Saturday, April 30, 2011

Terbaca artikel pasal Sumpah Eskay dalam blog Syazwani tadi. So, dalam entri nie aku sekadar nak menimbulkan persoalan yang aku sendiri x paham! Ni x de kena mengena dengan politik....


Dalam artikel yang Syazwani dapat dari Keadilan daily memang jelas pendirian Dato Md. Hashim Yahya (Bekas Mufti Wilayah Persekutuan). Dan perkara yang sama juga pernah dijelaskan oleh Mufti Perlis Prof. Dr Juanda Jaya dalam Utusan Malaysia. Renung-renungkan...



Petikan dari UTUSAN MALAYSIA



Saya bersumpah lelaki itu Anwar Ibrahim - Shazryl Eskay
28/04/2011 3:51pm

KUALA LUMPUR 28 April - Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah hari ini bersumpah atas nama Allah bahawa lelaki dalam rakaman video seks yang didedahkan oleh beliau adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Shazryl Eskay berkata, beliau sedar akan azab yang bakal dilaluinya di hari akhirat kelak jika tuduhan tersebut adalah fitnah, tetapi beliau yakin dia berada di pihak yang benar.
Pada masa yang sama, beliau menjemput Anwar untuk bersama-sama dengannya bagi melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As di Bandar Baru Sentul, selepas solat Jumaat esok. - Utusan




Dek kerana berani kerana benar..dia lupa bahawa sebelum perlakuan sumbang itu berlaku..dia sebenarnya sudah mampu untuk menghalang perbuatan tersebut. Jika benar dia bersama 'Anwar'..dia juga bersubahat dalam aksi ranjang tersebut. (1) Kenapa Eskay tidak fikir azab di hari akhirat ketika video ini dirakam? (2) Tidakkah dia berfikir akan azab atas perbuatan mengaibkan orang lain?


Sandiwara ini berterusan dengan sumpah laknat...


MASJID sudah menjadi tempat yang tercemar oleh mereka2 ini. Rombongan yang pro "Penyumpah Laknat" dan rombongan yang anti "Penyumpah Laknat" telah membuat onar dalam masjid. Malunya..... Perbalahan dalam masjid itu..sangat2 tidak bermoral. Eskay dengan bangga membuat publisiti hangat dalam media menyebabkan masjid tersebut menjadi medan ala2 konsert dangdut! Melihat dalam TV sahaja .... kita boleh fikir bertapa "BODOH" nya mereka ini. Kerana VIDEO SEKS sahaja dah macam AYAM telur sebijik!

Dalam satu petikan UTUSAN MALAYSIA bertarikh 20/4/2011


Dalam pada itu, Shuib pula memberitahu, pihaknya memang sedar akan risiko perundangan yang terpaksa dihadapi kerana pendedahan itu tetapi menegaskan, perjuangan menyedarkan rakyat mengenai moral adalah lebih penting berbanding kebimbangan dikenakan hukuman oleh mahkamah.


(1) Moral apa yang Shuib banggakan dengan memperjuangkan benda yang merapu seperti ini kepada rakyat? Kalo Subjek Pendidikan Moral pun rasanya ini bukan cara terbaik dalam menyelesaikan masalah dan mekanisme untuk mendidik moral betul ?


Sudah-sudah la cerita Anwar dengan Video Seks....Kalian ini menjatuhkan martabat bangsa sahaja. Ini kah generasi melayu yang UMNO bangga kan?

No comments:

Post a Comment

Chenal