Thursday, January 6, 2011

Alahai Kota Samarahan...

3 Januari 2011 - sepatutnya aku keja, tapi kerana tidak mahu terlepas hari pertama anakanda masuk sekolah, so aku ambil cuti pelepasan yang tak sempat aku ambil sebelum ni.
Sementara menunggu anak balik sekolah..aku dan isteri ronda2 d Pekan Muara Tuang (Daerah Kecil Kota Samarahan). Peluang untuk meninju lokasi zaman skolah ..

Stesen Bas Muara Tuang...memang lokasi yang banyak menyimpan kenangan. Dulu memang nampak buruk sangat. Tapi sekarang perubahan nampak jelas..dengan 'renovation' yang telah dibuat, menjadikan stesen bas ni lebih baik daripada dahulu. Di sini la tempat popular pertemuaan pasangan2 cinta monyet!

Keadan pekan lama ini nampak semakin suram dengan pembangunan yang semakin rancak d kawasan persekitarannya. Rumah kedai yang dulunya dikunjungi warga tempatan kini tidak lagi menjadi pilihan utama. Tidak mustahil kedai2 ini akan tutup satu hari nanti...apa silapnya?

Pasar Kota Samarahan juga tidak serancak dahulu. Mungkin warga kota sudah mempunyai banyak lokasi pilihan mereka. Sudah tidak relevan kah pasar Kota Samarahan ini? Adakah kerana kedudukan / lokasi yang tidak strategik?


No comments:

Post a Comment

Chenal