Saturday, November 26, 2011

Pensil - Pemadam : Cebisan rasa hati...


Pensil : Saya minta maaf. 
Pemadam : Untuk apa? Awak x buat salah pun.
Pensil : Saya minta maaf disebabkan saya, awak cedera. Setiap kali saya buat silap, awak pasti berada di sisi utk membetulkan kesilapan saya. Tapi setiap kali awak memadam kesilapan yang saya lakukan, awak kehilangan sebahagian dari diri awak. Awak menjadi semakin kecil.
Pemadam : Itu betul, tapi saya langsung tak kisah tentangnya kerana saya di buat untuk memperbetulkan kesilapan yang awak buat. Walaupun suatu hari nanti saya tahu yang saya pasti akan hilang (tiada), saya berbangga dengan kerja saya ini. Jadi janganlah risau. Saya benci melihat awak bersedih. :) . .

Ingatlah - ibubapa kita juga boleh diibaratkan sebagai pemadam di atas & kita pula sebagai pensil. Mereka sentiasa berada di sisi kita, membetulkan segala kesilapan yang kita lakukan. Kadang-kala mereka terluka, akan menjadi kecil(tua) ; bila sampai hayatnya pergi meninggalkan kita (meninggal dunia).
Jagalah ibubapa anda, dan balaslah jasa mereka dengan kebaikan.


Pusara Allahyarham Ayahanda kami..
Pusara Allahyarhamah Bonda kesayangan kami..
Pusara Allahyarhamah Kakanda yang kami kasihi..
JIIKA MEREKA SUDAH TIADA....


Anda sudah tidak mampu berbakti kepada mereka sekiranya mereka telah tiada. Seperti saya..!
Anda sudah tidak mampu menghadiahkan sesuatu..hatta sekucup ciuman bermakna lagi..seperti saya...!
Anda mungkin tidak sempat memperkenalkan isteri / suami dan anak-anak - "Inilah  menantu bapak dan emak, dan ini cucu comel kesayangan mak dan bapa"...seperti saya..!
Anda sudah tidak dapat berkongsi kejayaan anda lagi....seperti saya..!
Anda akan rasa kehilangannya....saya telah melaluinya.
Percaya lah..! Tiada yang siapa yang layak mengganti tempat mereka di hati kita...


ENTRI TERAKHIR 1432H
1 Muharam 1433H akan membuka lembaran ESOK...
SELAMAT TAHUN BARU

4 comments:

  1. Selamat Tahun Baru jang.. Semoga tahun baru membawa keberkatan untuk setiap apa yang kita polah.. Insyaallah..

    ReplyDelete
  2. saya tak boleh bayangkan kalau saat itu tiba...

    ReplyDelete

Chenal