Sunday, June 24, 2012

Kembali bersiaran...

Lama betul tak buat entri...
skejap ada..skejap tak de. Agaknya cam tu la kelibat blogger yang suam-suam kuku macam aku! Mungkin begini la cabaran blogger part time cam kami ni. Ada masa 'on'...kalo tak banyak kerja, sempat la buat entri.

Sepanjang tempoh tak buat entri ni...memang banyak cerita nak dikongsi kat korang sebenarnya. Tapi aku tak tau nak kongsi yang mana satu dulu. Suka duka...riang gumbira..masam manis mewarnai hari-hari sepanjang aku tak bersiaran langsung dalam blog milik dan hak peribadi aku nie.

Sebenarnya kami sekeluarga baru saja kehilangan insan yang tersayang.
Ibu mentua aku..kembali ke rahmatullah pada 16 Jun 2012 bersamaan 26 Rejab 1433H. Selepas 2 hari koma di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang...akhirnya bonda pergi buat selama-lamanya.

Hospital Tengku Ampuan Rahimah...di sini Allahyarhamah ibu mentua ditempatkan sepanjang rawatan.

Friday, May 25, 2012

Bayi Lahir bersama Al-Quran??




Ulama terkenal dari Nigeria pada Senin (14/5) bergumul di Mushin, Provinsi Lagos, barat daya Nigeria, untuk menyaksikan upacara penamaan seorang bayi.

Bayi tersebut bukan bayi biasanya sehingga harus masuk berita di media, namun bayi yang terlahir pada 7 Mei 2012 tersebut lahir dengan membawa sebuah Quran kecil di tangannya dari rahim ibunya. Allahuakhbar!

Setelah menyampaikan sebuah kultum, seorang ulama Nigeria, Ustaz Abdul Rahman Olanrewaju Ahmed, memberikan nama kepada bayi tersebut dengan nama Abdul Wahab Iyanda Aderemi Irawo.

Dalam pemberian nama tersebut, Ustaz Abdul Rahman juga menasihati ibu dari jabang bayi tersebut bahawa bayinya bukanlah seorang nabi meskipun ia lahir dari rahimnya sambil memegang Quran.

Beliau juga menambahkan bahawa hal tersebut merupakan kehendak Allah, untuk mengirim bayi tersebut ke dunia dengan cara yang menakjubkan, yakni lahir dengan membawa Quran dari rahimnya.

Ulama lain yang ikut dalam acara tersebut antara lain Sheikh Abdulraman Sulaiman Adangba, Ketua dari Komunitas Nasrulifathi Ustadz Alhaji Abdullahi Akinbode, dan Dr Ramoni Tijani dari Komunitas Islam Alifathiquareeb.

Sebelumnya pada Ahad (13/5), ibu dari jabang bayi ini menyatakan diri memeluk Islam setelah melihat bayinya terlahir dengan membawa Quran dari rahimnya.

Kini, ibu 32 tahun yang dulu bernama Kikelomo Ilori ini kemudian berganti menjadi Sherifat.

Hal serupa juga dilakukan oleh nenek jabang bayi yang dulu memeluk agama Kristiann sekarang menjadi seorang Muslim dan mengganti namanya dengan nama Islami.

Di luar rumah jabang bayi, bejibun pedangang tumpah ruah menjual berbagai cenderamata tentang bayi tersebut, mulai dari kaos, tasbih, dan foto-foto jabang bayi yang terlahir membawa Quran tersebut.

Kelahiran jabang bayi tersebut hingga saat ini masih mengundang kontroversi, dimana para sekularis menganggap sesuatu yang mustahil bagi seorang bayi terlahir dengan memegang (membawa) Quran dari rahim ibu.

Namun di lain pihak, banyak yang berpendapat bahawa apa pun boleh terjadi jika Allah berkehendak.



Cilok dari sumber : http://www.lamankongsi.com/

Friday, May 11, 2012

apa anugerag DIGI WWWOW?


