Tuesday, February 7, 2012

Jin Orghang Puteh...for SALE!

Pagi nie..Metro menghidangkan berita Azimat LULUS BI
Azimat sirih.....kalo nak lulus exam!


KUALA LUMPUR: Mungkin ramai menganggapnya melucukan, namun ia benar-benar berlaku apabila segelintir penuntut sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) di sini percayakan kuasa daun sirih untuk mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Bahasa Inggeris.
‘Daun sirih hikmat’ itu diperoleh daripada seorang bomoh dengan bayaran RM350, jumlah yang mereka anggap berbaloi kerana membolehkan mereka lulus cemerlang subjek bahasa Inggeris selepas sekian lama gagal atau sekadar lulus ‘cukup makan.’

Dua pelajar IPT terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Azman, 22 dan Rashid, 23, mendakwa daun sirih itu amat berkesan apabila mereka memperoleh keputusan cemerlang setiap kali peperiksaan mata pelajaran Bahasa Inggeris.
“Terpulang kepada orang lain sama ada mahu percaya atau tidak, tapi bagi saya dan beberapa rakan lain, kami sudah menggunakan sirih itu dan ia terbukti berkesan.

“Cara menggunakannya juga mudah, tak perlu makan dan tak perlu baca sebarang mantera atau jampi, sebaliknya kita hanya perlu letakkan sirih itu di dalam poket seluar ketika memasuki dewan peperiksaan,” kata Azman ketika ditemui.
Senang betul budak-budak sekarang nak lulus exam iyerr!!!?
Kalo dulu-dulu masa nak exam tu biasa dengar 'toyol' je. Nota kecik yang di bawa masuk ke dalam dewan exam...peneman sebagai toyol. Memang bijakkkk..tapi tak berbaloii!

Zaman canggih cam nie..lagi gila. Memang betul-betul bapak jinnnn punyer bawa masuk Dewan Exam! Jin orang putehh agaknya..'U' mana la Jin-jin tu ngaji agaknya!?

Hal macam nie la yang menjadi kebimbangan majikan tentang keupayaan graduan 'U' dalam bidang kerjaya. Macam mana tak bimbang...kalo zaman 'U' dok asyik meniru + copy n paste tugasan orang lain, memang la tak da usaha. Exam pun nak lulus je...! Kalo keja nanti...dia nak tiru keja siapa??? Boleh ke mereka (graduan) berusaha melakukan kerja? Padan la...ramai yang bijak pandai suka ambik jalan mudah terima rasuah...AGAKNYA LAAA!

12 comments:

  1. Replies
    1. mbak sireh..free gift bigik pinang + kapur!

      Delete
  2. Senang juak mun makei sireh jak... P toyol tetap menjadi pujaan.. haha...

    ReplyDelete
  3. Yohhh... simpan lam poket jak lulus cemerlang? Sikpat di mejin mun nya nelan sireh ya silap aribulan alu kakar kedak obama... kekeke.. Ada2 jak nemiak jaman nektuk.. Pecayak ngan perkara2 khurafat dan syirik.. :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelik ooo...jin org puteh makei sirehh. Knak x makei hot dog ka? aek coke cola ka? tuk makei sireh. Sib baet bkn jin tamil

      Delete
  4. hehehe... sik berkat ilmu... nak berjaya sik da jln mudah...

    ReplyDelete
  5. atok rasa yang orang2 pandai gred 41 ke atas (gomen), tu ado yang jenis bawak toyol dalam dewan peperiksaan tak?

    ReplyDelete
  6. ada indah main sireh...mun di makan dengan pinang nang nyaman... >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. mun cam yo..maok bertanam sireh pas tuk. ado urang nk mkn sireh.
      Bleh untungg nampak gayanya!

      Delete

Chenal