Saturday, April 30, 2011

Terbaca artikel pasal Sumpah Eskay dalam blog Syazwani tadi. So, dalam entri nie aku sekadar nak menimbulkan persoalan yang aku sendiri x paham! Ni x de kena mengena dengan politik....


Dalam artikel yang Syazwani dapat dari Keadilan daily memang jelas pendirian Dato Md. Hashim Yahya (Bekas Mufti Wilayah Persekutuan). Dan perkara yang sama juga pernah dijelaskan oleh Mufti Perlis Prof. Dr Juanda Jaya dalam Utusan Malaysia. Renung-renungkan...



Petikan dari UTUSAN MALAYSIA



Saya bersumpah lelaki itu Anwar Ibrahim - Shazryl Eskay
28/04/2011 3:51pm

KUALA LUMPUR 28 April - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shazryl Eskay berkata, beliau sedar akan azab yang bakal dilaluinya di hari akhirat kelak jika tuduhan tersebut adalah fitnah, tetapi beliau yakin dia berada di pihak yang benar.
Pada masa yang sama, beliau menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok. - Utusan




Dek kerana berani kerana benar..dia lupa bahawa sebelum perlakuan sumbang itu berlaku..dia sebenarnya sudah mampu untuk menghalang perbuatan tersebut. Jika benar dia bersama 'Anwar'..dia juga bersubahat dalam aksi ranjang tersebut. (1) Kenapa Eskay tidak fikir azab di hari akhirat ketika video ini dirakam? (2) Tidakkah dia berfikir akan azab atas perbuatan mengaibkan orang lain?


Sandiwara ini berterusan dengan sumpah laknat...


MASJID sudah menjadi tempat yang tercemar oleh mereka2 ini. Rombongan yang pro "Penyumpah Laknat" dan rombongan yang anti "Penyumpah Laknat" telah membuat onar dalam masjid. Malunya..... Perbalahan dalam masjid itu..sangat2 tidak bermoral. Eskay dengan bangga membuat publisiti hangat dalam media menyebabkan masjid tersebut menjadi medan ala2 konsert dangdut! Melihat dalam TV sahaja .... kita boleh fikir bertapa "BODOH" nya mereka ini. Kerana VIDEO SEKS sahaja dah macam AYAM telur sebijik!

Dalam satu petikan UTUSAN MALAYSIA bertarikh 20/4/2011


Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.


(1) Moral apa yang Shuib banggakan dengan memperjuangkan benda yang merapu seperti ini kepada rakyat? Kalo Subjek Pendidikan Moral pun rasanya ini bukan cara terbaik dalam menyelesaikan masalah dan mekanisme untuk mendidik moral betul ?


Sudah-sudah la cerita Anwar dengan Video Seks....Kalian ini menjatuhkan martabat bangsa sahaja. Ini kah generasi melayu yang UMNO bangga kan?

Friday, April 29, 2011

Letihnya Badan..

Balik dari kampung ari tu badan rasa letih sangat! Otot2 badan macam mogok x nak bangun dari tilam empuk. Agaknya badan nie dah lama x bermanja dengan kerja2 kampung kot! Lama x angkat kayu2 kat kebun...potong rumput...pasal tu kejutan body!
Nak cari tukang urut la pas nie.

p/s Moral : skali skala tu....jenguk2 la kampung. Semak samun tu kena la kasi clear.

Friday, April 22, 2011

Maharaja Lawak....siapa yang hebat?




Man.. malam tu memang lawak. Siap nyanyi lagu Faizal Tahir! Pakai baju 'S'. Dialog2 Man pun lucu! Part yang x leh tahan, dia x sure masuk lagu tu. Memang best Man malam tu. Saingan Maharaja Lawak nie..semua kat JAMBU, NABIL, JOZAN, SEPAH dan MAN




Sepah .... antara persembahan yang menarik pada malam tu. Shuib memang lucu sangat jd pompuan. Ngeri tgok dia pakai baju pompuan tu! Macam Mak Nyah x cukup sifat je! hehe. SEPAH antara kumpulan yang aku rasa bakal masuk FINAL...harap2 la kan!


Siapa yang lebih HEBAT? Tunggu d Pentas FINAL

Gegarkan blog cuti Jumaat!

Lama dh x update blog nie.

Mungkin dh x de idea...dan sibuk dengan aktiviti rasmi. Ye la ..baru2 nie sibuk dengan Pilihanraya. Tapi bukan pasal sibuk berkempen wokeyy!! Sibuk...untuk sedia proses pengundian PRN ke-10 Sarawak. Aku dah malas la nak masuk port kempen mana2 parti nie. Aku nak terjah masuk politik skarang ni pun macam x de selera je..Kalo setakat ambik port sok sek sok sek ..gosip politik tu, bleh la.

