Cuba korang tengok keratan akhbar tempatan yang aku tampalkan kat bawah nie. Untuk gambaran lebih jelas aku siap kotakkan lagi perkataan tu...
Perasan tak?
PERTAHIAN??
Mula2 aku tak perasan. Tapi bla aku ulang balik baca tajuk tu skali lagi..aku kesan ada perkataan pertahian. Hahahaha....ada ka perkataaan pertahian. Setahu aku yang kurang 'nahu' bahasa malaysia nie.. 'tahi' x pernah ada penambahan per-an? Cikgu aku x penah ajar pun?? Ke masa cikgu ajar tu aku tido dalam kelasss?
keratan akhbar 23/11/2011 (Rabu) - Utusan Sarawak |
Mungkin kesilapan editorial akhbar nie kot. X dapat kesan kesilapan nie sebelum dicetak.
Dah banyak kali jugak aku jumpa kesilapan2 dalam akhbar Utusan Sarawak. Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku dalam penerbitan akhbar? Tu kena tanya mereka yang pakar...
Mungkin ada pembaca yang tak boleh terima kesalahan seperti ini...itu terpulang kepada pembaca. Tapi untuk menjadikan akhbar sebagai media pembelajaran kepada masyarakat, ia mungkin satu perkara yang memang serius.
len kali check lok oo.......sian org ya..
ReplyDelete