buat tour untuk program Puteri Umno ke seluruh Malaysia yang aku sendiri tak tau program apa. Program motivasi kot! Orangnya peramah...mudah senyum...dan bertudung.

Kesah pasal kami jumpa Nur Amalina tu kemudian la citer.

Bila baca kenyataan seorang bapa seperti dalam  Blog Serius laporkan...
- dia nak mati masa depan anak jangan mati adat. Korang sanggup ke nak matikan masa depan anak?
Kalo aku...aku memang tak sanggup la. Sapa tak nak anak berjaya...cemerlang?
Tapi aku lebih rela mati adat daripada mati agama.  Nauzubillah.....

Selepas nie isu Amalina pasti menjadi lebih panas seperti isu Sufiah Yusuf..

Kita tengok perkembangan isu ini nanti...K!