Thursday, March 8, 2012

SARAWAKIANA THURSDAY #9 : SBPA BATAIIII

Ari tuk cuma nak cito pasal SBPA yang baru diumumkan pagi tuk tek..
Ado sidak kato bagus..ado kato sik bagus. Aku pun x pandei juak nak komen panjang pasal tuk. Just PM madah pio2 jakk tek!

Cam tuk BUNYI berito nya..

PENGUMUMAM PERDANA MENTERI DI PICC 08/03/2012 : SBPA DIBATALKAN!!

Antara butiran pengumuman :

Seperti yang dijanjikan hari ini, sedang diadakan satu perhimpunan penjawat awam bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib.

Antara isi penting ucapan & pengumuman Datuk Najib mengenai SBPA 

§                 Datuk menceritakan semula perjalanan dan struktur SBPA semasa mula-mula diperkenalkan
§                 Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA telah dibatalkan. Akhirnya……

SBPA BATAL!!! Tetapi SSM akan ditambahbaik
§                  Dan…….Datuk Najib mengumumkan Struktur SBPA BATAL. Akhirnya……
§                  Tetapi SSM akan ditambahbaik
§                  Akan ada penubuhan suruhanjaya – Mengkaji perkhidmatan awam
§                  Pelarasan gaji melibatkan gred 1-54 adalah sebanyak 13 %
§                  Pecahan bagi pelarasan gaji pula : gred 1-54 iaitu P&P dan pelaksana (kenaikan 13%), gred khas A/B/C (Kenaikan 9%), Turus 2 dan 3 (Kenaikan 8%), dan Ketua Setiausaha Negara KSN (Kenaikan 7%)
§                  SSM diubah dari struktur gaji matrik ke struktur minimum maksimum gred 1-54= RM80 – RM320. Kenaikan gaji tahunan (KGT) adalah mengikut gred masing-masing
§                  Jusa naik ikut tangga gaji setelah dibuat pelarasan kenaikan. Mereka tidak ada sistem minimum – maksimum seperti gred 1-54
§                  Bantuan sara hidup kawasan B naik dari RM200 ke RM250 sebulan. Manakala Kawasan C =RM100 ke RM150 sebulan
§                  COLA kawasan B dan C naik RM50 (250/150)
§                  Insentif wilayah, pendalaman dan kritikal diteruskan
§                  Pegawai pendidikan dikekalkan penambaikan laluan kerjaya berasaskan time based 8 tahun seperti yang diumumkan dalam Bajet 2012

Persoalan Disebalik Pengumuman Gaji Baru Kakitangan Awam Ini?

1.              Pasti yang akan bertanyakan soal tunggakan. Logiknya tunggakan hanya sah apabila SBPA kekal. Sekarang ini SBPA BATAL. Jadi apa maknanya di sini? Apa yang perlu dinantikan sekarang ini, hanyalah kenaikan gaji tahunan dan pelarasan. Kecuali pelarasan ini mahu dilakukan & dilaksanakan bermula Januari 2012. Kalau begitu, mungkin akan ada tunggakan. Mungkin?
2.              Tentang bila mahu dilaksanakan, masih belum diketahui lagi. Masih lagi “tergantung” di situ. Sama-sama kita nantikan….
3.              Lagi?? Ada nak tambah?

KITA TUNGGU PERKEMBANGAN TERKINI NANTI!


Pio lah hal nya tekkk..namo kito tuk kerjo ngan kerajaan. Nang perkembangan nak cam tuk, ditunggu. Berito bagus...hati rasa lega. Berito sik bagus...panas juak lingoo! Lelah2 sidak Cuepacs bertekak pasal tuk...akhirnya ado juak hasilnya. Alhamdulillah. Masih juak ado rejeki kito...


1 comment:

  1. Owhh.. Dah batal owhh? Mudahan memberi lebih kebaikan ngn kakitangan awam..

    ReplyDelete

Chenal