Apa ke benda anugerah DIGI WWWOW nie?
Tengok sibuk je bloggerz nie suruh undi. Meriah sangat ke hadiah dier?

Sampai ada yang buat offer undian..untuk Ben Ashaari tu! Mengarut betul la...Aku rasa Ben Ashaari pun tak hingin nak menang cara cam tu kot!

capy dari blog Ben!

Kalo iye anugerah tu sangat bermakna untuk bloggerz seMalaysia nie, kena dapatkan la dengan cara berhikmah. Aku nie yang bengap sket apsal nie....memang x reti plak nak join anugerah2 cam nie. Cukup la rasanya jadi blogger picisan yang sekadar entri air suam segelas nie.

ANUGERAH paling Femes...!??
La...ari nie hari Jumaat la..Jom gi solat Jumaat di Masjid Jamek, Kuching.

Wednesday, May 9, 2012

Inai percuma sempena Pilihanraya UMUM ke-13

9 Mei 2012 - Baru jer selesai taklimat pilihanraya..Rutin yang biasa sebelum pilihanraya. Tapi kali ni untuk pilihanraya UMUM! SARAWAK baru je lepas pilihanraya DUN!

Aper yang menariknya...pilihanraya kali ni pengundi kena calit dakwat kat jari telunjuk sebelah kiri.
Motif ? Maksudnya..yang kena calit tu kompom la dah mengundi.
kalo tak de jari telunjuk kiri...jari mana2 sebelah kiri pun boleh. kalo kudung sebelah kiri..cari la jari sebelah kanan. Kalo yang kudung kedua-dua nak calit kat mana?? heheheh...Tak kan la jari kaki kot! Agak-agak laa..

Eh yang aku sibuk citer pasal mengundi nie..korang dah mengundi ka?
Kalo tak register sebagai pemilih, tak payah la nak sibuk citer pasal kerajaan..pembangkang..politik negara. Pasal tak de kepentingan pun korang dalam pilihanraya...
Yang dapat..cuma tengok orang mengundi dalam TV je la.

Kalo susah2 sangat x mau calit dakwat tu nanti..pa kata kita guna inai Mak Jemah nie! Kompom la x hilang sebulan...

Dakwat yang akan dipakai untuk calit kat jari tu nanti...telah difatwakan tiada sebarang kemudaratan dan HALAL. Maksudnya...boleh la bawa solat. SPR kata la! SPR jamin pasal cara pembuatan dan bahan telah didemonstrasi kepada Majlis Fatwa! Dan dakwat nie tahan sehingga 4 hari - 2 minggu.
Kalo rasa nak jimat inai pengantin...datang la mengundi! Dapat la inai kaler jari telunjukkkk tu!

Tak tau plak la...citer BERSIH nak tuntut apa dalam pilihanraya nie!
Sama ada ia kehendak parti atau orang yang berkepentingan mempergunakan parti! Itu tak pasti!!Kuasa kepimpinan bukan untuk kepentingan peribadi...tapi untuk manfaat bersama.

Wordless Wednesday #11

Selamat Hari Guru.....buat cikgu2 seMalaysia

Monday, May 7, 2012

Terima kasih kat bloggerz yang singgah!

Terima kasih kat blogger2 otai kat atas yang sudi singgah kat blog aku selama ini.
Blogger'z nie punya kreativiti dan idea masing-masing! Masing-masing ada pembaca setia - termasuk aku! Secara langsung..dunia blog picisan aku nie jugak hasil dari komen2 mereka jugak! Apa sangat la blog ini kalo nak dibanding dengan idea mereka dalam berkarya...

Jom terjah blog mereka :

Amir FX

cik LyndaWawa

Pahal YB nie tetiba masuk kampung?

Nak pilihanraya rupanya!
Patut la orang politik tetiba masuk kampung.

Kalo tak pasal nak mengundi nie...jangan harap la nak jenguk muka. Pemimpin la katakan...sibuk sangat la kot!

