Tuesday, November 22, 2011

Bola punyer pasal (Malaysia vs Indonesia)

Semalam kan baru je meraikan kejayaan team bola sepak Malaysia menang Emas Sukan Sea 2011. Keterujaan yang amat sangat rakyat Malaysia...dari sepakan kemenangan sampai la masa aku membuat tampalan nie..masih hangat berbicara pasal BOLA dalam fb masing2. Macam2 post kat wall fb yang menyatakan rasa kegembiraan sebagai rakyat Malaysia.
Ada jugak sengaja buat post menyampah kat Indonesia. Bola Punyer Pasal!

Time nie la ado ya sakit tekak...ada yang berjaga sampai pagi...ada jugak yang minta MC....ada yang buat cuti sendiri...ada yang tetiba rajin bawa mmber blanja makan...yang paling x best, yang menang pertaruhan tersenyum lebar...dan mana yang kalah wang pertaruhan masih masam mencuka, walaupun Malaysia dah menang. Kerana Bola punyer pasal laaa....

Semalam aku kat airport...
Airport tak sibuk macam biasa...tetiba dengar orang bersorak girangg "GOLLLLLLLL"
aku apa lagi...berlari2 cari TV. Rupanya Malaysia menyamakan kedudukan 1-1.
Balik rumah masih sempat lagi tengok 2nd half. Memang gila babas xcited nak tengok permainan bola sampai anak minta susu pun x layan...hehehe. Bola punyer pasal..



Semuanya telah tersurat - Malaysia mempertahankan Emas Bolasepak Sukan Sea 2011. Dan Kita Rakyat Malaysia..turut bangga dengan pencapaian ini.

4 comments:

Chenal