Monday, November 21, 2011

Nak cakap pun...tak guna (Miss Borneo 2011)


Peserta Miss Borneo beragama Islam

 Petikan Akhbar Nasional : Berita Harian


KUCHING 19 Nov. – Walaupun sudah diberi kaunseling oleh pegawai Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) semalam, lima peserta Miss Borneo 2011 yang beragama Islam tetap meneruskan penyertaan dalam pertandingan ratu cantik itu di sini, malam tadi.

Kesemua mereka memakai pakaian berwarna-warni dan menjolok mata yang mendedahkan paha dan pangkal dada pada majlis pembukaan pertandingan itu.

Gadis terlibat ialah Melatie Mellisa, 22; Adira Kamil, 23; Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23; Roszainah Suhaili, 21, dan Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie, 21.

Natasha Nur Amarina memenangi tempat keempat dalam pertandingan berkenaan yang membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Adira pula memenangi tempat kelima dengan hadiah RM500 manakala Sharifah Nadzirah pula dinobatkan sebagai Ratu Cantik Personaliti yang membolehkannya membawa pulang hadiah wang tunai RM500.

Gadis itu turut memenangi anugerah Ratu Cantik Popular sekali gus membolehkannya menerima Samsung galaxy Tab 10.1 yang ditaja oleh Celcom.

Mereka yang berpakaian menjolok mata dalam gambar promosi acara itu yang disiarkan sebuah akhbar tempatan sejak seminggu lalu menimbulkan perasaan kurang senang umat Islam di negeri ini.

Kesemua gadis itu diberi peluang untuk membuat penjelasan terhadap penglibatan masing-masing dalam pertandingan tersebut sebelum diberi kaunseling oleh pegawai JAIS, pagi semalam.

Pengarah JAIS, Abang Shamsuddim Abang Seruji ketika diminta mengulas penyertaan lima gadis itu kecewa kerana mereka yang diberi kaunseling selama sejam pagi semalam tetap meneruskan saingan pada pertandingan itu.

Kata beliau, pihaknya berharap menerusi kaunseling itu akan ada sekurang-kurangnya seorang daripada lima peserta terbabit menarik diri, namun perkara itu tidak berlaku.

“Kami kecewa apabila mendapati lima peserta Islam itu masih menyertai pertandingan ratu cantik itu meskipun sudah diberi nasihat untuk mereka menarik diri. Bagaimanapun, JAIS akan sentiasa melakukan pemantauan terhadap pertandingan-pertandingan seumpama ini pada masa akan datang,” ujarnya.


Hanya diberi kaunseling?? Kenapa tidak dibatalkan penyertaan?

5 peserta Miss Borneo 2011 yang beragama Islam :


1. Melatie Mellisa, 22

2. Adira Kamil, 23

3. Sharifah Nadzirah Wan Hamid, 23

4. Roszainah Suhaili, 21

5. Natasha Nur Amarina Mohamad Kaie


Nak ulas panjang pun...takut2 plakkk yang aku komen ni kena kat sedara mara sendiri. Mana tau - ada sedara kita yang masuk pertandingan tu yang kita sendiri x kenal pun! Tapi aku pun x paham kenapa la derang nie terhegeh2 seksi bagai nak tersembul keluar...isi dalam badan. Buang nangka pun ....bleh balut kemas baik punyeerrr. Botol Kicap pun...nak kena pakai tudung cantikkk. Oppsss....terlebih daa!

Sendiri Fikir lah!!

Orang kita memang suka mengomen pasal orang lain yang tidak ada kena mengena pun. Cuba kalo sedara dia sendiri yang buat?? Dia pura2 tak perasann la tuu....
Nyamuk d seberang dia leh nampakk....tapi gajah sebelah pun x perasan!
Agaknya sedap kot mengata orang nie. Yekkkk????

12 comments:

  1. Uiks xtau jgk nak komen apa ni.. Takut tersalah cakap huhu.. Tp mmg salah arr tindakan 5 orang wanita ni.

    ReplyDelete
  2. Mmm.. Asanyo sidak yo nang dah sik makan saman gik dah... Mok diajar dari awal juak sebenarnyo pasal tok... Jais bukan sekadar berik ceramah jak... Sidak patut polah kelas2 agama dengan lebih banyak gik kat sekolah asanyo...