Mode Pilihanraya nie. Tiba-tiba rajin nak buat entri. Kita teropong apa kata orang pasal PRU kali ni!

Chawwww!

Wednesday, April 18, 2012

Kesah pengkaji mumia Firaun memeluk Islam

Apa Sebabnya Jasad Firaun Terpelihara Sehingga Kini?

Saintis Perancis Memeluk Islam Setelah Mengkaji Penemuan Mayat Firaun Pada pertengahan tahun 1975.



Presiden Perancis menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal. Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya. Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris.

Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian. Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka. Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi. Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat. Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.


Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut? Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis. KISAH FIRAUN DI DALAM AL QURAN.


Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru. “Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!” Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya. Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu. “Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun. Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15) Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu. Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka. Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:


“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami.” (Yunus: 92)

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.” Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran. Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.
Buku yang diterbit oleh Prof. Dr Maurice

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya. “Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran. “Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya. Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah.

Monday, April 16, 2012

Berhabis masa dan wang untuk rumah idaman

Entri hari nie biasa-baisa saja. 

Punca-punca aku tak banyak fikir sangat pasal blog nie..adalah pasal rumah banglo aku kat kampung yang masih belum siap-siap lagi. Hajatnya memang tahun nie nak beraya kat umah sendiri la. Bukan aku je teruja dan x sabar nak pindah rumah baru ni...wife aku..anak aku pun sama! 

Tapi yang paling tak sabar nak masuk pindah balik umah nie...Mak Su aku! Dia asyik membeeeebel je pasal umah aku nie. "Bila la nak siap rumah ko nie?"
Korang bayangkan la dari tahun 2008 aku start roboh rumah lama kami..dan atas tapak yang sama aku bina rumah nie dah masuk tahun 2012 masih lagi tak siap-siap. Bukan apa....nak buat rumah nie bukannya pakai air liur je. Duit nak kena ada la...

Insya Allah la...tahun nie kami nak pindah rumah baru nie. Mana blogger yang dekat2 Kota Samarahan tu..datang la ke rumah.

nak cat kaler apa ruang tamu nie ekk?

Nie ruang santai...dekat dengan dapur.

Bilik Mak Su dan bilik Azwa Safrina Wardina..

Pintu hadapan ke-2 

Nie la pintu utama rumah aku....x siap lagi huh!
Setiap orang ada rumah idaman..
Aku pun sama....cuma rumah idaman aku nie, x hebat mana pun. Ikut bajet besar mana la..
Tak mampu la nak buat rumah yang ada kolam mandi...yang ada taman siap ada air terjun lagi. Tu tak mampu la. Nie pun nak kena bayar balik pinjaman bank...

Thursday, April 5, 2012

SARAWAKIANA THURSDAY #10: Jengok blog lokk

Salam Khamis....
Esok - Jumaat. Sarawak cuti...kiro ado 3 ari cuti. Alhamdulillah. Dapat rest tigo hari

Lamak adooo raso x update blog tuk. Udah 'terabai' blog kesayangan aku tuk. Sedih na..
Banyak glak urusan-urusan yang ngaco plan aku nak update blog.
Ari tuk pun sumak ndak jak raso...Idea ndak maok singgah dalam utak tuk! hadoiiiiii!

Nang sik best bilo keadaan cam tuk. Blurrrrr!

erm...Sarawakiana Thursday aku ari tuk sekadar nak buka bab baru dunia blog aku. April dah tuk...Cepat benar masa berlalu. Suku tahun pertama dah selesai...tup..tup dah masuk awal suku tahun ke-2. Blog aku masih x ado perubahan pun..masih macam tuk!

Selepas tuk dan akan datang..kompom banyak benda nak dipolah. Xspecially pasal kejo! Cobaaannn.....

Tapi sik apo!
Banglo aku sik lamak gik siap. Mintak-mintak sempat pakei rayo tahun tuk. Insya Allah. (yo antara maso sik ado gilak nak update blog ujung minggu..).

So....Slamat bercuti ngan member bloggers!