Ronda2 sekitar Pekan Muara Tuang, Kota Samarahan (Daerah kecil Muara Tuang) mengingatkan aku pada zaman skolah. Masa skolah dulu sibuk buat Kajian Tempatan Sejarah / Geografi PMR. Dari Majlis Daerah Samarahan bergerak ke Pejabat Daerah Samarahan. Dari Pengkalan Feri ke Stesen Bas Muara Tuang. Masuk Kampung Tanjung Bundong keluar ke Kampung Muara Tuang. Habis satu pekan kami jejaki semata2 nak siapkan tugasan!
Tapi ronda2 kali ni bkn nak buat tugasan, tpi saja2 melawat tpt zmn remaja! Tapi bila melihat keadaan sekarang...alahai Kota Samarahan!

Bangunan Residen, Samarahan pada satu ketika merupakan pusat pentadbiran yang sibuk. Bangunan 4 tingkat ini dahulu menempatkan
Pejabat Residen,
Jabatan Agama Islam,
Jabatan Kebajikan,
Jabatan Perbendaharaan,
Lembaga Amanah Kebajikan Masjid dan
Pejabat Pos.
Sekarang - keadaan sudah berubah. Bangunan Residen sunyi sepi... Bertahun aku tidak menjejakkan kaki di Bangunan Residen ini. Pasal aku x de tujuan pun nak ke sana...

Bangunan Daerah Samarahan ini merupakan bangunan pentadbiran yang paling lama di Kota Samarahan. Dari jauh ...nampak macam bangunan terbiar.
Kebetulan aku hari tu..sengaja nak buat MyKid anak aku, di Jabatan Pendaftaran Negeri yang terletak di tingkat 1, Bangunan Pejabat Daerah ini. Lengangnya.....
Ruang pejabat berkongsi dengan Ikatan Sukarelawan Sarawak. Pegawai di Jabatan Pendaftaran hanya ada 3 org (semasa aku kat situ laa..).

Selain Jabatan Pendaftaran Negeri...Ikatan Sukarelawan, Pejabat Daerah Samarahan, dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) juga masih setia menghuni bangunan lama ini.
Huh!!..
Antara bangunan lama yang masih berdiri gah ialah Bangunan Peladang (dulu Jabatan Pertanian).
Jam baru pukul 9.00 pagi, tapi x banyak kereta di ruang letak kereta. Mungkin kluar minum kot! Atau pun memang x ramai kakitangan yang datang bekerja..

Pembangunan yang semakin rancak d sekitarnya...menjadikan bangunan kerajaan seperti terasing. Bangunan lama tetap dibiarkan lama...Janji mereka buat kerja mereka..
Bangunan SESCO ni antara bangunan baru yang dibina berhampiran blok bangunan2 lama tersebut. Rekabentuk nampak moden..

Senang sket la warga Samarahan nk bayar bil elektrik. X perlu berebut2 kat Pejabat Pos! Tapi jauh dari tumpuan orang awam...

Ini padang Kampung Muara Tuang. Ni kira sejarah jugak nieee..hihi
Bangunan nie la yang paling
bersejarah dlm hidup aku..hihi!
Ni la Klinik tempat aku
berkhatan (sunat)!! Bukan aku je..mmber2 aku..rakan sekampung dan bebudak kampung berhampiran pun, mmg kat sini jugak la tempat bersunatnya!. Dulu mana ada Klinik Swasta ? Sekarang dh banyak klinik swasta di sekitar Kota Samarahan nie.

Generasi zaman 70-an ke 80-an sure ramai yang diberanakkan d Klinik ni. Skrang...tengok saja la. Dh nampak macam ZOO!
Aiii...semenjak ada
Poliklinik Kota Samarahan, bangunan ni terbiar seperti yang korang lihat.
Memang la klinik nie org cakap ada 'penunggu'..tp x kan biarkan mcm nie. Ramai lagi org yang x de rumah. Ermm... bleh la kasi diorang tinggal 'free'. Atau pun nak tunggu
PILIHANRAYA UMUM baru la macam2 janji pembangunan! (yang tu...pasti!)

Bangunan ini...adalah rumah kedai yang tertua di Pekan Muara Tuang.
Sekarang umur aku dh masuk 30-an. Aku rasa bangunan nie lebih daripada umur aku kot! kedai nie la tempat kazen2 aku ajak beli keropok ALI BABA!
Masih tegak berdiri...
Bangunan masih seperti asal. Hanya satu blok sahaja yang berpenghuni. Terkejut jugak aku tetiba ada org keluar dari pintu kedai tu.??? Ingatkan dah x de org.

Bumbung rumah kedai ini telah ditukar kepada atap genting! Mungkin pernah ada usaha untuk memelihara bangunan ini.
Sekiranya bangunan ini mencacatkan pemandangan Kota Samarahan, pihak berwajib perlu ambil tindakan. Kalo tak pun...roboh je!

Kalo fikir bangunan ini mempunyai nilai sejarahnya....so, kena la buat sesuatu! Tak kan nak tunggu bangunan hangus terbakar...baru la sedar nilai sejarah bangunan tersebut! (iye ke ada sejarah..sejarah kena kejar anjing ada laaa...hihi)
Struktur bangunan dah tak selamat untuk di diami. Adakah bangunan ini nak dikekalkan, atau dibangunkan dengan blok bangunan yang lebih moden?

ELLI SUPERMARKET - memang x asing bagi penduduk tempatan di sekitar Muara Tuang dan sekitarnya. Mini Pasaraya yang terdapat di Pekan Muara Tuang.
Daripada menyewa sebuah lot kedai..sekarang ELLI SUPERMARKET telah menguasai medan niaga tersebut. Memang senang sket la bla ada ELLI SUPERMARKET nie..kalo nak raya, biasanyanya beli kelengkapan dapur kat sini la. Semua ada..! Biasanya bla waktu perayaan dia tutup lambat dr biasa.
Memang da kontroversi sket bla cite pasa ELLI SUPERMARKET ni! tp malas la nk cite kat sini. Apa yang penting...org kampung senang nak beli keperluan dapur.

Ni plakk....deretan gerai yang pertama wujud d Kota Samarahan. Gambar kat sebelah tu..gerai yang dulunya Allahyarham bapa aku sewa untuk kakak2 aku berniaga kedai makanan. Sekarang dah jadi kedai menjual kelengkapan rumah.
Dulu memang nampak popular la deretan gerai ni. Tapi bila dah ada deretan rumah kedai yang lebih besar, lot kedai ini tidak lagi menarik perhatian penduduk sekitar.

Lebih daripada 25 tahun usia deretan gerai ni. Tempoh yang agak lama...
Gambar kat bawah nie..memang x menarik pun! Tak tau rumah apa ntah. Dulu pernah menjadi kediaman jururawat di Klinik Kota Samarahan. Tapi sekarang memang uzur sangat....
Banyak sungguh bangunan kerajaan yang terb

iar di Kota Samarahan.