    ReplyDelete
  3. hoi sikda topic best gik ka pake post. antap abis idea desperate? writter block? lol. sik payahlah nak judge orang. cermin muka sendiri dolok hati ya lom cukup bagus nak melayakkan masuk ke syurga. biar orang buat apa diorg suka. stop judging and pls repair yourself first. bercakap buruk pasal orang pun satu dosa. kau pandang orang pakai sexy pun kau berdosa esp bila kau attached gambar sexy gitok and post ke public.sharing dosa jugak. sama sama berdosa la maksudnya. tahniah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya la tek...bukan nya tauk apa jadi.yg sidak JAIS dtg time kmk org tgh training ya x fkir ka tgh mnceroboh?? Lagi pun sidak JAIS bukan melarang just nanya n bagi nasihat then knak ucap GOODLUCK gik dr sidak jais.

      Delete
  4. Anonymous - x perlu melatah! Cool bah. Tersinggung? Ada kena mengena dengan anda ka?

    ReplyDelete
  5. sabar2,,
    ,,boh nak gaduh2,,,,hal ckit ya pun nak gaduh,,,

    ReplyDelete
  6. diorang msok MBB 2011 ni pon,korg dh bising2, ckp dosa la.apa2 la..hbs tu,yg dok minun arak,g clubbing, buat anak sana sini(advance awl) tu tak bdosa la erkk?? asal jais tak bg ceramah gak kt diorg.panggil smua ja kt club,pub,yg buat anak luar nikah..n then heret smua & bg kaunseling..tu bru btol.ni msok berita je.

    ReplyDelete
  7. bia la..sume org na tgk sape org islam yang msuk pertandingan tu..bia sume org tau..baru la dorg famous..hahaha..bagus chenal..upload manyak2..keje len manyak lg ratu cantik yg korg masuk..muda2 plak tu..ape la nak jadi ngan budak2 skg nie..mak bapak tolong la amik serius hal anak2..jgn di bio je..menjawab nati kte di akhirat..renung2kan la..

    ReplyDelete
  8. info pun salah, ada hati nak kutuk orang.alim sangat ke engko ni? confirm ke masuk syurge? ala kalau setakat agama je islam,(eh eh betul ke agame ko ni) tapi hati busuk,baik takyah nak kutuk orang.sah kau ni tak akan masuk syurge jugak.bini/anak/adik/kakak/sedare perempuan kau dah kau observe baguih ke tak?entah2 ade relative kau yang buat anak luar nikah ke tak nye?ke ade jugak yg pakai sexy kat belakang ko? nanti suatu masa, anak ko sendiri yg akan conteng arang kat muka engko.mungkin lebih dasyat dari ape ko tulis ni.mudah2han kau akan terkena bala

    ReplyDelete
  9. Hello, benda mcm ni pun ko nak buat blog ke? Yang kau sebut2 ni are my friends.kitorang yang satu group dlm MISS BORNEO BEAUTIFUL 2011 bukan kau.so u xtau ape yg kotorang buat.semua ni sebab psal grooming n self confidence.x smsti ny dlm pegeant pkai sexy pas tu luar pageant trus nak sexy jugak. Ko ingat perempuan kat luar yg pakai tudung smua tu ALIM sangat?? Dont talk shit psal ni.lagi satu, di sarawak, kitorang x pilih bangsa dan agama. So, u sendiri fikir sendiri, nak cakap org, tapi SENDIRI PUN DOK MENGUTUK ORG LAIN DLM BLOG.

    ReplyDelete
  10. Dear writter, sebelum nak judge orang, please pergi cermin, cermin dolok muka & attitude dirikpun. Nak mengata sidak mcm tok bukan dosa juak kah? Kitak tok cukup perfect kah sik nak post benda gitok? Sedara mara perempuan ktk ya diat juak.entah2 di depan sopan santun tutup aurat tapi di belakang olahan nya siap tudung ngan tapeh dibelak nya kali. Oleh itulain kali jgn jadi too judgemental. Btw mun dah kompiden gilak nak madah org lain masok neraka, dirik ktk ya nang confirm kah pergi syurga. Artikel tok dah cukup pake nambah dosa ktk.

    ReplyDelete

Chenal