Sunday, January 16, 2011

PENCEN oh PENCEN! Part 5

Part PENCEN yang nie..suspen sket! Korang tengok gambar kat bawah nie? Diorang ni tgok bawah bukan pasar jumpa Ular Sawa kaler Biru! Main dam ular pun bukan! Tengook kucing beranak kembar 8...lagi la bukann!

Hari tu...Puan Phyliss, wakil puteri UMNO panggil nama aku. Suara sayup2 je kedengaran. Aku ingatkan dia panggil aku pasal nak ajak makan ka..? Pasal diaorang nie penaja UTAMA makanan segera dalam bilik operasi. Bla aku angkat kepala..tengok dia dan Puan Hartini (sorang lagi wakil puteri UMNO) terkial2 macam nak angkat guni beras 15 KG.
"Tolong! Tolong lok...aju..." hihi...x bleh lupa la muka si Phyliss! Almaklum la..pembawakan budak. Terhegeh2 jugak nak angkat orang pengsan! Rupa2nya...salah sorang member Operasi pengsan! Terjelepok bawah meja..
"Cari minyak angin...kasi dia angin..cari kipass angin.."- aksi 911!
Keadaan menjadi kelam kabut!
Aku, Mika dan Rajak...masih teragak2 nak tolong angkat mangsa pengsan. Angkat ke tidak?! Bukan pasal x nak tolong...tp bla fikir batas2 nak pegang bukan muhrim punya pasal, terpaksa dibatalkan hajat! Tak pasal2 nanti terpegang benda lain...hih! Sapa nak jawab??
x sampai 2 minit..dh ramai sukarewan 911 datang! Ada yang pegang kaki...ibu jari. Ada yang cuba2 buat air jampi! Ada yang picit2 hidung (eii..ingat nie main2 ka?)
Korang tengok gambar atas tu! korang rasa sapa 'Hero'? Sure yang pakai tudung kaler coklat kan? Ada saja muka dia nie kann!?
Mangsa yg dh sedar, dibawa ke kereta rasmi untuk d hantar ke Hospital. Nak angkat..dh x larat. Terpaksa la pakai kerusi beroda! Sorong sampai lobi..

Memang macam2 peristiwa berlaku semasa operasi dijalankan. Tapi semuanya sebagai rencah2 peristiwa PENCEN! Kami berjaya selesaikan tugasan dalam tempoh 2 minggu. Alhamdulillah...

-TAMAT-

No comments:

Post a Comment

Chenal