Saturday, January 28, 2012

Regatta Bandarayaku 2012

Hari ini..bermula la temasya sukan air Regatta Bandarayaku 2012..

REGATA BANDARAYAKU MENYAKSIKAN KEHEBATAN PELUMBA-PELUMBA UNTUK MEREBUT GELARAN RAJA SUNGAI BANDARAYAKU

26 Jan 2012
KUCHING;  26 Januari 2012 (Khamis): Sungai Sarawak akan menjadi tumpuan peminat-peminat lumba perahu. Temasya sukan air berprestij, Regata BandarayaKu akan berlangsung pada 28 hingga 29 Januari bermula pada jam 11.00 pagi bertempat di Esplanade Kuching. 

Sepanjang dua (2) hari ini, dua saringan akan diadakan untuk setiap kategori iaitu:-
Saringan perahu bidar 30 pekayuh
Saringan perahu bidar 20 pekayuh
Saringan perahu bidar 15 pekayuh dan;
Saringan perahu bidar 10 pekayuh

Pasukan yang mengambil bahagian kali ini antaranya 
Putri Bekaya Seri Urai, 
Ong Bak Keris, 
Ong Bak 1, 
BandarayaKu, 
Raja Laut MPP, 
Yayasan Sarawak, 
Sri Pakat, 
Dayang Puteri Emas, 
Sri Helang 1, 
Sri Helang 2, 
Naga Sari, 
Cahaya Zain 1,
 Cahaya Zain 2, 
Cahaya Sebuyau, 
Cahaya 1 Malaysia, 
Tomang, 
Barakuda, 
Panglima Alet Cahaya Sejijak 
 Puteri Sejijak.

Pelbagai aktiviti menarik yang lain turut disajikan untuk wargakota yang pasti menghiburkan seperti Car Boot Sale, Pameran Ekspo, Pertandingan Karaoke,Power Boot dan banyak lagi. Wargakota adalah dijemput sama-sama  menyertai aktiviti-aktiviti ini. 

Acara kemuncak perahu bidar 30 pekayuh akan menjadi tumpuan hangat kalangan penonton yang menyokong pasukan masing-masing pastinya akan membanjiri persekitaran Esplanade Kuching. Disamping hadiah wang tunai RM2,000 untuk sang juara, piala pusingan dan piala iringan akan dibawa pulang oleh pasukan yang bakal dinobatkan sebagai raja sungai Regata BandarayaKu 2012.

Sehubungan itu, DBKU menyeru seluruh wargakota untuk datang beramai-ramai untuk menyaksikan dan menyokong pasukan anda sambil bersantai bersama keluarga pada pengunjung minggu ini.  


3 comments:

  1. AmirFX..LANDAS sik join seabab musim landas sidak kesejukan sik ada power hehehe...

    ReplyDelete
  2. Huh...br perasan juak ooo. LANDAS x ada!
    Nak kata musim landas...x juakk!

    ReplyDelete

Chenal