Pagi ni...lama x baca blog dari blogger2 febret aku.
Blog si Mizz Coki cite pasal lelaki hisap nenen! apa jenis title la dia nie letak heheh. senyum sorang aku pagi tengok title nie. Lama x menapak dlm blog pompuan nie. Aku apa lagi....komen la mana entri yang terlepas beberapa minggu nie.

Pas tu...terjah enti Solihin plak! Entri mamat ni....banyak info berguna untuk muhasabah diri. Anak cikgu katakannn. hehe (sori aaa Solihin..). Budak nie rajin kongsi cite2 pengajaran.

Blog Mazidul - banyak berita2 semasa aku dh terlepas beberapa minggu nie. Aku suka baca blog dia nie pasal prespektif penulisan dia sgt bagus! Ye la..x kan la wartawan x leh buat ulasan yang baik kot! dah itu kepakaran diorang. Nak harap kan aku nie....apa pun x de!

Blog si AmirFX...x banyak pun entri dia sepanjang aku update blog nie. sibuk berkempen agaknya..hehe

Harap2..pas ni ada masa baca entri2 korang lagi!

Friday, April 15, 2011

UNDI POS...ayooo! PRN 2011

Ni kali ke-3 aku mengundi. kali ke-3 jugak aku mengundi guna UNDI POS! Dah kalo itu je cara aku dpt mengundi..aku pos je la. Bukan la pakai Pejabat POS nak ngundi nya...! x de setem2 segala la bro! Ada la caranya. Cite panjang pun bukannya penting sangat pun..... Setiap PRN (Pilihanraya Negeri) aku mengundi di N.15 Muara Tuang. Nie la kertas undi yang aku dapat...(dah kita asal Kota Samarahan) Calon-calonnya adalah : 1. BN : Dato'Sri Haji Mohammad Ali bin Mahmud (ni adik kepada CM) 2. PAS : Noraini binti Hamzah Selepas tanda..kena masukkan kertas undi dalam sampul kecik kat bawah nie. Kecik je! Macam sampul duit raya je!
Ni siap ada nombor siri kertas undi lagi. Lantak la!


Ni plak sampul surat untuk masukkan borang yang ada kat bawah nie. Borang perakuan identiti.
Bila cite pasal borang nie..ramai bebudak opis aku cakap.."cam ne nak sokong pembangkang? Kita keja kerajaan..mesti diorang tau sapa yang sokong pembangkang. Pasal no siri undi dengan perakuan tu terang2 terpampang dengan gahnya nama kita,"


Tu hal korang. Kalo aku undi pembangkang skali pun..kalo diorang tau, sure pilihanraya nie bukanlah pilihanraya yang telus! tul tak? Nak takut apa!!?


Kita jujur. Kalo diorang tau kita undi siapa...itu bukan lah Pilihanraya yang jujur namanya. X de la istilah '"UNDI ANDA ADALAH RAHSIA".

Kalo kena pecat sekali pun pasal dapat tau kita sokong pembangkang, x kan la itu pun ralat sangat kot! Rezeki ada di mana-mana. Kebimbangan itu pasti bermain difikiran rakan2 yang bekerja dengan kerajaan. Bimbang Undi adalah rahsia...tidak lagi menjadi rahsia. Tapi itu..terpulang la pada prespektif masing2. Biar kita menjalankan tanggungjawab kita, dan mereka menjalankan tanggungjawab mereka.


Jika ada parti politik yang bimbang mereka akan tersungkur..perlu ambil ikhtibar daripada apa yang berlaku. Siapa pun yang menang, teruskan dengan perkhidmatan yang cemerlang. ITU yang RAKYAT SARAWAK mahukan!

So besok...aku kena bertugas jadi Ketua Tempat Mengundi di Dewan Masyarakat Petra Jaya untuk N7. SEMARIANG! Tengok cam ne suasana di sana nanti. BN atau Keadilan....masing2 ada peluang menang.


Friday, April 1, 2011

SEJIWA SENADA KUCHING UTARA 2011

Sejiwa Senada Kuching Utara 2011 merupakan tour terakhir program Kerajaan bersama Rakyat. Biasa la..nak Pilihanraya.
Lokasi Program : Sukma Ria, Taman Sukma Petra Jaya, Kuching

Tarikh : 31 Mac - 3 April 2011.

Jam : 8 pagi - 10 malam


Nie antara yang menarik semasa jalan2 d ruang pameran DBKU. Layan je la.. Nie acara cari muka sendiri dalam gambar kat wall tu. Mana la muka aku niiiii? Dah juling biji mato nieee.


Ihsan Taman Orkid, Kuching

Pencapaian DBKU
Sesi ulangkaji subjek Geografi pun ada...mana Gunung Santubong???


Batu HITAM? sapo la rajin sangat bakar batu nie?



Warna warni wall....


Sejarah Kuching.."Nsio Mulo"


Kalo da majlis kenduri kat kampung....ni la port untuk mencuci pinggan mangkuk.


Teringat kat kampung.....huhhh!


Kreatif...dan inovatif.


Penat jalan. Yang datang bertongkat...hati2 lah ye!